Yaasin..
Sudah hampir genap sebulan Raisha meninggalkan Hana dan Ikmal. Hampir empat minggu juga Hana kurang selera makan. Badannya semakin susut dan raut wajahnya muram. Kelihatan jelas eyebagnya menutup seri wajahnya yang dahulunya sentiasa ceria dan tersenyum.
Dia menyentuh nisan anaknya dan sesekali menggosoknya. Dia menyiram air mawar lantas menabur bunga dan daun pandan yang telah dihiris halus. Air matanya sudah kering untuk dia titiskan. Namun,api dendam kesumat dihatinya masih belum padam malah semakin membara.
Ikmal sekadar membisu. Dia tidak mahu membangkitkan perihal ingin cahaya mata malah meminta rakan serta jiran terdekat mereka tidak berbicara perihal berkaitan Raisha atau anak. Bukan Hana tidak boleh mengandung lagi tapi ini bukan masa yang sesuai.
KLANG !
Bunyi SMS masuk. Riak wajah Hana berubah. Dia lantas berlari meninggalkan pusara anaknya dan pergi mendapatkan kereta. Ikmal terkedu. Dia cuba memanggilnya namun gagal. Hana sudah memecut laju." Okay guys,sekarang aku nak balik dengan apa? Phone dalam kereta,purse pun sama. Situasi aku sekarang lagi susah dari addmath " Ikmal bermonolog sendiri.
___________________________________________________________________
From : 017-6788031
HOTEL D'PALMA. FLOOR 6 ROOM 6.
____________________________________________________________________
pesanan yang diterima Hana pada 5.09pm benar-benar membuatnya membara. Az.. Hutang darah mesti dibalas darah.
KRING! KRING!
Ustaz?
" Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam "." Hana tak kira apa kamu buat,kamu kena jumpa ustaz dulu "
" Saya dah dapat Azzyati. Lepasni baru saya pergi sana "" Kamu jangan degil! Dia terlalu kuat untuk kamu ! " Hana mengetap bibirnya. Senyap.
" opah kamu sakit " Hana terus menekan brek kecemasan. Dia menghidupkan signal dan kembali pulang.
☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕
" Opah ! " Kelihatan Ustaz dan Suzanna dimeja rumah Opah.
" Haa Hana..meh duduk dulu " Hana terkedu. Opah .. Bancuh.. Tadi..
" Maafkan Ustaz tapi itu je cara terbaik " Hana menghempas begnya.
" Kau tau tak betapa susah aku nak jejak dia hah setan ?! Kau ingat lawak ke bodoh ! " Hana memegang kolar baju melayu Ustaz. Ustaz sekadar tersenyum nipis.
" Astagfirullah ! Hana hey ! " Opah menarik agar Hana melepaskan kolar baju ustaz.
" Astaghfirullahalazim... "
" Astaghfirullahalazim... Ikut ustaz "
" Astaghfirullahalazim... "Perlahan-lahan kolar baju ustaz dilepaskan.
" Hana.. Duduk.. Dia masih ada disitu. Dia menetap disitu selagi tak jumpa kamu. Kamu jangan risau,dia ada. Dia takkan dapat lari. Ustaz dah pagar hotel tu pagi tadi " Hana menggeleng.
" Macam mana.. " ustaz tersenyum.
" Ustaz tau dia kat mana cuma tak cakap dengan kamu je sebab kamu belum tenang. Lagipun ustaz tengah kumpul tenaga dan alat nak menentang dia. Dia semakin kuat Hana. Dari kecil dia dah diajar guna mantera dan alatan sihir "
" Ustaz.. Saya.. " Hana mengalirkan air mata. Perasaannya kini bercelaru.
" Ustaz faham. Kamu ambil air ini,jangan lupa minum selepas solat subuh dan maghrib. Lepas isyak lapkan pada dada dan mata kamu dan jangan lupa selawat. Mana Ikmal? " Hana tersedar. Ikmal.. Allahu..
" Assalamualaikum "
Mata tertancap pada tubuh yang berada dihapan pintu." Kot ye pun tak tahan nak buang air ke apa, ingatlah sikit sapa drive tadi. Mentang-mentang rumah Opah bukan highway,suka-suki tinggal suami kat belakang. Suh ambil lesen taknak. Tadi bukan main Kampung Drift " Ikmal lantas kedapur untuk kebilik air. Opah mencubit lengan Hana. Hana mengaduh kesakitan.
" Bukan niat Hana.. Tadi tu.. Anu.. Hurm.. " ustaz mengikut langkah Ikmal ke dapur. Ada sesuatu yang perlu dibuat secepat mungkin.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...