PINNNNN !!!
Bunyi Hon membuatkan Hana terjaga dari tidurnya. Semalam dia benar-benar terganggu. Sedang sahabatnya ralit dibuai mimpi ,dia tidak mampu melelapkan mata kerana setiap kali kelopak matanya tertutup pasti ada bayangan mengerikan hadir dalam mimpinya. Salah satu yang diingatannya ialah dia mengambil cangkul dan juga batu. Dia sendiri tidak tahu apa maksud mimpinya tapi dia tahu ia bukan petanda yang baik untuk dirinya.
" Astaghfirullah " saat kereta proton lama milik Ustaz menghentak bumper jalan ,Ustaz beristighfar. Tetapi lain pula bagi Azzyati dan Suzanna yang menumpang dibelakang.
" Kuat lagi Ustaz ! "
" Wooo laju lagi Ustaz ! Best ar ! " Hana sekadar menggeleng melihat karenah dua sahabatnya itu.ARGHHHH !
Secara tiba-tiba Suzanna seperti diserang histeria. Ustaz memberhentikan kereta ketepi sedikit bagi memberi laluan kepada kereta lain." Ustaz.. " Suzanna menunjukkan dicermin tingkap bersebelahannya. Seisi kereta terkesima melihat tanda yang terdapat pada cermin tersebut.
Bekas tapak tangan. Diluar cahaya panas. Mustahil jika tangan Suzanna berwap sebegitu ekstrem sekali. Tiada embun hanya cahaya matahari memancar. Pelik.
" Ini adalah petanda yang dia tak suka kita pergi sana. Dia nak kita tahu kehadiran dia " mereka bertiga sekadar mengangguk. Seisi kereta kembali sunyi. Sehingga mereka memasuki simoang tiga di kawasan tersebut,keadaan bercahaya panas tadi dengan sendirinya gelap dan berembun. Ustaz terpaksa membuka lampu atas keretanya kerena sukar untuk dia melihat dengan jelas apa dihadapannya.
BAM !
Mereka berempat terkejut. Seperti sesuatu menghentak kereta Ustaz. Ustaz sekadar berdehem dan menghidupkan radio keretanya bagi menutup suasana cemas dan takut dalam diri bekas anak muridnya itu.Auzubillahiminas syai'ton nirojim ..
Alhamdulillahirabil a'lamin..Alunan ayat suci Al-Quran mula kedengaran. Keadaan cemas tadi sedikit sebanyak menimbulkan rasa tenang dalam hati mereka berempat.
Allahulaillah ha... Qoyum..
La..la..la..laaaa..laaa..Semasa alunan ayat suci seterusnya,radio secara tiba-tiba 'buat hal' menimbulkan semula rasa risau dan takut dalam diri mereka bertiga. Ustaz sekadar beristighfar. Dia lebih terseksa kerana semasa masuk sahaja disimpang ini, keretanya berat. Dia tahu seseorang menumpangnya tapi bukan secara baik. Dia hanya berdiamkan diri kerana dia tidak malu mereka bertiga semakin cemas dan membatalkan niat mereka. Lagi payah dia nak uturn balik. Alang-alang menyeluk pekasam,biarlah ke pangkal lengan,ya dok?
" Kalau nak menumpang boleh,tapi jangan ramai sangat. Aku tak larat nak drive " tegur Ustaz. Mereka bertiga terpinga-pinga. Tumpang?
ARK ! ARK!
Masuk sahaja ke perkarangan rumah, burung gagak mula berterbangan. Eh eh ,macam movie conjuring lak. James wan ajar burung gagak Malaysia buat gitu agaknya. Husnuzon. Sedapkan hati." Assalamualaikum "
" waalaikumsalam. " mereka bertiga menyahut. Ustaz sekadar memandang mahkluk yang berada dibelakangnya.
Aku tak bagi salam kat kamu lah!" Ehem! " kedengaran deheman seseorang dari arah belakang mereka berempat. Kelihatan seorang tua dengan muma agak menyeramkan dan memegang sebilah parang sedang memandang mereka berempat satu persatu.
