BAB 11

2.4K 154 8
                                    

       " Okay for the second group akan dipimpin oleh Tengku Ikmal Rayyan dari Asrama Putera ,dibantu oleh Hana Humairah ,Nur Ifti Azzyati,Nurul Suzanna Syarina dan Tengku Ihsan Ruhaizan " Hana hanya mampu mengucapkan syukur kerana dia masih diberi peluang bersama kedua sahabatnya. Tapi siapakah dua jejaka yang bakal bersama mereka nanti ? Dia tidak tahu.

Kelihatan dua orang jejaka yang agak mirip menghampiri mereka bertiga. Seorang berkaca mata manakala seorang lagi tidak. Dua-dua berkulit cerah dan seperti kacukan barat.

" Assalamualaikum geng, aku Ikmal. Selamat bekerjasama " Ikmal sekadar memperkenalkan diri. Hana sekadar cuba mengingat jejaka tinggi lampai dihadapannya. Macam familiar je muka mamat ni tapi dimana ya ? Terkebil-kebil Hana memandang Ikmal dan berharap sel-sel dalam otaknya kembali berhubung. Kurang minum susu Dugro zaman kanak-kanak dulu,gini la jadinya.

" Aku Ihsan " lelaki itu mengelap cermin matanya menggunakan tuala dipoket seluarnya. Habuk.

" Oh ya !!!! Kaulah yang tolong aku time aku 'sakit' tu kan ? Gotcha ! " Azzyati menyiku lengan Hana. Hana sekadar mempamerkan reaksi wajah ' what ? '. Suzanna sekadar menggeleng. Malu kerana kumpulan merek menjadi tumpuan ramai. Ada pelajar yang berbisik sesama mereka,ada yang melemparkan senyuman sini ,aduhh.. Hana ,control la volume tu bila nak cakap takpun cakap dalam hati. Aiyoo minaci sorang ni.
Ikmal sekadar mengiayakan manakala Ihsan menyibukkan diri dengan membetulkan cermin matanya yang sudah terlampau bersih. Cover beb.

" Baiklah kamu semua boleh menaiki bas dan ingat ! Always Stick with your friends and teachers okay ? " ucap Ustazah Dahlia. Dia tidak dapat menyertai pelajarnya kerana ada urusan di kampung yang perlu diselesaikan. Oleh itu ,Ustazah Liza dan Ustaz Idrus yang akan mengetuai bahagian kerohanian.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

10.45malam. Bunyi dengkuran didalam bas mula kedengaran. Azzyati sudahpun selamat mendaratkan kepalanya dibahu Hana. Manankala Suzanna sudah pun ralit dibuai mimpi dikerusi hadapan mereka. Hana masih celik. Dia hanya memandang diluar tingkap bas melayan perasaan nya. Fikirannya saat ini kosong. Susasana sunyi ,gelap . Cuma cahaya bulan yang menerangi perjalanan mereka. Perjalanan ke Hutan Simpan Negara dirasakan amat panjang. Mulutnya hanya mampu menguap tapi matanya masih terbuka. Perlahan-lahan matanya ingin tertutup ..

PINNNNN !!!!
Pelajar di dalam bas terkejut dan terbangun dari lena mereka apabila mendengar bunyi hon sebuah lori.

PINNN !!!
Sekali lagi mereka dikejutkan dengan hon tapi dari sebuah kereta myvi atau proton mungkin. Kerana gelap jadi penglihatan kurang jelas dan terbatas. Para pelajar mula berbisik dan berpandangan sesama sendiri. Rasa takut mula menyelubungi.

PINNNNN !!!!
Hon pasti akan kedengaran apabila sesebuah kenderaan lalu bersebelahan dengan bas yang mereka naiki. Mereka seperti ingin memberitahu sesuatu tapi pemandu bas seolah-olah tidak dapat menangkap setiap bait yang mereka cuba sampaikan. Kebanyakkan mereka seolah-olah menunjuk kearah atas bas tapi kenapa? Azzyati tiba-tiba memegang erat tangan Hana. Perasaannya seperti ada sesuatu yang tak kena kerana pasti ada yang menumpang.

Ustaz Idrus meminta seisi bas menutup langsir bas dan mula melaungkan azan.

" ALLAHUAKBAR .. ALLAHUAKBAR .. "
SRETTTTT ...
Kedengaran bumbung bas dicakar. Nyilu seisi bas mendengarnya. Pemandu bas sekadar beristighfar moga-moga ia tidak memunculkan diri. Hana memandang Azzyati yang sudah pucat disebelahnya. Dia menolak kerusi dihadapannya namun tiada yang menyahut. Tidur mati ke dah mati budak Suzanna ni?

Usai melaungkan azan, bunyi cakaran mula reda. Keadaan bas kembali seperti sediakala. Hana membuka sedikit langsir bas. Belum sempat dia membuka ,langsir dengan sendiri terselak ketepi dan terpampang wajah seorang perempuan berseragam sekolah lama dengan mata terbeliak memandangnya begis.Dia melemparkan senyuman menampakkan bibirnya yang koyak. Azzyati menjerit ketakutan. Seisi bas turut berteriak apabila melihat lembaga ditepi tingkap itu. Keadaan didalam bas kacau bilau. Ustaz Idrus membaca beberapa potong ayat dan meletakkan tangannya di tingkap. Mahkluk itu sekadar tersenyum dengan tindakan Ustaz Idrus sebelum menghilang. Hana masih kaku ditempat duduknya. Azzyati datang merapati Hana apabila mahkluk itu sudah tidak kelihatan.

" Hana.. " Azzyati menyentuh bahu Hana. Hana tersentak dan menangis didalam pelukan Azzyati.

" Dia .. Nak bunuh aku Az dan kalau aku tak ikut kemahuan dia ,dia akan bunuh orang terdekat aku satu persatu " Air mata Hana bercucuran. Ustaz Idrus memberi sebotol air mineral yang sudah dibacakan ayat suci Alquran kepadanya. Dia meminta Hana minum kemudiam meraup mukanya dengan air itu. Berharapa agar semangatnya kembali kuat. Ustaz menarik nafas panjang kemudian tidak sengaja terpandang Suzanna yang masih lena di kerusinya. Sesekali air liurnya dilap dengan lengannya.

" Agaknya kalau kita buang dia tepi jalan pun dia tak perasan " seisi bas kembali ceria seperti sebelumnya dan mereka melantunkan selawat sepanjang perjalanan. Hana masih tidak dapat melupakan gambaran yang mahkluk itu cuba sampaikan dimindanya. Moga-moga ia tidak akan berlaku.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang