BAB 39

1.6K 122 5
                                    

Suzanna..
Suzanna..

" Suzanna ! " Suzanna tersentak dari tidurnya. Dia terus bangkit apabila seseorang menyerunya.

" Hana mana? " ouh.. Minah ni. Aku ingat siapa.

" Kenapa tak tanya Lee dongwook kat mana? " Suzanna separa sedar tak sedar menjawab soalan Azzyati. Azzyati memandangnya pelik.

' Nasib baiklah tinggal kau dengan aku dalam bilik creepy pasta ni,kalau masih ada orang lain,aku dah lama campak kau dari tingkat dua ni,hukum gantung mandatori pun aku tak menyesal '

" Aku gurau lah . Aku mana tahu dia kat mana " Suzanna menepuk bahu Azzyati. Monolog Azzyati terhenti. Dia mengambil telefon bimbitnya di beg sandangnya. Dia menghidupkan lampu suluh telefonnya dengan berharap dia tidak tersuluh benda yang bukan-bukan.

" Jom " Azzyati menarik tangan Suzanna bangkit dari katil tersebut. Dengan berbekalkan semangat yang nyawa-nyawa ikan beraninya,mereka berdua berjalan menuruni anak tangga. Setibanya di ruang tamu bawah, pintu rumah tersebut terbuka dengan sendirinya membuatkan mereka berdua kaku.

Pukul berapa Datuk Harimau..

Suara halus kedengaran dicuping mereka berdua benar-benar membuatkan kaki mereka berat untuk meneruskan langkah.

Pukul berapa Datuk Harimau..

DONG! DONG! DONG!

Bunyi jam yang entah dari mana datangnya bergema di ruang tamu. Suzanna dan Azzyati berpelukan.

Aku tanya..
PUKUL BERAPA!!!!! Hehehehehehhhh...

Satu mahkluk terbang dihadapan mereka kemudian keluar melalui pintu masuk yang terbuka tadi sebelum tertutup kembali. Azzyati dan Suzanna lari keatas semula dan menguncikan diri di bilik lama Hana.

TOK ! TOK! TOK !

Suzanna dan Azzyati mengundur kebelakang. Ketukan demi ketukan membuatkan jantung mereka rasa ingin meletop. Azzyati menarik tangan Suzanna untuk bersembunyi di almari baju bersebelahan katil tempat mereka tidur tadi.

Cucu.. Cucu..
Tak dapat lari..
Nenek tua banyak sakti..
Mencari cucu dimana ada..
Siapa yang kena..

Suara alunan halus itu hilang mengurangkan sedikit debaran dihati mereka. Dah pergi ke?

.... DIA YANG MATI !!!!!!!

Almari tersebut bergegar membuatkan Suzanna dan Azzyati berteriak ketakutan. Mereka membaca apa sahaja yang mereka tahu sehingga gegaran itu tiba-tiba terhenti. Azzyati dan Suzanna berpandangan sesama mereka sebelum Suzanna perlahan-lahan membuka pintu almari tersebut. Sebaik membuka pintu tersebut sebuah pasu seramik hinggap tepat mengenai kepala mereka berdua.

KLANG !!!
Mata mereka berpinar. Mereka berdua rebah. Hanya kelihatan samar-samar kelibat seorang kanak-kanak berambut pendek. Siapa?

👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈

" Ingat aku? " ustaz mengerutkan dahinya. Kayak ku kenal tapi dimana ya?

" Pakcik Abu .. " Hana menjawab persoalan Ustaz. Ya. Dia salah seorang yang ada di memori Hana.

" Kau punca segalanya " Pakcik Abu menunding kearah Hana. Hana terkesima.

" Kau lahir tanpa diundang ,muncul tak dipanggil ,pergi tanpa berita " Hana semakin berteka-teki. Dia tidak faham.

" Kerana ingin menyambut kelahiran kau,bagi kau hidup mewah dengan pemandangan indah tempat ini terpaksa dirobohkan !  " Mata pakcik Abu bertukar kehitaman. Kulitnya juga mempunyai kesan lebam. Hana terkejut.

