42

2.9K 76 3
                                    

okay, kali ni kasi panjang sikit.. cp pun tukar ala ala boy in the woods by marijajones123 pulek, okay btw enjoy ur reading! pape gitahu den. keep voting, keep suporting. lotsoflove! mwah!!! peperoger huhu.

 laju Syed Muqri menyusun langkah ke dapur. namun niatnya terhenti apabila melihat Maira Mikayla sudah nyenyak tidur di atas sofa.

Lantas dia mengambil kool fever yang diberikan kepada Maira Mikayla di atas meja makan tadi. kool fever tersebut dibuka dan ditampalkan tepat di dahi licin isterinya.

kaki Maira Mikayla dilunjurkan perlahan supaya posisinya dalam keadaan selesa. pendingin hawa ditutup Syed Muqri. segera dia naik ke bilik untuk mengambil comforter. 

Syed Muqri menyelimutkan Maira Mikayla dengan berhati hati, tidak mahu menganggu tidurnya, Syed Muqri membiarkan sahaja Maira Mikayla lena di situ. sofa pun sudah gaya seperti katil saja, empuk!

***

"selalu nampak mesti awak lepak dengan muqri kan tapi kenapa sekarang macam tak je." tanya Tasya sangsi.

"lah, takkan lah saya ajak dia dating sekali dengan awak kot." jawab Syed Irfan dengan berhati hati. dia harus waspada mulai dari sekarang kerana Tasya semakin mengesyaki sesuatu.

"ok lah, hari ni mungkin tak, tapi hari lain?"

"tak de lah wak, muqri ada je lah dengan saya ni ha. selalu saya yang datang rumah dia tuu, ye lah kan rumah saya tu ada siapa je. harapkan my dad tu saya rasa kita kahwin pun belum tentu dia sempat datang." balas Syed Irfan.

"macam tu pun boleh." Tasya masih lagi dalam tanda tanya. dia semakin lincah bertanya sekarang.

"ha tu mee goreng saya sampai. ok wak jom makan." Syed Irfan cuba menukar topik.

"tahu tukar topik je." jeling Tasya. tanda protes lah tu. protes lah nanti i pujuk balik k.

***

"muqri." serak suara itu memanggil nama muqri.

"muqri.." sekali lagi Maira Mikayla memanggil.

"awak panggil ke tadi? sorry saya mandi tadi." serba salah Syed Muqri. berlari anak dia turun kerana seakan terdengar ada yang memanggil.

"kenapa tak kejut saya?"  tanya Maira Mikayla lemah. kepalanya dipicit picit.

"awak kan tengah demam, lagipun saya tengok awak tak larat sangat so saya biar awak rehat. lagipun kat sini demam awak kebah lah jugak. kalau dalam bilik udara tak ada sangat." 

"habistu awak sorang kat bilik?"

"pasal tu, jangan fikir lagi. empuk kan sofa tu? saya tengok awak lena macam puteri beradu"

amboi perli nampak, namun Maira Mikayla hanya melayankan sahaja. 

Syed Muqri hanya tersenyum. dahi Maira Mikayla di rasa semula. 

"ha kan, badan awak tak panas sangat macam tadi. tak apa, awak rehat saya amikkan bubur."

Maira Mikayla mengangguk faham. ingin saja dia membantu Syed Muqri membuat semua, tetapi dia snediri tidak mampu untuk berdiri. duduk pun sudah rasa pening sedunia.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now