BAM ! BAM !
Bunyi kilat sabung-menyabung sedikit sebanyak mengganggu tiga orang pelajar yang sedang khusyuk mengulangkaji pelajar. Sudah hampir dua minggu mereka berada di asrama tersebut dan macam-macam yang mereka lalui sepanjang mereka berada disitu."Hana,Suzanna nak kopi?" tanya Azzyati. Hana hanya menggeleng manakala Suzanna masih khusyuk menyalin nota daripada rakan sekelasnya. Azzyati hanya menggeleng dan membancuh secawan kopi untuk dirinya.
"Kan best kalau kita duduk kelas yang sama" ujar Hana memecahkan keheningan malam. Azzyati menghirup kopi yang sudah siap dibancuhnya tadi manakala Suzanna hanya mengiakan kata-kata Hana itu tadi.
"Arghh!! Stress lah aku ! Baru minggu orentasi tapi macam-macam kerja orang tua tu bagi! Dahlah nak kena hantar on time. Dia punya on time tu bukan main macam salin kamus ! " bebel Suzanna. Hana hanya tersenyum. Azzyati pula sibuk menghafal not muzik untuk persediaan hari esok.
"Samalah. Bagi kerja tadi tapi nak esok. Ingat addmath ni macam buat karangan agaknya" Hana pula menyuarakan rasa tidak berpuas hati atas kerja yang diberi oleh gurunya. Mati kutu dia hendak mencari jalan penyelesaian untuk satu soalan. Jangan sampai saya tulis surat cinta cikgu. Saya ugut ni.
"Biasalah tu" Azzyati menghirup kopinya lagi. Tenang saja pemikirannya. Hana bangkit dari kerusinya dan bergerak ke arah katilnya. Suzanna pula masih khusyuk menyalin nota yang dipinjamnya tengah hari tadi. Mata Hana semakin lama ,semakin ingin tertutup.
"Weyh..aku ada bawak satu permainan ni" mata Hana terbuka kembali sebaik mendengar suara Azzyati. Suzanna menutup buku latihannya dan meregangkan badannya untuk seketika.
"Benda ni kawan aku bagi. Bukan benda betul pun" Hana menukar posisi dari berbaring kepada duduk. Dia menyandarkan badannya ke dinding katil. Suzanna pula mengemas buku latihannya kedalam beg untuk dibawa esok. Azzyati sudah pun duduk di birai katil Hana bersama satu kotak berbentuk empat segi berwarna ungu kegelapan. Suzanna pun menyertai Azzyati berkumpul di katil Hana. Perlahan-lahan Azzyati membuka kotak tersebut. Kelihatan satu papan usang yang bertulis A hingga Z dan 1 hingga 0. Dan terdapat juga perkataan home,yes dan no.
"Ouija?" Hana terkesima. Azzyati tersenyum sumbing.
"Bahaya lah weyh! Aku taknak main lah!" Suzanna bangkit dari birai katil Hana dan bergerak ke katilnya. Azzyati berubah wajah."Kau sayang aku tak?" Suzanna menjadi serba salah. Hana pula tersepit. Kelihatan Azzyati sangat berminat untuk bermain ,oleh itu dia hanya bersetuju tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapinya.
Mereka bertiga menyeru roh berulang kali,malangnya tiada respon. Hana mengeluh dan melepaskan jari telunjuk dari penanda ouija. Dengan tiba-tiba penanda ouija bergerak balas dan masing-masing terkejut dan menyalahkan antara satu sama lain kerana tidak mungkin penanda itu bergerak dengan sendirinya.
"Na..nama kau siapa?" Penanda mula bergerak ke M..I..A..
"Okay,kau boleh balik sekarang,sorry ganggu..her..her.." Ujar Suzanna gugup. Penanda bergerak ke No.
"Kau nak apa?" Hana begang. Penanda mula bergerak pantas tanpa bantuan jari ketiga-tiga pelajar tersebut.
"Darah haid?" Suzanna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Hana bangkit dan terus ke bilik air. Lima minit kemudian dia keluar dan mencampakkan padnya yang berisi darah haid ke papan ouija tersebut.
"Puas?" Penanda ouija mula bergerak ke Home yang membuatkan ketiga-tiga sahabat itu lega. Tiba-tiba pintu dorm dikuak luas.."Woop! Main apa tu?" Kelihatan Azzyati membawa biolanya masuk ke dalam bilik mereka. Suzanna dan Hana tergamam seketika. Hana menoleh ke katilnya dan melihat Azzyati yang tadi sudah tiada bersama papan ouija dan darah haidnya. Tiba-tiba pandangannya kabur dan semuanya gelap.
YOU ARE READING
Hostel
МистикаTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...