BAB 19

2.1K 140 0
                                    

Kehadiran Ikmal dengan kain berbalut mengejutkan ahli yang menanti kepulangan mereka. Masing-masing menyoal tapi Ikmal dan Azzyati sekadar mendiamkan diri.

" Err.. Az, ini keladi cendek la.. Kita mana boleh makan. Poison ni " Suzanna membuka bungkusan yang dibawa oleh Azzyati tadi. Azzyati mengangkat keningnya. Keladi cendek?

" Keladi cendek.Jus batang dan patiol sangat gatal dan menusukkan. Ubi ini tidak boleh di makan kerana gatal. Jika diambil ia menyebabkan mulut dan kerongkong menjadi gatal dan bengkak. Jus daripada ubinya digunakan sebagai ramuan untuk membuat racun. Tumbuhan ini didapati mengandungi sapopolin dan glikosid sianoganik " Suzanna menerangkan dengan lebih lanjut mengenai tumbuhan yang diperoleh oleh Ikmal dan Azzyati. Lagaknya seperti seorang Professor tumbuhan.

" Okay, sekarang aku masak erk " Hana mencapai beg galasnya dan mengeluarkan seplastik berjenama Maydin. Dia mengeluarkan pisau lipatnya dan memanfaatkan penutup tupperware sebagai tempat memotong. Dia menghiris bawang dan cili perlahan-lahan. Suzanna pula mengeluarkan tiga bekas kecil bertulis garam,gula dan ajinamoto. Azzyati pula menghulurkan bekas kecil berisi marjerin kepada mereka seandainya diperlukan untuk menggoreng. Kesemua bahan diletakkan dab dikemaskan disuatu tempat manakala Ikmal dan Ihsan mendirikan dua buah khemah untuk mereka menginap selama semalaman.

" Su, kau bawakkan bekas tin sardin yang dalam bilik tu ? " Suzanna mengganguk dan mula menyelongkar beg galasnya.

" Hehe.. Sebenarnya tin tu aku dah terbuang tapi masa pergi speedmart haritu aku ganti beli yang baru " Hana dan Azzyati bersorak riang. Alhamdulillah ada jugak makanan tambahan untuk kita. Azzyyati membuka tin sardin tersebut dan memindahkan isinya ke bekas makanan yang lain. Suzanna kembali ke posisi menyalakan ungun api.

" Need a hand ? " Ihsan yang memerhati Suzanna terkial-kial mendirikan ungun api. Suzanna sekadar menggangguk dan mula berdoa. Terkumat-kamit bibirnya apabila di tangannya kini hanya sebatang mancis yang cuba dinyalakan. Dia bimbang mancis itu akan patah atau api tidak akan menyala. Semuanya bergantung pada nasib. Hanya sebatang mancis diperuntukkan dan jika mancisnya patah mancis yang diperuntukkan akan berkurangan dan dia terpaksa mengambil mancis sahabatnya yang lain. Setiap ahli mewakili satu cahaya.

" Bismillah.. "
Zupp! Api mula menyala. Dia segera mencampakkan mancisnya di tengah ungun api. Ihsan hanya memerhati lagaknya. Series betul perempuan ni. Azzyati mengipas perlahan menggunakan penutup tupperware dan berdoa moga-moga apinya kekal membakar seluruh ranting kayu yang dibinanya.

" Yeayy!! Guys! Cepat ! " Dia bersorak riang apabila api mula marak. Dia menghulurkan penutup tupperware kepada Ihsan dan meminta dia mengambil alih posisinya menjaga api.

Hana meminta Azzyati mendidihkan air terlebih dahulu sementara dia memotong bahan yang diperlukan untuk menggoreng meggi kering.

Usai air didih, Hana meletakkan air kedalam bekas disertakan dengan meggi kering yang agak sedikit kuantitinya bagi mereka berlima. Sayu dia melihat meggi itu kembang sedikit demi sedikit. Haih.. Agaknya macam nilah pelajar universiti nanti time tengah bulan.

Setelah Meggi kembang, dia menumis bahan seperti bawang merah beserta cili benggala. Apa boleh buat ,cili besar habis terpaksalah cari bahan kedua terbaik. Ekonomi. Aroma cairan marjerin yang menjadi minyak benar-benar menarik minat Ikmal yang sedang ralit mengemas khemah. Dari dalam khemah dia melihat Hana yang sedang tekun memasak dibantu oleh Azzyati serta adiknya Ihsan. Suzanna mengambil bubu perasa Pasti Sedap daripada kocek begnya. Banyak betul bahan terlarang yang mereka bawa. Mujur takde spotcheck sebelum gerak ke tempat survival tapi adakah ini dikira tidak adil bagi peserta lain? Tidak. Siapa suruh jadi pak turut tak sediakan payung sebelum hujan? Inilah erti Camping Survival beb.

" Ini kalau tak sedap,aku boikot Shila Rusli " bebel Suzanna disamping menabur bumbu disekitar meggi.

" Kenapa pulak? " Azzyati menaikkan keningnya memandang Suzanna pelik.

" Yela, dia yang goda aku beli perencah ni. Untuk apa jua masakan katanya " Azzyati menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

" Setahu aku ,itu perencah Meggi secukup rasa lah Su " Suzanna terjeda seketika. Dia cuba mengingati iklan yang dilihat semasa dia sibuk mencari info berkaitan herba di biliknya. Sambil menelaah sambil tengok tv. Itulah fungsi Tv di dorm pelajar.

" Okay guys.. Dah terlebih kembang dah meggi tu kalau nak tunggu korang berdebat pasal Shila Rusli. Dah ,bawak sini " Hana menyusun sardin segera dan air mineral lima botol mewakili mereka berlima diatas tikar daun yang dibawa oleh Ikmal. Menu makan tengahari serta petang mereka ikan sardin segera dan meggi goreng.

" Jemput makan semua "
Mereka bersorak sambil melagakan botol air mineral mereka. Segala penat lelah dan tawa mereka kongsi bersama. Segala kepayahan mereka bertukar dengan kebahagiaan. Mereka berharap hari ini akan berlalu dengan lebih pantas.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang