3 bulan kemudian
"assalamualaikum dan selamat sejahtera, alhamdulillah. pada hari ini kita dapat menjalankan majlis restu ilmu bagi pelajar tingkatan 5 yang bakal menduduki peperiksaan besar, iaitu SPM dua hari lagi. jadi majlis akan dimulakan dengan ucapan yang amat berhormat, Tuan Azim sebagai wakil bagi pihak Encik Awal yang tak dapat hadir atas sebab tertentu."
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah saya dijemput bagi menggantikan pengerusi PIBG iaitu sahabat saya Encik awal, untuk membuat ucapan. saya cuma nak berpesan, solat hajat mesti diutamakan, solat fardhu dan restu ibu bapa. penting ye untuk dapat berkat. saya doakan supaya semua berjalan lancar. selamat maju jaya terutama kepada seluruh anak didik sekolah ini. terima kasih pengerusi majlis."
"terima kasih atas ucapan berikut. pelajar tingkatan 5, sila buat barisan. mula dengan kelas yang pertama, tenangkan hati kalian. apa apa berlaku biarlah jadi di sini, kita buang yang keruh ambil yang jernih." sambung pengerusi majlis lagi.
seorang demi seorang bersalaman denga guru guru mereka, seperti kebiasaan dalam majlis seperti ini, pasti akan ada yang menitiskan air mata tidak kira lelaki atau perempuan. selesai bersalaman dengan guru, mereka bersalaman pula sesama sendiri. memohon maaf andai selama berteman ada yang terasa atau tersilap kata. sungguh manusia tidak sempurna.
"jatuh jugak air mata jantan kau kan." tegur Syed Irfan kepada Danial.
"siapa je tak sedih, lagi lagi orang yang banyak dosa macam aku ni." mata dikesat.
"alah, yang lepas tu, sudah lah." sampuk Farid seakan memujuk.
kumpulan lelaki cuma tersenyum melihat mereka. sedang mereka bercanda, Maira Mikayla serta rakannya yang lain melalui di hadapan mereka.
"err aira tunggu kejap." halang danial. Syed Muqri hanya memerhati. Maira Mikayla terpaksa memberhentikan langkahnya kerana laluan dihalang.
"Aku nak mintak maaf pasal kes sangka buruk kat kau dulu."
Lega hati Syed Muqri mendengar, ingat yang lain lah bakal terjadi.
"pasal tu, dah lama lah aku maafkan."ujar Maira Mikayla lembut. tidak menggunakan saya awak lagi bersama Danial, sudah tidak selesa.
"thanks, even kau tak terima aku pun, aku tetap boleh jadi member kau."
"for sure lah, kalau tak ada apa lagi, aku masuk kelas dulu." Maira Mikayla menunduk. Syed Muqri hanya memerhatikan langkah isterinya.
kumpulan perempuan mendahului mereka. Lisa yang berada disitu juga dihalang oleh Danial.
Lisa berdecet. tidak selesa diperlakukan begitu di hadapan ramai.
"aku mintak maaf sebab dah rosakkan bibir kau." tutur Danial perlahan.
"benda lama."
"tetap jugak aku salah, aku akan tanggungjawab."
"aku dah maafkan lah, ish aku nak lalu ni."
"your way"
***
Pintu kereta dibuka. Maira MIkayla langsung masuk tanpa mempedulikan hal sekeliling. sudah tidak heran menjadi bualan hangat ramai pelajar kerana selama tiga bulan ini dia pulang bersama Syed Muqri.
"Tasya balik dah?" tanya Syed Muqri.
"dah tadi, Irfan pun dah."
"nanti balik, aira siap. kita tidur rumah parents sayang, esok kita balik rumah walid tau."
Maira Mikayla mengangguk.
***
"saya tengok awak ni macam tak sihat aje, kalau dah teruk batuk tu saya bawak pergi jumpa doktor raj aje mah. ni saya tengok asyik pening pulak tu." kedengaran suara garau dari dalam bilik kerja Syed Mukhlis.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...