27

2.3K 65 4
                                    

Hari selasa bermula. esok pula dia harus mengambil baju pengantin bersama syed muqri. panjang keluhannya.

"kenapa kat mana mana kena ada dia?" luah Maira lagi.

malam semalam adalah makan malam yang paling tidak bermakna. kosong sahaja. masing masing berpandangan dan tidak berbual.

dia sendiri tidak mengerti isi hatinya, semua bercampur baur. keliru, sayang, kosong. selepas ini pula? tawar hati?

terkadang suara hatinya bertanya. apa perlu korbankan perasaanya hanya kerana persahabatan?

kerana permintaan lisa untuk memiliki muqri membuatkan dia mengalah untuk memulakan hubungan bersama.

dia juga sudah penat. mendengar rakan perempuan sekeliling memasang hajat untuk memiliki muqri. bukan cuma lisa, ramai lagi.

perasaan cemburu membuatkan dia mengalah. rasa ragu ragu membuatkan dia tidak yakin syed muqri dapat membahagiakannya.

lihatlah sekarang, dia sendiri sakit. bagaimana akan datang?

"adik! cepat lah turun. nanti lambat" suara Asyraf didengari dari bawah.

"okay aira, your day without him begins now" monolog dia sendiri.

mengambil nafas bersedia sebelum turun.

dia bertolak ke sekolah.

"Aira! kau okay tak ni?"

nampak sahaja batang hidung rakannya itu terus bertanya. tasya memang seorang yang prihatin.

"jangan risau lah, aku tahu nak jaga diri." jawab maira sambil matanya melilau lilau ke arah lain.

diperhati saja oleh tasya. sudah pasti lagi sedang mencari kelibat seseorang.

"masalah sekarang cik aira, bukan diri tau. tapi hati"

memang betul pun. hati. masalah sekarang hati.

"aku pelik dengan kau ni. okay sorry lah aku cakap, kau kan dah nak kahwin. tapi kau tak rasa berdosa cintakan orang lain selain suami kau?" tasya bersuara lagi.

berdosa? orang yang aku cinta itu sendiri bakal suami aku.

tapi bukan itu jawapannya. Maira mengubah skrip jawapan lagi.

"sebab tu sekarang aku dah tak nak rapat dengan dia."

"siapa? muqri?" tanya tasya lagi. dia seperti naif waktu itu. memang selalu lambat pickup pun.

"tak lah. irfan" dengan senyuman paling manis diberikan. Maira sedang memerlinya.

tahu sangat dah tu.

"ish kau ni. elok elok lah."

"yang kau tanya lagi tu kenapa? siapa lagi lelaki yang rapat dengan aku?" marah maira. itu pun masih blur lagi.

"ala sorry lah, takyah marah marah aku"

dia menggeleng. semua pelajar diarahkan masuk semula ke kelas. Maira bersama tasya mengikut barisan kelas mereka.

syed irfan mendekati mereka berdua. segaris senyuman diberikan.

sengaja tasya bersuara, bertanya tentang seseorang kerana dia tahu, walau maira cuba untuk menjauhkan diri daripada syed muqri, maira masih mencarinya.

di mana syed muqri sekarang?

"fan, mana muqri? tak nampak pun."

"oh dia.. erm hari ni dia tak datang sebab ikut parent dia pergi jabatan."

Terlanjur CintaWhere stories live. Discover now