13

2.3K 59 0
                                    

Matahari menyinari ruangan bilik syed muqri. Dia menggosok matanya perlahan lalu bangun dan meregangkan badan. Syed muqri mencapai iphone miliknya, terkejut kerana jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Dia terlajak tidur pada hari itu. 

Penat agaknya semalam. Dia mengeluh. 

"haish boleh terlepas subuh pulak" syed muqri beralih katilnya dan membasuh muka.

Wajah sembabnya di usap lagi. Teruk juga dia menangis semalam sehingga tidak sedar dia terlelap sendiri. Bercakap tentang menangis, syed muqri tiba tiba teringat tentang kejadian semalam, butir butir perkataan yang keluar dari mulut walidnya, dia diselubungi rasa bersalah semula. 

Takut pula untuk keluar bilik. Muqri membuat keputusan berkurung sahaja pada hari itu. Mujur bilik air ada di dalam biliknya, tidak perlu dia bersusah payah.

perlahan sejadah dibentang, Syed Muqri men 'qada' kan solat subuhnya yang tidak sengaja ditinggalkan tadi.

***

Suasana di ruang tamu milik keluarga encik farhan agak riuh dengan gelak tawa asyraf, adam dan zarif. Mereka terhibur melihat rancangan televisyen pada pagi itu.

 Maira pula sibuk bermain telefon di sebelah adam. Tiba tiba zarif bersuara.

"hari ni rif balik kot. Tapi petang"

"Papa rif dah bertolak?" adam pula bersuara.

"belum rasanya, tengahari kejap lagi. Lagipun langkawi je naik flight nanti sampai lah tu"

"jom keluar? Hari ahad ni bosan lah. Sementara rif ada kan" asyraf pula berkata. Maira memandang ketiga tiga jejaka itu, tidak boleh dinafikan dia juga mahu turut serta sama keluar bersama mereka. Akhirnya dia bersuara.

"nak ikut jugak"

"Ops, sorry little girl, hari ni men days out!" adam mengejek Maira Dari Jauh. 

Geram Pula Maira melihatnya, dia mengambil kusyen Yang lenang di sofa dan mencampakkannya Tepat Ke Arah adam namun sempat dielaknya. 

Zarif dan asyraf Pula Ketawa. Pantang Sehari TIDAK kenakan adik perempuannya ITU.

"nanti, kitorang bawak adik eh semalam dah keluar dengan rif kan, so lain kali" asyraf pula berkata. Zarif hanya tersengih melihat mereka adik beradik

"takpa, baik ajak lisa dengan tasya." maira mencebik geram. Adam hanya ketawa di situ, kelakar dengan gelagat maira. Sangat manja, kerana itu juga ayahnya melayan maira seperti kanak kanak ribena, kemanjaannya mengalahkan budak 2 tahun.

 Maira mikayla membuka semula telefonnya. Cuba menyampaikan pesana kepada lisa dan tasya. Cepat sahaja tasya membalas. Tetapi tidak lisa, semakin hari lisa semakin cuba menjauhkan diri kepadanya. Dia juga pelik tentang hal itu, namun sengaja dibiarkannya kerana masih banyak hal penting perlu diuruskan.

"pukul 1 jumpa kat cafe tu okay!" pesanan ringkas tasya dibaca laju. 

Oleh kerana kebosanannya di hari ahad sudah bergelodak, dia membuat keputusan untuk keluar bersama tasya. 

Kebetulan pula hari itu ayah dan ibunya ada urusan di port dickson. Terpaksa lah maira membuat aktivitinya sendiri. Nak harapkan abang abangnya tak tercapai lah hasrat.

"bye nak siap! Abang adam nanti tolong hantar" maira melangkah laju dari situ. 

Senang saja kerjanya. Cakap destinasi yang hendak dituju, driver tak berbayarnya pasti akan menghantar kemana saja.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now