KRING ! KRING !
bunyi telefon mengejutkan Hana yang kaku kerana lantai dihalamanya dengan sendirinya pecah." He..Assalamualaikum " Sepi. Tiada sahutan.
" Assalamualaikum! Hei! Jangan main-main bodoh! " Hana mula panas kerana jika diikutkan keadaannya kini,bukan masanya untuk dia menerima spam call.
Waalaikumsalam..
Waalaikumsalam..
Waalai..hehehehehehhhhh..Suara sahutan dari salamnya bukan datang dari dalam talian tetapi seperti berbisik ditelinga kirinya. Dia menoleh dan melihat satu simbol didinding rumahnya yang dilukis menggunakan darah. Simbolnya berbentuk bulat dan terdapat logo berbentuk bintang yahudi didalamnya. Hana terkesima.
" Assalamualaikum " Pintu mula dikuak perlahan. Hana masih kaku. Ustaz Idrus. Dia kelihatan terkejut dengan perubahan drastik rumah Hana.
" Dia kat sini. Kamu belum pagar ke rumah ni ? Kan Ustaz dah bagitau suruh tabur garam yang Ustaz bagi ? " Hana mengganguk laju.
" Dah semalam tapi.. " Ustaz menyentuh lantai seketika. Selang lima minit,dia menggeleng.
" Anak kamu yang sapu balik garam yang kamu tabur " Hana memandang suaminya. Suaminya sekadar duduk di tangga.
" Mama.. Papa ? " Hana memandang kearah suara yang memecah keheningan rumah itu.
" Raisha! " Raisha sedang duduk membuai kaki di tingkat atas rumahnya. Dia memeluk boneka jepun yang dipanggil Nina.
" Mama.. Nina kata dia nak bawak Raisha gi rumah dia " Raisha memicit-picit badan Nina dan menyisir rambutnya menggunakan tangannya. Sementara itu ,Ikmal perlahan-lahan naik keatas untuk mendekatinya.
" Raisha! Jangan main situ ! " Raisha seperti tidak mempedulikan kata-kata ibunya. Dia terus bermain bersama Nina dan hayunan kakinya semakin laju.
Semasa Ikmal semakin hampir dan cuba mendekatinya, Hana tiba-tiba menoleh memandangnya.
" Ingat aku tak perasan ? "
" RAISHAAAAAAAAAA ! "
BAM !
Darah mula memercik ke lantai. Tubuh Raisha terkulai. Hana jatuh terduduk. Kakinya berasa lemah melihat kejadian yang baru berlaku didepan matanya. Ustaz Idrus mendapatkan Raisha. Kepala Raisha mula dipenuhi darah. Patung Nina masih erat dipelukannya.
" Innalillahi.. "
" TAKKKKKKK !!! TAK MUNGKIN ! KAU JANGAN SEBUT KALIMAH ITU ! " Hana mula histeria. Dia menolak Ustaz kuat dan memeluk erat anaknya.
" RAISHA !! " Ikmal menelefon ambulance dan mendapatkan anak isterinya.
Hana menggengam erat tangan anaknya. Lantas seperti ada sesuatu yang menguasainya. Dia mengambil kunci kereta dan memandu keluar. Ikmal dan Ustaz tidak sempat mengejarnya.
" Mari uruskan jenazah Raisha " Ustaz memeluk Ikmal erat dan menepuk-tepuk belakangnya.
" Sabar. Kita kalah hari ini tapi kita menang dalam sini " Ustaz menunding kearah hati Ikmal. Ikmal beristighfar dan mengangkat tubuh anaknya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Semasa dalam perjalanan ke hospital ,Ikmal mengimbas memori pertama kali dia mendukung Raisha dan tangan kecil yang menggengam jari telunjuknya. Memori saat Raisha mula merangkak dan menunggunya di depan pintu saat pulang kerja membuat air matanya tumpah. Selepas ini ,tiada lagi panggilan
" Papa dah balik !!! ".
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...