12

2.4K 64 0
                                    

"assalamualaikum" salam memenuhi ruang.

 Syed muqri menuju ke ruang makan dan menemui umminya. Melalui nada yang biasa itu sudah dapat diagak muqri tidak mempunyai mood. 

"wa'alaikumusalam, ni kenapa ni? " puan hasmah bersuara.

 Syed muqri pula masih membatu di meja makan tersebut. 

"tak ada apa lah ummi. Hal biasa" jawabnya biasa. Puan hasmah menggeleng perlahan, dia meneruskan aktiviti kebiasaannya di dapur. 

"pergi siap dulu. Nak maghrib ni nanti walid bising." puan hasmah bersuara lagi. Menurut sahaja kata umminya, syed muqri bangun lalu meninggalkan dapurnya. 

"baik ummi."

Dia masih termenung panjang di atas katil sendiri. Memikirkan kejadian yang betul betul menyakitkan hatinya sendiri. 

Terfikir juga macam mana zarif boleh datang dan bermesra tahap dewa bersama maira. Tangannya digenggam kuat. Nafas dihela panjang. Penat juga berfikir. Dia cuba melelapkan matanya, tak sampai beberapa saat syed muqriz muncul. 

"abang, dah maghrib. Jangan tidur" pesan adiknya.

 Muqriz tahu pasti abangnya akan terlelap, lebih baik dia menghalang abangnya dari tertidur sebelum walid sendiri bising.

Syed muqri dengan perlahan lahan bangun dan terus ke muka pintu bilik airnya, dia mandi dan bersiap untuk menunaikan solat maghribnya.

Zarif aqif masih duduk berhampiran balkoni kediaman bapa saudaranya, encik farhan. Sama juga, dia terfikir tentang kejadian tadi. 

"hm syed muqri" hambar senyumannya.

"rif, jom lah makan" sapa asyraf dari belakang. 

"Tak ada selera ah bang"

"awat ni? Pasal aira tu, nanti hilang lah moody dia tu" asyraf memujuk lagi. 

Adam pula menyampuk perbualan mereka di situ.

"oi! Sini rupanya. Btw bila papa rif balik?"

"eh abang adam. Erm esok kot. Then petang baru rif gerak." 

Adam mengangguk tanda faham. Mereka bertiga masih berbual kosong.

"tadi rif jumpa kawan aira, muqri. Is there something yg rif tak tahu? That guy in her eyes, macam special sangat." zarif mula bertanya.

 Cuba lagi untuk mengorek punca kehilangan mood sepupunya. 

"muqri tu, one of gentleman person and aira suka dia." terang adam laju. 

"but. I think he also likes aira. " zarif menoleh lalu memandang asyraf dan adam. Mereka bertiga saling berpandangan. 

Moody sebab muqri?

"so dia moody pasal muqri lah kan?" zarif bertanya lagi.

Asyraf mengangguk perlahan manakala adam mengangkat kedua belah bahu pura pura tidak tahu. 

"hal dorang. Let them be. Abang cuma boleh doa untuk semua je. dah lah jom makan" ajak adam pula. 

Tidak mahu banyak soalan yang ditanya lagi, mengajak zarif makan adalah jalan yang paling sesuai. Mereka berlalu dari balkoni itu untuk menikmati makan malam.

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now