"I just need your trust Maira Mikayla!" suasana dapur itu tiba tiba bergema dengan teriakan Syed Muqri yang cukup nyaring.
"kepercayaan apa lagi Muqri? apa yang awak cakap tu macam nak ambik kesempatan atas saya! atau awak memang dah ambik pun?" Maira pula membentak. segaris senyuman sinis dihadiahkan.
makan tengahari mereka begitu saja musnah gara gara Syed Muqri menceritakan masalah yang terbaru. kini Maira pula menganggap dia seorang yang suka mengambil kesempatan sama seperti lelaki lain.
Air mata tidak dapat ditahan lagi, Maira Mikayla melepaskan tangisannya. dia mengambil tempat di sofa empuk rumahnya dan hanya menundukkan kepala. tidak tahu mengapa kini hatinya begitu kecewa apabila Syed Muqri jujur mengenai perasaannya sebagai lelaki walhal pada suami isteri itu normal.
Syed Muqri yang sudah buntu memperbetulkan keadaan cuba kembali untuk memujuk wanita yang dicintainya itu.
"sayang.."
Maira Mikayla masih menunduk. tidak betah rasanya melihat wajah lelaki yang selalu cuba mengambil kesempatan. haih, mengapa agaknya mentaliti Maira ini.
"sayang, trust me, saya takkan ambil hak yang awak sendiri tak relakan." lemah suara Syed Muqri berkata, sekarang dia tidak mahu memikirkan hatinya. yang paling penting Maira tidak lagi kecewa.
"saya bagi awak ruang untuk bertenang dulu, saya tak nak sebab benda ni. kita berdua jadi macam ni." tangan Maira Mikayla cuba digapai, malangnya Maira Mikayla cepat cepat menarik tangannya.
nafas dihela, Syed Muqri akhirnya meninggalkan Maira Mikayla seorang diri. dia keluar dari rumah itu untuk memberikan isterinya ruang. apa layak orang seperti aku menjadi pemiik hatinya? bisik hati kecil Muqri.
ditemani dengan angin senja, Maira hanya termenung jauh. kepalanya kusut memikirkan semua ini. wajarkah dia menganggap itu hanya sekadar mengambil kesempatan sedangkan Syed Muqri itu sah sebagai suaminya. agaknya betul lah wanita ini seorang yang 'complicated' tapi dia juga masih terlalu muda untuk melakukan semua itu.
"peningnya." kepala itu dipicit picit perlahan. dia juga tertanya tanya kenapa harus dia melatah dengan cepat, seharusnya dia berfikir dahulu dan perkara ini boleh bawa berbincang.
"again aira! kau dapat dosa kering buat suami kau macam tu." Maira bermonolog sendiri. sekali dia mengeluh memeikirkan nasib Syed Muqri yang selalu terkena tempiasnya.
bermulalah rasa bersalah menguasai dirinya, otaknya kini ligat berfikir. bagaimana jika Syed Muqri menangis di luar sana kerananya?
mengingatkan kembali kejadian tadi, mahu saja dia menghantukkan kepala.
"awak tak cerita tadi kenapa awak macam moody 3 hari ni?" soal Maira Mikayla.
"masalah kecik je kot, nevermind, I can take it."
"kalau kecik, kenapa sampai awak kena tidur bilik lain? am I in your problem Syed Muqri?"
"no, tapi..mungkin awak ada termasuk sekali." dengan wajah selamba Syed Muqri mengunyah lamb stick dengan berselera sekali.
"jangan tipu diri awak sendiri. I know you Muqri and awak tak suka berterus terang kan?" Maira cuba menekan Syed Muqri supaya berterus terang.
"jadi awak nak cakap yang saya ni selalu menipu awak?" Angin Syed Muqri terus berubah. dia sudah tidak selesa untuk menceritakan semua.
"no! tapi as husband and wife kita tak perlu berahsia macam ni."
tergelak sinis Syed Muqri dibuatnya. husband and wife?
"jangan provoke saya Aira, nanti awak akan sakit hati.." pesan Syed Muqri lembut.
"if I want too?"
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...