"adik? Jangan lah merajuk" pujuk asyraf lagi.
Memang kena protes betul dia hari ni sampai adam pun di hasut maira supaya tidak diendahkan hari ni.
"sendiri cari pasal, sendiri tanggung" balas maira bersahaja. Pintu bilik ditolak luas. Adam muncul di muka pintu dan bersandar di situ.
"tu lah kau bang. Lupa kot yang dia ni kan puteri. Pergi cari pasal kan kene protes." adam bersuara, dia menguyah epal sambil ketawa. Asyraf yang berada di sebelah maira membuat muka nya. Makin menyampah pula tengok perangai asyraf ni eee!
"eh adam. Kalau kau ada kat sana, mesti kau geng aku. Ni kau tak ade memang lah kau ikut je cakap 'princess' ni."
"nak adik tambah protes ke? " maira menyampuk. Sengaja betul cari pasal asyraf ni
"hebat sangat ke syed muqri tu, sampai kau sempat kenakan dia bang? " tanya adam yang separuh haru menahan gelak.
Maira masih mencebikkan wajah di meja belajar miliknya. Asyraf yang penat melutut bangun lalu duduk di bucu meja manakala adam masih di posisi bersandar sebelah pintu. Baru 25 tahun kot. Tu pun dah penat melutut. Tak gentleman betul! Maira mengomel dalam hatinya.
"macho dam. Siapa tak nak kan? " jawab asyraf lagi.
Bedebuk! Tamparan buku dihadiahkan oleh maira.
"Berhenti ish lah"
Melihatkan tindakan adik kesayangan itu, adam hanya ketawa terbahak bahak dek kerana kelakuan asyraf
"Adui dik. Ok lah maaf, stop abang ha"
"dah dah. Abang asyraf mintak maaf tu. Kau pun dik, sensitif" pujuk adam pula
"abang nak kena jugak ke? " ugut maira garangAdam lantas mengangkat tangan tanda mengalah dan menghulurkan cebisan buah epal kepada adiknya.
"ni kenapa tiga beradik ni?" sapa encik farhan dari belakang
"tengok lah puteri ayah ni haa. Buli abang dia" adu asyraf kepada encik farhan
"bukannya apa ayah, dah asyraf cari pasal. Kena lah dia" sampuk adam lagi
"jangan layan abang adam dengan asyraf pleaseeee" pinta maira sambil membuat gaya sembah diraja. Aduhai, masalah betul abang abangnya ini.
"dah lah tu. Adam asyraf, pergi turun ibu dah siapkan makan." kata encik farhan lagi
"dah bang. Biarlah princess kita ni mengadu kat ayahanda. Nanti hilang lah rajuk dia tu" adam sempat memerli lagi.
"takpa lah. Adindaku, kekanda turun makan dulu ya. Bye! " asyraf menjeling tajam.
Encik farhan hanya menggeleng melihat sikap anak anaknya itu. Umur sahaja meningkat namun masih seperti kanak kanak.
"apa asyraf dah buat dekat anak ayah ni? " lembut sapaan encik farhan
"dia pergi malukan aira depan muqri" kata maira manja
"kan dia dah minta maaf tu. Jangan lah dok protes abang nanti tak ada siapa nak hantar maira" encik farhan memujuk
"abang adam ada" jawab maira ringkas
"tengok tu, tak baik marahkan orang. Dah dah jom turun makan" kata encik farhan lagi
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...