47

2.9K 65 2
                                    

"peh berpeluh lah aku buat tadi!" keluh Syed Irfan. memang betul pun, walau sudah siapkan diri masih lagi debaran itu mengganggu.

"sama la bro, yang penting kita dah usaha." balas danial pula.

Syed Muqri cuma diam, hati nya dari tadi tidak tenteram. seperti dapat rasa akan ada sesuatu yang berlaku.

"kau ni, termenung je dari tadi. ada soalan kau tinggal ke?" sampuk Syed Irfan. faham betul jika Syed Muqri dilanda badai.

"takde lah, okay je tadi. aku rasa tak sedap badan lah." jawab Syed Muqri lemah.

"breakfast tak amik ke bro?" Tanya Farid prihatin.

"dah tadi. never mind lah, sure okay nanti." jawab Syed Muqri yakin.

dalam rancak mereka berbual, Farid tiba tiba bersuara.

"apa kata, kita study ramai ramai? maksud aku. ajak semua budak perempuan sekali. erm aku kan nak la jugak rasa belajar dengan dorang." cadang Farid.

"eleh kau! ke saja nak amik kesempatan?" Syed Irfan membidas.

"betul lah weh, nak jugak merasa macam mana cara perempuan belajar. yelah dorang kan focussssssss terlebih. kalau macam kita ni, boleh jugak main main."

"lain orang, lain otak rid." sampuk Syed Muqri pula.

"bernas jugak, boleh la aku try dorang." gurau Danial.

"cehhh!!" Serentak Syed Irfan dan Farid bersuara.

"kalau tu yang kau nak, biar aku panggil lah." semangat Syed Irfan mem 'volunteer' kan diri.

"sama je kau ni, kaki amik kesempatan nak jumpa awek!" bidas Syed Muqri.

"ah! kau jangan nak jeles. dah aku panggil dorang dulu."

yang lain cuma tergelak sahaja. memang gurau mereka begitu.

"hai." tegur Syed Irfan. laju betul langkah kaki nya singgah ke pondok sekolah.

"lengkap dah love birds dua ekor ni." perli Nadia.

malu pula Tasya diperli begitu. Syed Irfan cuma sengih panjang.

"biar la lengkap sampai bila bila. eh by the way. korang nak join kitorang?"

"join pergi mana?" Tanya Tasya hairan.

yang lain cuma terkebil. pergi mana pulak dah musim SPM ni.

"study. kat kantin je, dalam dua jam? lepastu nak balik, ikut korang lah." kata Syed Irfan.

"and you aira, no excuses to leave." sambung Syed Irfan dengan senyuman panjang. harap Maira Mikayla faham.

memang dia faham pun, dari tadi dia cuma senyap. jika Syed Muqri lewat balik, dia pun automatik akan lewat juga.

yang lain kehairanan memandang Syed Irfan. aneh! kenapa tak bagi aira balik pula? ada pape ke? nah fikiran Tasya sudah entah kemana fikir, jangan jadi skandal sudah.

"ish jangan la pandang macam aira ada skandal dengan saya ni." tegur Syed Irfan. macam tahu tahu pulak.

yang lain cuma membuat muka selamber sedangkan mata Tasya membuntang memandang Syed Irfan.

"ok ok. jom study?" ajak Syed Irfan lagi.

"aku balik kot fan." Lisa bersuara. entah, rasa segan pula. pasti ada Danial.

"eh kenapa pula, jom lah sekali. aku Tasya, Aira semua join." ajak Nadia lagi.

"busy la weh."

"kau kerja ke sekarang? tak kan? dah dah, jom sekarang ikut je!" paksa Tasya lagi.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now