" Hana? Kamu Hana? " tua itu terus meluru kearah Hana sebaik sahaja melihatnya. Dia mengoncang-goncang bahu gadis itu membuatkan gadis itu terkesima dan kaku.
" Okay, Assalamualaikum ? " Ustaz segera meleraikan pergelutan antara Hana dan lelaki itu. Sebaik Ustaz menyentuh tangannya, dia mengerang kesakitan lantas mengundur kebelakang.
" Kau.. Kau orang alim ?! Macam mana.. " Mereka berempat mengerutkan dahi. Semakin banyak tanda tanya bermain-main dibenak mereka.
" Aku dah bunuh semua orang alim dekat kampung ni! Macam kau.. Masjid pun aku dah robohkan ! Arghhh! " orang tua itu cuba menusuk Ustaz Idrus tapi dengan sendirinya dia terpelanting ketanah.
' Apa hal orang tua ni? ' Ustaz sendiri tidak faham.
" HHAHAHAAHAHAHAH ! Kuat betul pendinding kau " Dia cuma meluru lagi namun gagal. Wajahnya mula bengkak akibat terpelanting kesana kemari sedangkan Ustaz wat lek wat peace je. Perlahan-lahan apabila luka demi luka mula menghiasi wajah tua itu, wajahnya yang sebenar mula kelihatan.
" Astaghfirullahalazim.. " Mereka bertiga menyorok dibelakang Ustaz. Rupa mahkluk yang berkedut dan terkopek kemerahan seperti daging serta bermata buta sebelahnya benar-benar membuat bulu roma mereka menegak.
" Orang kat sini bagi kau makan apa? " Mahkluk itu tersenyum sinis.
" Ahli masjid dan perempuan mengandung " jawabnya bangga.
" Who.. Who are you ? " Ustaz Idrus terkejut. Dia menoleh kebelakangnya memnadang Suzanna.
" Maaf Ustaz. Lama duduk oversea " Ustaz menggeleng.
" Kami datang secara aman. Ada benda yang mesti aku selesaikan tapi bukan dengan kau " Mahkluk itu ketawa lantas membuka pakaiannya. Jelas kulitnya yang kemerahan tanpa daging kelihatan.
" Mesti urusan aku ! Ini istana aku! Dorang puja aku kat sini setan ! " Ustaz berdecit. Sendiri setan cakap orang.
" Aku nak sewa untuk 3malam " Mahkluk itu memandang kebigungan.
" Aku lawak je. Takde makna aku nak sewa dengan Iblis macam kau ,kulit pun tak reti beli, kau bukan pandai guna duit pun. So? Sama ada kau nak izinkan aku duduk sini atau nak aku sembelih? " Mahkluk itu kembali mendekati Ustaz. Dia mencuba untuk menyentuh muka Ustaz,malangnya berkepul-kepul asap keluar dari tangannya. Dia menghilang dengan keberangan. Manakal Ustaz menarik nafas lega.
" Mujur Ustaz pkai minyak zafran tadi " Ustaz mengeluarkan sebotol minyak dari poketnya. Dia menyuruh mereka bertiga memakainya disamping memohon perlindungan dari Allah.
" Ingat doa Ustaz ajar? Baca 21 kali baru masuk dengan kaki kanan dan bagi salam " mereka bertiga akur dan memulakan bacaan.
" Bismillah.. " Ustaz membuka pintu usang itu. Bunyi selak kedengaran bergema disetiap penjuru rumah. Sarang lelabah dan lantai berepah dengan dedaun kering. Kelihatan ada cermin tingkap pecah. Mungkin ia ditiupkan dari situ. Dengan langkah kanan,mereka berempat masuk dengan penuh debaran. Mereka tidak tahu sama ada mereka akan keluar hidup atau pun tidak.
" ASSALAMUALAIKUM "

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...