Terikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy.
HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...
Slurppp.. Slurpppp... Mee sup dikantin itu agak berbeza dari segi aroma dan rasanya. Kuahnya terlalu pucat dan mee nya agak keras. Terkenang merela kepada nostalgia lama dimana disitulah tempat mereka menghabiskan masa pada waktu petang sebelum pulang ke dorm.
" Dulu ,pokok rambutan kat situlah kita selalu tunggu buah dia merah " Imbasan kenangan mula terbit diminda mereka bertiga. Andai masa boleh diputar ,mereka ingin ke masa dimana mereka selamanya hidup sebagai budak asrama Engku Puteri.
" Ingat tak masa Azzyati terpijak kulit pisang depan Ihsan? " Hana sudah mula mengekek apabila teringat peristiwa itu. Suzanna pula sekadar menggangguk sebelum ketawanya meletus.
Begini..
" Az,pandanglah depan kalau jalan tu " Azzyati tidak mengendahkan amaran Hana. Dia sekadar melihat sahaja buku teks kimianya kerana selepas ini Miss Murai akan mengadakan kuiz. Matilah dia kalau tidak dapat menjawab kuiznya nanti. Dia benar-benar lupa untuk mengulangkajinya malam kelmarin kerana terlalu penat menyiapkan kerja sekolah yang diberi gurunya tiga hari lepas. Buat kerja last minit. Inilah padahnya.
" Hana! " kedengaran panggilan seorang lelaki dari jauh.
" OH MAK KAU ! " pada masa itu juga kaki Azzyati secara tidak sengaja terseret kulit pisang yang entah dari mana asalnya. Hana dan Suzzana menoleh memandang Azzyati yang menggosok punggungnya. Tawa mereka meletus.
" Kenapa tu? " Ihsan bertanya sebaik menghampiri mereka bertiga. Wajah Azzyati sudah kemerahan menahan malu. Bukunya dikutip dan dia terus masuk ke kantin hilang dari pandangan sahabatnya. Hana dan Suzzana sekadar menyengih setelah perut mereka sakit mentertawakan Azzyati.
" Oh ya ,jauh aku datang ni. Esok,Ikmal ajak korang gi kedai mamak depan tu boleh tak? Ada benda nak kena discuss " Hana dan Suzanna saling berpandangan.
' Esok Sabtu. Tapi warden vagi keluar ke? Lagi-lagi jumpa pelajar asrama putera. Masak kalau ngadu kat parents. Mau jadi wartawan papa Hilmi dibuatnya'
" Laa yeke. Okaylah " Ihsan pulang dengab wajah sugul. Perasaan serba salah mula terlintas dibenak hatinya. Maafkan aku Ihsan.
" Prep? Sabtu? Seriously? " Hana mengeluh mendengar soalan yang keluar dari mulut Suzanna.
" Warden akan panggil parents kita kalau nampak kita keluar dengan budak asrama Putera. Kau leh agak semua tu kan? " Suzanna sekadar menggangguk faham.
" Allah.. Az weyh " Baru mereka teringat akan sahabat mereka yang satu itu. Malu lah tu agaknya. Bukan mereka tidak tahu Azzyati memang syok kat Ihsan dari mula-mula dia masuk group mereka sewaktu jejak halilintar.
'Mati-mati jaga air muka ,alih-alih jatuh ditimpa kulit pisang juga. Jatuh saham kau Az oii.. Orang suruh jalan pandang depan taknak degil! Kan dah kena daulat Hana Humairah'
" Tu! " lamunan Hana terhentu apabila bahunya ditepuk Suzanna. Kelihatan Azzyati duduk dipelosok meja di kantin dan sedang menyendiri barangkali. Mulutnya terkumat kamit menghafal formula kimianya dan terdapat sebotol air mineral dihadapannya.
☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕
" Okay macam saya cakap kat awak semua haritu ,hari ini we going to do Test dan saya harap awak semua ready and .. " Miss Becok membuka kertas soalan ditangannya dan membeleknya perlahan.
" Easy. Ini adalah salah satu kertas ramalan 2013 dan 2014. Saya harap awak tidak mengecewakan saya dengan test kacang soya ni ye "
Azzyati mula tidak senang duduk. Bila nak mula ni? Panjang muqadimmah dia. Nanti dengan aku-aku lupa jawapan dia.
" you can start Now. "
Azzyati membuka lampiran pertama. Bahagian A. Okay 60 markah. Bismillah...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Usai menjawab lampiran pertama di menarik nafas lega. Dia membuka lampiran seterusnya.