PROLOG

10.5K 357 6
                                    

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.Kelihatan seorang wanita pertengahan umur sedang memunggah barang dari lori sewaannya. Dia menyeka peluh di dahinya dan menyinsing lengan baju kamejanya.

"Puan,sila tandatangan disini" wanita itu menurunkan tanda tangan ditempat yang dipinta oleh lelaki tersebut sebelum mengucapkan terima kasih. Lelaki itu tersenyum dan memandu jauh dari banglo dua tingkat yang terletak berhampiran sungai yang jernih airnya itu.

"Sayang okay?" Seorang lelaki tiba-tiba memeluk wanita itu.
Wanita itu tersenyum dan meleraikan pelukan suaminya itu. Dia kembali mengangkat bungkusan-bungkusan masuk kedalam rumah barunya. Tiba-tiba dia terhenti apabila melihat satu bungkusan yang tertulis " SuAzHa". Dia duduk di kerusi santai yang menyajikan pemandangan kawasan banglo tersebut. Air sungai yang mengalir jernih,pepohon yang rendang dan suasana yang nyaman dan angin bertiup terlindung dari panas matahari.
Bungkusan dibuka dan mengandungi buku tebal bertulis SuAzHa,gambar dan uniform lengkap pelajar asrama. Tertulis di lencana uniform tersebut Asrama Engku Puteri.Hana Humairah.

HostelWhere stories live. Discover now