KRINGGGGG!!!
Loceng yang menamatkan separuh sesi pembelajaran amat ditunggu-tunggu oleh seluruh pelajar dan murid di Malaysia. Bak kata orang tua-tua belajar tak mau ,makan bukan main laju." Hana,lepas ni hantar aku gi kedai buku erk? " Hana sekadar menggangguk tanpa menyahut kerana sedang fokus menghirup mee kari kegemarannya. Sesekali dia mengipas-kipas bibirnya akibat kepanasan tapi itulah sewajarnya. Mee kari bila dah sejuk cepat muak.
" Kau nak beli buku apa Su? " Azzyati yang sibuk menyalin nota sejarah rakannya bertanya tiba-tiba. Dia belum sempat menyiap nota yang diberi oleh gurunya kerana sesudah pulang dari kem dia banyak menghabiskan masa dengan tidur. Walaupun pelajar diberi rehat selama dua hari namun baginya ia masih tidak cukup.
" Notebook " pendek balasan Suzanna. Sedang mereka bertiga ralit dengan hal masing-masing, tiba-tiba sekumpulan pelajar wanita yang bersebelahan dengan mereka berbisik dan memberi sorakan. Mereka pelik.
' Gila ke dey ? '
" Hey girls. Boleh tumpang sekaki ? " Ikmal meletakkan pinggannya dan duduk bersebelahan Hana.
'Ouhh rupanya dorang histeri tengok mamat dua ekor ni '" Sure. Jangankan sekaki ,kalau nak bawak meja ni balik pun takpe " Hana sekadar berseloroh. Dia sempat menjeling kearah sekumpulan pelajar disebelahnya. Mereka kelihatan seperti meluat melihat dia dan Ikmal duduk bersebelahan.
' Jangan jealous sangat. Aku tak pandang pun kat mamat suku ni'" Okay guys, kita kena buat report lah untuk kem aritu. So boleh ke jumpa petang nanti kat anjung seri ke bawah pondok ke? Aku lupa nak cakap awal-awal sebab penat sangat. Lagipun malas aku nak gi asrama puteri. Lah ni pun sebab kena siapkan ,hantar esok " Azzyati memandang Ikmal tajam. Ikmal mengalihkan pandangannya.
" Kenapa tak cakap esok ke lusa? " Ikmal sekadar mengangkat bahu dan menggaru kepalanya yang tak gatal.
" Petang ni aku kena siapkan report untuk kerja kursus aku nanti " Azzyati mengangkat tangan tanda berundur.
" Aku pun petang ni kena jumpa Ustazah Liza sebab nak mintak nota yang sebelum ni " Suzanna pula memberi alasan.
" Hana.. Don't use any excuses please.. " Ihsan menyusun sepuluh jarinya berharap agar Hana dapat membantu mereka. Hana mengangguk berat. Ikmal dan Ihsan menghela nafas lega.
" Okay petang ni kami ada kelas tambahan jadi kita jumpa kat dewan bendahara boleh? " tersedak Hana apabila Ikmal berkata begitu. Pedih tekak dan hidungnya sebaik mendengar Ikmal berkata begitu.
" Maksudnya aku kena pergi asrama putera? What the.." Hana mengangkat tangan tanda surrender. Dia menggeleng banyak kali dan membuat isyarat No dengan bibirnya. Wajah Ikmal dan Ihsan kembali sugul. Sinaran kebahagian yang tadi tiba-tiba hilang ditelan mendung.
" Bolehlah Hana.. Kitorang ada kelas lah petang ni. Kau free kan? Toleransi lah sikit " Hana mencebik.
" Aku bukan apa.. Tapi aku.. Urmm.. " Serba salah Hana apabila melihat wajah kasihan Ikmal dan Ihsan.
" Malu? " Ihsan memeluk tubuh. Dia memandang Hana serius.
" Okay listen. Report tu penting untuk markah kokurikulum. Walaupun cuma 20 peratus tapi penglibatan kita memudahkan kita untuk masuk U tau nanti sebab aktif. Buat penat je hasil penat ,sakit kaki kau kena duri bagai kalau kau cuma dapat 10 peratus je. Korang memang murah hati erk nak bagi 10 peratus lagi kat cikgu? " Ihsan memandang wajah mereka bertiga serius.
Baginya apa yang hendak dimalukan jika ke asrama lelaki bertujuan untuk pelajaran? Bukan untuk menggedik." Aku tak kira ,5petang sharp mesti semua orang ada kat dewan bedahara, and I'm very sure you guys are free at that time " Ikmal mengajak Ihsan untuk kembali ke asramanya. Sepinggan nasi lemak dan milo ais langsung tidak disentuhnya. Seleranya mati tiba-tiba sebaik mereka bertiga tidak mahu memberikan kerjasama walhal masa boleh dibincang.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...