Loceng terakhir berbunyi menandakan waktu sekolah tamat pada hari itu. Syed muqri dan syed irfan berjalan menuju ke parkir motosikal.
Sambil berjalan, syed irfan bercerita tentang angan angannya selepas mengambil sijil peperiksaan malaysia (SPM) namun syed muqri langsung tidak memberikan sepenuh perhatiannya kerana ternampak kelibat maira mikayla yang sedang menuju ke kereta Mercedes milik abang nya.
Syed Muqri khusyuk mengamati kelibat itu tanpa berkelip. Dia terpegun. Lama dia memerhatinya. Sangat lama. Terasa indah sekali, tenang melihat wajah polos itu tanpa henti. Namun pandangan tersebut pudar dari dalam matanya apabila di kejutkan oleh syed irfan.
"hoi! Kau ni angau pun sampai lupa aku kat sini."
"eh! Sorry fan. Aku tak perasan." terkebil kebil syed muqri membetulkan helmetnya yang senget ditepuk oleh syed irfan tadi.
"sia sia air liur aku bercerita, kau pulak jadi pekak sesaat."
"sorry Irfan.." Syed Muqri menggaru kepalanya.
"dah dah. Kau kena amik ariz ni. Cepat. Sian dia tunggu"
"ha ye lah, aku gerak dulu. Assalamualaikum." Dia segera memulas gear motosikalnya keluar dari pagar sekolah.
Jarak selama 6 km untuk ke sekolah adiknya tidaklah mengambil masa yang lama kerana dia hanya menaiki scrambler dan tidak terjebak dengan kesesakan lalu lintas.
"Ariz. Sorry lambat, tadi abang jumpa abang fan" syed muqri meminta maaf kepada syed muqriz.
"takpe. Adik sempat solat tadi, abang dah solat?"
"ya Allah, abang lupa! Nasib baik ariz ingatkan. Kita singgah masjid jap lepas ni baru balik okay" Dia segera memakaikan topi keledar di kepala adiknya. Muqri dengan cepat beredar dengan laju agar tidak terlepas waktu.
Habis sahaja melaksanakan solat zuhur, syed muqri meraup wajahnya perlahan. Kesal kerana leka menunaikan solat, Syed Muqri beristighfar panjang. Dia cukup tahu bahawa untuk berjaya dalam hidup, solat perlulah dijaga. ibarat tiang rumah, jika tidak membina tiang dengan sempurna, bagaimana rumah mahu berdiri dengan megah. begitulah solat, tiang agama umat manusia.
Kerana inilah dia takut mahu bergaul, jika dengan Syed Irfan dia sudah boleh lupa, bagaimana pula dengan yang lain. Sifat remaja dalam dirinya itu mudah melekakan, dia juga akui sifat itu susah untuk dibendung.
Sempat juga dia munasabah diri untuk beberapa saat sebelum Syed Muqriz mengajaknya pulang.
"Assalamualaikum!" jerit dua beradik itu. Syed muqri terus mendapatkan umminya di dapur. Dia tahu, Puan Hasmah pasti akan berada di kawasan itu kerana hobi umminya ialah memasak. Syed muqri segera memeluk puan hasmah dari belakang dan perkara yang sama dilakukan oleh adiknya syed muqriz.
"hari ni ummi masak apa?" tanya syed muqriz riang
"macam sedap.." sampuk syed muqri sambil menggayakan tangan di perutnya.
"gulai ikan je, pergi naik atas tukar baju solat semua baru turun makan" jawab puan hasmah.
Malas hendak melayan dua beradik itu. Jika dilayan, makin lama lah anak berdua itu bertangguh mandi. Bertuah lah anak.
Sementara di rumah maira mikayla pula, hanya abang dan ibunya sahaja dirumah.
Maira mikayla hanya duduk di bilik menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru mereka tadi. abangnya pula bermain permainan video bersama.
YOU ARE READING
Terlanjur Cinta
Romance"walid tak benarkan kamu bercinta melainkan .." - syed mukhlis Syed muqri dengan yakin menerima keputusan itu dan percaya bahawa ini yang terbaik. Detik demi detik kisah dua pecinta muda ini dimemorikan, mereka masih baru mengharungi...