" Dia tak salah. Dia masih belum hidup masa dorang robohkan tempat ni. Lagipun ini bukan tempat ibadah, penganut kau jadikan tempat ni pesta dadah! Memang sewajarnya pihak tertentu robohkan ! " Mahkluk itu memandang Ustaz Idrus. Macam mana orang ni tau?

" Tak perlu tahu dari mana aku tahu. Ini semua kuasa Allah. Kau Jin yahudi. Diam-diam sudah " perlahan-lahan wajah Pak Abu bertukar seperti mahkluk yang mereka jumpa awal-awal tadi. Kulitnya yang kemerahan betul-betul membuatkan Hana jijik.

" Tuhan? Mampu ke kau tengok tuhan? Tuhan depan mata kau ni kau taknak sembah? Aku boleh bagi kau perempuan,kekayaan dan kesenangan lebih dari apa yang Dia boleh bagi " mahkluk itu membuat sesi tawar menawar.

" Aku boleh mencabut nyawa seseorang juga dengan tangan aku sediri tanpa bantuan Izrael. Contohnya sahabat kau diatas yang nyawanya dihujung jari aku je " Hana memandang Ustaz Idrus. Ustaz sekadar menyuruhnya untuk bertenang.

" Semua manusia akan melihat Allah diakhirat kelak. Insha allah. Cuma golongan yang bertuhankan kaulah yang tidak akan bertemu Allah dan akan diazab di Jahanam. Allah boleh mencabut manusia tapi apa guna mencipta malaikat jika tidak diberi tugas? Kamu membunuh,bukan mencabut nyawanya " Mahkluk itu tersenyum sinis menampakkan giginya yang reput.

" Aku mahu sempurnakan roh budak dalam jam ini. Aku bukan mahu campur urusan mu tapi aku sudah meminta izinmu sejak dari awal kedatanganku " tawa mahkluk itu meletus. Aku buat lawak ke? Ustaz sekadar hairan kadang-kadang pabila menghadap mahkluk seperti itu yang suka ketawa tanpa ada orang buat pickupkine pun. Bahagia sungguh ke jadi mahkluk yang dilaknat. Tidak diterima dilangit ,apa lagi dibumi.

" Apa hubungan kamu dengan dia " Hana menarik lengan baju Ustaz Idrus.

" Dia nak lengahkan masa Ustaz "ustaz mengganguk.

" Aku terpaksa buat kenduri penyembelihan kau lah lepas ni. Dah kau taknak bagi kerjasama " mahkluk itu ketawa mengejek.

" Dari tanah nak lawan api? " Mahkluk itu mengejek ustaz lagi.

" Auzubillahiminas syai'ton nirrojim.. "

Ustaz memulakan bacaaan al-fatihan kemudian diteruskan dengan suratul Qursi dan surah al Falaq. Pada permulaanya mahkluk itu masih terkinja-kinja sambil menayangkan punggungnya seolah-olah mengejek.

" La hawla wala qu wata illah billah .. "
Secara tiba-tiba mahkluk itu seakan mengerang.

Ustaz meneruskan membaca surah Al Anfal ayat 17.

ففَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَكِنَّ اللَّهَ رَمَى وَلِيُبْلِيَ الْمُؤْمِنِينَ مِنْهُ بَلَاءً حَسَنًا إِنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Mahkluk iu mengerang kesakitan. Bunyi seperti kambing disembelih kedengaran. Bunyi rayuan seperti roh yang minta dibebasan juga berselang dengan bunyian angin. Hana masih utuh memegang serpihan cermin tersebut dan melihat sendiri leher mahkluk itu terputus dan kemudia hilang diikuti dengan suara penghuni yang telah mati disitu. Jam besar itu pecah dan memuntahkan tulang temulang.

" Nina? " bayangan wajah Nina bermain- main difikiran Hana. Senyuman Nina membuatkan air mata Hana jatuh.

" maafkan Hana, Nina. Hana taktahu " ustaz mengambil cadar lama didalam bakul lama bersebelahan mesin usnag tersebut dan membungkus cebisan kenangan daripada Nina untuk disempurnakan dikuburan islam berdekatan.

" Allahuakbar.. Allahuakbar .. "
Azan berkumandang dkocek seluar ustaz.

" Alhamdulillah. Azan pertama lepas 50 tahun dahulu "

HostelWhere stories live. Discover now