BAB 42

1.5K 110 2
                                    

Allahumma sholli a'la sayyidina
Al mustofa ..
Wa'ala alihi wasohbihi
Ajmain..

Alunan seperti orang melantunkan alunan nasyid kedengaran digegendang telinganya. Kepalanya terasa sakit tapi dia mencuba juga untuk bangkit.

Tempat apa ni ?
Mana pulak dia bawak aku ni ?

Suara air yang mengalir deras kedengaran. Sungai?

Kawasan ini seperti tidak asing pada dirinya tapi dimana?

" Hana ! " macam kenal budak ni . Eh? Azzyati? Aku kenal dia dari kecil? Tak mungkin aku .. Tak ingat dia?

" Hana ! Jom bina istana Ariel kat sana ! " Azzyati yang ketika itu berusia kira-kira 10tahun menarik tangannya. Dia mengenalinya kerana dia pernah melihat foto Suzanna dan Azzyati sewatu mereka kecil. Wajah Azzyati juga tidak banyak perubahannya.

" Hana.. Kau takkan pergi kan ? " Hana junior menggeleng.

" Aku balik rumah Opah jelah ,itu pun takut. Apalah hahaha " Hana junior menepuk-tepuk bahu Azzyati junior perlahan.

Hana dewasa sekadar memerhati wayang dihadapannya. Dia juga masih blur. Pelbagai tanda tanya bermain di akal fikirannya. Dia masih tidak dapat merungkai rahsia dibalik kisah ini dipertontonkan padanya. Dan jika Nina adalah jin hantaran ,bagaimana pula dengan Mia?

KAU AKAN TAHU KEBENARAN APABILA KAU PERCAYA KEPADA KEPALSUAN !

" argh ! " dia menutup telinganya apabila dengan tiba-tiba satu suara garau menyapa cuping telinganya.

Kakak..
Seorang anak kecil menarik bucu bajunya. Dia nampak aku?

Kakak kena celik.
Hana terkesima. Celik dari apa? Dahinya berkerut apabila anak kecil itu pergi meninggalkannya begitu sahaja. Dia tak ubah seperti sebuah cendana yang tegak dan kaku. Kepalanya sarat dengan pelbagai persoalan. Dia buntu memikirkan jawapan dibalik semua ini.

Tapi dia masih bingung memikirkan status keberadaannya sekarang. Masih hidup atau koma? Dia tidak pasti. Keadaan gelap semula. Puas dia menjerit dan cuba untuk memanggil tapi suaranya tiada. Dia tak ubah seperti berada di wayang Charlie Chaplin.

☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕

" Terima kasih pakcik " Kini dia berada di sebuah kereta yang tidak asing padanya. Ini kereta papa.

" Az lintas elok-elok ye. Kirim salam dekat mak " Azzyati menyalami Dato' Helmi namun sebelum dia menutup pintu, dia meletakkan sesuatu dikocek tempat duduk pemandu. Hana terkedu. Apa ni? Dia cuba untuk menyeluknya dan.. Berjaya? Dia boleh menyentuh barang tersebut tapi tidak manusia.

Apa ni? Bungkusan kuning diikat bersama benang merah dipegangnya. Azzyati.. Ini.. ? Tak mungkin.

KAU AKAN TAHU KEBENARAN APABILA KAU PERCAYA KEPADA KEPALSUAN !

" argh! " suara itu lagi. Tak mungkin Azzyati dalang dibalik semua ini. Ini fitnah ! Dia baru mengenali Azzyati sewaktu di Hostel.

Kepalanya mahu pecah ! Dia benar-benar tidak faham dengan semua ini. Akhirnya dia rebah dan penglihatannya kabur. Perlahan-lahan semuanya gelap. Hitam.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang