34

3K 63 0
                                    

"zarif tu memang tinggal dekat singapore?" soal syed muqri tiba tiba. maira yang sedang menyikat rambut memberhentikan sikatan dan berpaling ke arah syed muqri.

sudah tiga hari berlalu, zarif pun sudah lama pulang ke negara kelahiran sendiri. tetapi syed muqri masih tidak dapat melupakan apa yang dibicarakan mereka berdua tempoh hari.

"kenapa tanya pasal dia?"

"tak adalah. tapi paklong dengan zarif tu balik singapore? dengan NUS lah apa lah" dia memuncungkan mulutnya.

"dia tu orang singapore. pak long kahwin dengan orang sana and sebab tu pak long sekolahkan rif situ jugak, lagi satu, ada dua branch syarikat family sebab tu pak long handle singapore  punya ayah pulak handle sini." dia kembali semula menyikat rambut.

"Macam tu .." dileretkan suara panjang.

"By the way, ada cek dia bagi."

"kenapa amik?!"

"tak boleh ke?"

"muqri! dia ada niat lain tau."

"niat yang macam mana?" syed muqri berpura tanya.

"awak takkan faham." keluh maira berat.

dia tersenyum perlahan. tanpa disuruh syed muqri merapatkan tubuh bersebelahan isterinya. memandang mata si isteri tenang. tanpa paksaan juga maira membalas pandangan suaminya. panahan mata yang sentiasa menggetarkan hati maira. dan pandangan yang sentiasa melemahkan dirinya.

"saya faham dan saya sendiri dapat baca apa yang dia rasa. dengan apa pun niat yang dia ada, takkan mampu buat awak dan saya terpisah, sebab.. rasa sayang saya tak akan pernah sama kalau dibandingkan dengan dia"

"dan yang saya paling yakin, rasa ni tetap kat sini." tangan lembut maira digapai. didaratkan tepat di bidang dada sasanya. maira meraskan getaran jantung muqri sekarang. semakin kuat, sama seperti apa yang dia rasa.

tersentuh! sudahlah kata itu membuat jiwa bergelora bagai ombak di laut. rasa hendak memeluk syed muqri sekarang saja.

secara tiba tiba tangan maira bertindak. direnggangkan genggaman muqri, mengangkat tangannya untuk memegang pipi syed muqri. terasa kumis nipis yang boleh dikatakan kasar walaupun belum sepenuhnya tumbuh.

"saya pun, yakin yang awak akan ada untuk saya." nada suara menjadi sayu manja. 

tersenyum bahagia syed muqri. dia kembali mengenggam tangan maira, maira cuma akur, meletakkan kepalanya di atas bahu suaminya. rasa dilindungi.

lebih lebih lagi yang melindunginya itu pemilik hatinya, syed muqri. 

***

di kala pukul 6 tepat pagi. maira masih lena dibuai mimpi. tidak sampai hati pula syed muqri hendak mengejutkannya. 

kerana tuntutan agama terpaksa juga dia mengejutkan isterinya.

"sayang.." kejutnya. sekejap sekejap dia memusingkan badan. gaya anak kecil tidak mahu bangun. liat juga maira ni.

kelihatan lucu. dia memanggil lagi.

"sayang.." lembut suaranya mengejut. bagai mendorong lagi lena maira. dengan suara mendayu itu pasti lagi mengasyikkan tidur maira.

"Maira mikayla .." nama penuh maira disebut perlahan. tidak boleh didengar langsung. 

di bawah sedarnya syed muqri mengusap pipi mulus milik isterinya. mengalihkan tangannya semula, mengusap pula kepala maira. lembut.

 tidak sampai pun di mengusap maira sudah tersedar dari tidur. laju dia bangun dan berpura biasa. nasib baik maira masih mamai.

"ada apa apa ke muqri?" sekat sekat suara maira keluar. baru bangun tidur lah katakan.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now