ok la since almost a year tak update, kita kasi meriah sikit, bagi 2 chapt ok tak? ke nak 4 terus? ha takleh takleh. sabar sikit HAHAH. any benda pelik dalam ni just lemme know. sebab takut terlepas pandang, jadi bodo kejap ke time tu ha boleh la betulkan. thank you guys!!
Siren ambulans berlaung kuat. Amina gelisah mendail nombor telefon.
"Aira bleeding!" teriaknya
Terkedu Syed Muqri mendengar. Dadanya berdegup laju, berharap panggilan itu hanya mimpi.
"Muqri!" panggil Amina lagi.
"tolong text muqri alamat hospital, Muqri datang sekarang." kata Sued Muqri.
Terus panggilan dimatikan. Syed Muqri pantas mengambil kunci keretanya.
Pusat Kesihatan UKM Bangi menjadi hala tuju. dia meluru masuk dan bertemu Amina yang berada di ruang menunggu.
"Macam mana boleh jadi?" soalan pertama ditanya.
"saya tak tahu muqri. Aira tiba tiba sakit perut, saya dah ajak pergi klinik tapi dia tak nak. lepastu saya keluar beli makanan kejap, masuk je dah tengok aira tak sedar"
mata Syed Muqri terpejam seketika. dia menghela nafas panjang. menyalahkan dirinya atas semua yang jadi. "ni semua salah aku.."
Mereka berdua masih menunggu. Syed Muqri masih lagi tidak memberitahu kedua keluarganya mengenai Maira Mikayla. dia terlalu bimbang sehingga telefon tidak dia sentuh.
"awak berdua ni family patient kan?"
"Saya." Jawab Syed Muqri.
"okay Encik. kita cakap kat dalam?" Beritahu doktor tenang.
"Macam ni Encik, patient sekarang dah okay. bleeding yang pesakit alami tak serius."
"maksud doktor?"
"bleeding yang isteri encik alami tu pendarahan ringan. fasa awal memang selalu macam tu. proses ni macam breakthrough. mungkin sekarang tempoh biasa wife encik datang period tapi sekarang dia dah pregnant so sebab tu pendarahan ringan berlaku."
"wife saya ada mengadu dia sakit perut. ada effect pada baby ke doktor?"
"baby okay. sakit perut tu pula sebab dah berapa hari wife encik refuse untuk makan. saya rasa mungkin pening dengan loya yang dia rasa, biasalah orang baru mengandung. tapi yang ni Encik.."
"Muqri. nama saya Muqri."
"okay encik muqri. saya rasa kalau yang ni encik biarkan dia akan jadi serius. pemakanan orang mengandung ni kena jaga betul betul. lagi lagi wife encik memang muda lagi. rahim mungkin masih lemah. banyakkan kalsium dan vitamin. seimbangkan protein dan karbohidrat. kalau boleh lebihkan gula sebab orang mengandung ni perlukan gula lebih cuma control pemakanan dia."
"faham doktor."
Doktor itu tersenyum.
"satu lagi encik muqri, jangan bagi isteri encik stress. kalau boleh biarkan dia tak rasa terbeban. tak elok untuk mama dan baby."
Syed Muqri angguk sambil senyum. dia menghela nafas lega.
"isteri encik boleh discharge esok." balas doktor itu lagi.
"terima kasih doktor."
"macam mana muqri?" tegur Amina yang setia di luar.
"Aira okay, sorry susahkan awak mina."
"okay la tak ada apa apa, saya risau sangat."
"terima kasih bawak dia kat sini. kalau awak nak tengok dia sekarang dah boleh."
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Storie d'amore"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...