BAB 23

2K 138 4
                                    

" Hana ! Kamu buat apa belakang tu? " terjongket bahu Hana apabila mendengar namanya tiba-tiba diseru.

" Lukisan yang cikgu suruh lukis minggu lepas dah siap? Asyik menung je cikgu tengok kamu sejak... " kata-kata Cikgu Seri mati sebaik dia melihat mata Hana tajam merenungnya. Dia mencuba untuk tidak membuka topik berkaitan dengan kemalangan yang berlaku berhampiran dengan sekolah mereka. Apatah lagi ada desas-desus mengatakan Hana mampu meramal masa hadapan.

" Er.. Haa mana? " Hana menghempas kertas lukisannya dimeja. Terkejut Cikgu Seri dengan tindakan biadap Hana namun dia mengambil kertas lukisan itu dengan kasar.
' My attitude is based on how you treat people ' Cikgu Seri bermonolog sendiri.

" What the.. " Cikgu Seri menutup mulutnya. Wajahnya pucat serta merta. Lukisan Hana benar-benar membuka mindanya mengenai alam ghaib. Dia mengalihkan pandangan ke anak muridnya semula.

" Hana ini.. " Hana tiba-tiba ghaib dari pandangannya. Anak murid kelasnya juga. Dia berlari keluar kelas dan meninjau sekeliling. Kosong. Mahkluk beribu dengan bunyi riuh gelak tawa,dan derapan tapak kasut tiada. Hanya dia. Sendiri.

TAP! TAP! TAP!
bunyi lantunan tapak kasut kedengaran dibahagian bawah koridor. Cikgu Seri sedikit lega. Dia bergegas turun ke tingkat bawah dan mencari punca arah bunyi. Melilau matanya melihat kawasan sekeliling namun gagal. Bunyi tapak kasut yang agak menyilukan semakin lama semakin hampir. Dengupan jantung Cikgu Seri melebihi 120km/j.

" Cikgu cari saya? " Terkejut Cikgu Seri apabila dia terdengar suara menegurnya dari arah belakang. Cikgu Seri menoleh perlahan-lahan dan melihat..

BOO!
Tersentak mereka berempat apabila Hana menjerkah secara tiba-tiba. Ada yang mengurut dada mereka, ada yang ingin mengeluarkan kata sumpahan padanya dan ada yang sekadar mendiamkan diri cover macho.

" Hana.. Kau ni.. Then? " Azzyati menepuk peha Hana tanda protes. Hana mengangkat keningnya.

" Then? " Azzyati mencebik dengan respon Hana.
'Mulalah penyakit Stupid dia datang. Rasa ringan je penumbuk aku ni nak singgah kat pipi dia'.

" Apa jadi lepas tu? Sia-sia ayah kau hantar gi tuisyen bahasa inggeris Hana oiii " Hana menyengih bagai kerang busuk. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Beruban kali.

" Lepastu yang aku dengar Cikgu Seri pengsan kat semak samun belakang sekolah. Aku pun lepas pindah umah terus tak jumpa dengan Nina. Tapi tula,rindu jugak dengan dia " mereka berempat mengganguk faham. Creepy jugak cerita minah ni.

" Then? You still can predict the future? " Hana menggeleng menjawab persoalan Ihsan.

" Okay sekarang cerita siapa pulak? " Suzanna membuat isyarat stop untuk seketika kerana waktu sudahpun hampir dengan waktu isyak. Time flies very fast. Lama jugak minah ni cerita sampai ke isyak. Ikmal meminta izin untuk mengambil air sembahyang seketika manakala yang lain ralit dengan hal masing-masing.

Air sungai mengalir deras. Untung mereka ditempatkan dikawasan yang cukup dengan sumber bekalan untuk bertahan hidup sehari semalam. Walaupun pada awalnya ditempatkan di tengah hutan simpan Rompin namun setelah berusaha berjalan lebih jauh kedalam mereka dihidangkan dengan aliran air sungai yang mendinginkan.

HEHEHEHEHEH...
Ikmal menoleh kebelakang. Kosong. Hanya kelihatan ahli kumpulannya yang juga bersedia menunaikan solat Isyak. Dia kembali mengambil air sembahyang.

HEHEHEHEHEH...
Sekali lagi air sembahyangnya terkandas ditengah jalan. Dia menoleh sekali lagi dan terkejut apabila tiba-tiba dia melihat disamping ahli kumpulannya terdapat juga sekumpulan orang berjubah putih dan bertelekung serba putih turut bersedia untuk menunaikan solat. Ikmal terkesima.

" Ikmal! Cepatlah ! " Suzanna melambai kearahnya. Dia mengambil air sembahyang dengan pantas namun berat kakinya untuk melangkah ke kawasan perkhemahan. Semakin lama,semakin hampir. Makmum ghaib tadi hanya tunduk memandang tanah. Ikmal kaku dan berharap makmumnya tidak akan memandangnya kalau tak kecut batal air sembahyang nya tadi.

" Al..Alhamdulillah.. " menggeletar dia membaca surah Alfatihah. Solatnya kali ini benar-benar terganggu. Dia bimbang sekiranya mahkluk yang entah apa-apa muncul saat dia rukuk atau sujud macam drama samarinda tu.

" Assalamualaikum warahmatullah.. " Tiada yang menyahut. Ikmal berasa agak tenang kerana mengganggap mereka sudah kembali kealam mereka. Namun sebaik dia menoleh hendak bersalam dengan Ihsan, makmum ghaibnya memandangnya tajam. Peluh dingin mula membasahi wajahnya.

" Khusyuk dan takutlah padaNya. Kami juga mahkluk sama seperti kamu cuma alam sahaja yang berbeza. Terima kasih kerana mengimami solat kami. Assalamualaikum " Perlahan-lahan mereka ghaib meninggalkan Ikmal yang masih terpinga-pinga. Manakala ahli kumpulannya yang lain pelik dengan sikapnya sejak dia mengambil air sembahyang. Sikapnya pelik.
Secara tiba-tiba pandangan Ikmal kabur dan dia rebah ke tanah.

🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣🎣

CHIP!CHIP!
bunyi kicauan burung menyedarkan dia dari tidur yang agak lama. Dia menoleh ke kiri dan melihat adiknya Ihsan sedang nyenyak tidur. Fikirannya kosong.

Apa jadi semalam? Seperti dipukul sesuatu,memorinya hilang.


HostelWhere stories live. Discover now