BAB 18

2.1K 134 6
                                    

" Baiklah semua ,oleh kerana kita kesuntukan masa kita akan melangkau aktiviti kedua dan teruskan dengan game Survival. Saya sudah meminta kamu semua menyediakan item seperti mancis dan lilin dan kami akan menyediakan bekalan makanan kepada kamu dan kamu dikehendaki memanfaatkan item dengan sebaiknya " Miss Lim membacakan cara bermain game survival dengan lebih terperinci. Terdapat pelajar yang terlopong ,terdapat juga pelajar yang sekadar mendengar acuh tak acuh. Masuk kanan keluar kiri.

" Amin.. "
Usai Ustaz Idrus membacakan doa ,pelajar mula digerakkan dalam kumpulan.

" Err.. Ikmal awak okay ke ? " Ikmal senyap tanpa budi bicara. Sungguh Hana berasa serba salah kerana Ikmal terpaksa mendukungnya. Dia fikir dia mendapat pengecualian tapi malangnya tidak. Ceit ! Lahanet Miss Lim. Sampai sekolah nanti, tengoklah apa aku buat kat tayar kereta kau. Hana mendengus geram memikirkan apa yang dibicarakan dengan Miss Lim tadi.

" Miss.. Saya dikecualikan boleh ? Kaki saya masih.. " Terhinjut-hinjut Hana berjalan mendekati Miss Lim. Miss Lim memandangnya atas bawah.

" Rasanya kalau awak boleh jalan jumpa saya,saya rasa takde masalah untuk awak teruskan game kita ni " Miss Lim berlalu dengan muka selambanya. Kekwat betul kau cina!

Lamunannya mati apabila Ikmal berhenti di sebuah tempat. Ikmal meletakkan Hana disebatang pokok gaharu yang tidur memalang ke tanah. Mata Hana melilau meninjau kawasan sekelilingnya.Tengah hutan agaknya ni. Tebal semacam je fesyen pokok-pokok kat sini.

Ikmal meminta ahlinya mengeluarkan alatan sementara dia mengeluarkan bekalan yang diambil melalui cabutan bertuahnya sebelum memulakan permainan. Dia mengambil beg berwarna merah jambu kerana mengingatkan dia pada bunga mawar merah jambu yang dijumpai Hana.

Sardin mentah seekor. Lobak merah sepotong. Meggi kering bersaiz satu pek meggi kari biasa.
Masing-masing muram. Kuantiti bekalan yang dipilih mereka agak sedikit tapi apakan daya,mereka harus mensyukuri dengan nikmat yang ada.

" Ihsan,Suzanna cari akar kayu atau ranting pokok untuk unggun api. Azzyati ikut aku cari mana tau ada paku pakis kat sini. Hana ,stay still " Ikmal mengeluarkan pisau lipat dari begnya.

" Urm ..guys.. Aku nak.." Kelibat sahabatnya yang menghilang dibalik pepohon yang tinggi menjulang dipandangnya sayu. Dia memandang kakinya. Perasaan bengang mula menyelubungi.

SHHH.. SHHH...
Bunyi dedaun yang berlaga ditiup angin mampu menaikkan bulu roma sesiapa sahaja yang duduk bersendirian didalam hutan tebal tanpa sebarang peralatan pelindungan diri.

' Kau takut ? '
Hana menoleh kearah suara yang tiba-tiba menyapa ke telinganya. Kosong.

' Jangan risau.. Aku kan ada '
Hana jadi tak senang duduk. Matanya melilau mencari kalau-kalau ada kelibat yang dijumpainya.

' Aku akan selesaikan Miss Lim '
Jantung Hana seakan berhenti berdengup. Peluh sejuk mula membasahi dahinya. Entah hatinya berasa kurang enak.

' Kau tak suka dia sama macam aku tak suka dia '
Hana menutup kedua cuping telinganya. Suaranya seakan tersekat. Dia hanya mampu berdoa agar tiada apa yang akan terjadi pada gurunya itu. Walaupun dia tidak menyukai Miss Lim tapi dia masih waras dan tidak akan menggunakan anugerah yang dia ada sekarang untuk membunuh. Tidak sama sekali!

" Aku kan dah cakap ,jangan sentuh tapi kau sentuh juga hahah "
Ihsan dan Suzanna tiba membawa tiga ikat ranting kayu dan satu bungkusan kecil. Kelihatan Ihsan menggaru-garu lengannya. Merah.
Hana mengelap peluh yang membasahi wajahnya. Dia mencuba untuk menyembunyikan apa yang terjadi sebentar tadi kalau tidak pasti dia diwawancara seperti artis di H!Live.

" Kau tau Hana ,dak pengau ni dah tau allergi dengan bunga amarilis tapi pergi gatal-gatal sentuh. Aku dah cakap tu bunga Amarilis tapi dia cakap tu tumbuhan liar. Sekarang ,padan muka hahahhh !" Ihsan meletakkan akar kayu kebawah dan mencari ubat allergi untuk dikemamnya agar rasa gatal hilang.

" Ihsan ,Suzanna ni dia suka kaji bab tumbuhan hutan jadi di dah buat preparation lah sebelum kita gi hutan Rompin ni " Hana menghulurkan Ihsan sebotol air dan membuka bungkusan ditangan Suzanna. Buah Ceri merah. Banyaknya! Suzanna sekadar menyengih apabila wajah Hana seperti menyoalkan dari mana dia mendapat ceri sebanyak itu.

" Our dessert or Kudap-kudap "

☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕

" Arghh! Holishit! " Ikmal mengerang kesakitan apabila kakinya dicucuk akar berduri ketika cuba mencabut sayur paku pakis. Azzyati yang sibuk mencabut ubi keledek terkejut sebaik mendengar erangan Ikmal. Kayu yang diasah menggunakan batu tajam tadi dilepaskan dan segera dia mendapatkan Ikmal.

" Aduhhh.. Apa jadi ni ? " Azzyati mengoyakkan hujung tudung bawal yang dipakainya untuk dijadikan kain pembalut luka Ikmal. Walaupun lukanya agak kecil tapi darah tidak berhenti keluar membuatkan Azzyati bertindak sedemikian. Sebaik lukanya dibalut,Ikmal masih menggagahkan diri untuk bangkit dan mengajak Azzyati pulang kerana hari sudah hampir masuk makan tengahari.

Saat mereka meninggalkan kawasan tersebut ,kelihatan seorang perempuan bersergam sekolah senyum menyeringai. Jarinya yang dipenuhi darah dari luka Ikmal dijilat puas. Sungguh dia tidak sabar menunggu ketibaan dimana dia akan bangkit menggantikan jasad orang lain.

HostelWhere stories live. Discover now