BAB 40

1.5K 104 5
                                    

Hampir genap seminggu Suzanna dan Azzyati tidak sedarkan diri. Hana sekadar memandang dua sahabatnya itu dengan penuh penyesalan. Jika bukan kerananya,sudah tentu sahabatnya tidak terbaring kaku seperti sekarang. Dia hampir gila apabila masih tergiang-ngiang jeritan dua sahabatnya dianiaya oleh mahkluk yang berada di rumah lamanya dahulu.

" Hana.. Makan dulu " Hana menepis lembut sudu yang berada di tangan Opah Teh. Seleranya mati. Dia hanya ingin Suzanna dan Azzyati sedar dari ' tidurnya '.

" Hana.. Kalau kamu masih macam ni,macam mana nak selamatkan diri kamu dari Mia ? " Hana menggeleng. Semangatnya sudah luntur. Dia tidak mahu ada lagi yang terluka.

" Saya penat ustaz. Saya akan selesaikan urusan saya dengan dia sendiri. Ustaz baliklah " Ustaz Idrus kurang senang mendengar jawapan dari bekas anak muridnya dahulu.

" Maksud kamu? " Hana memandang Ustaz Idrus. Lebam bawah matanya jelas menunjukkan yang selepas kejadian itu dia tidak dapat melelapkan mata kerana bayangan yang menimpa sahabatnya menjadi siaran astro yang menemani tidurnya. Berulang setiap dia menutup mata.

" Istighfar Hana. Jangan kamu patah semangat. Terima Qada' dan Qadar " Hana memegang tangan Azzyati.

" Maafkan aku Az.. " Ustaz dan Opah Teh saling berpandangan. Ustaz memberi isyarat mata kepada Opah Teh untuk berbincang mengenai satu perkara mengenainya. Mereka berlalu meninggalkan Hana dan dua sahabatnya bersendirian dibilik itu.

" Hurm.. Saya sebenarnya tak faham juga kes yang jadi dekat Hana sebab saya dapat hidu sesuatu yang ' kotor ' dalam badan dia " Opah Teh memandang ustaz dengan penuh tanda tanya.

" Hana macam kena sesuatu tapi dah lama. Dulu dia pernah sakit ke? " Opah Teh sekadar menggeleng. Kalau demam dengan luka pernah lah tapi kalau sakit teruk tidak pula dia tahu.

" Saya tidak tahu sama ada saya silap atau memang betul ia sebuah hantaran dari hasad manusia tapi budak yang dalam jam tu bukan roh yang bersama Hana " Ustaz sekadar berpeluk tubuh. Dia juga bingung.

" Siapa dia ustaz ? " Ustaz menggeleng.

" Nina tu bukan mangsa dalam rumah tu tapi dia hantaran oleh seseorang untuk ambil jiwa Hana. Selagi Hana hidup,dia akan terus menghantui sehingga ke liang lahad " Opah Teh terduduk sebaik mendengar penjelasan ustaz. Siapa yang sanggup buat cucunya begitu sekali?

" Dendam. Mungkin bukan Hana tapi dari ibubapanya. Dengki kerana kebahagiaan orang lain " Opah Teh kebingungan.

" Kalau tidak keberatan,saya nak jumpa ibu bapa Hana " Ustaz mengeluarkan telefon bimbitnya dan meminta Opah Teh mendail nombor salah satu dari orang tua Hana.

Tut.... Tut....
Ustaz menunggu dengan penuh debaran. Secara tiba-tiba lampu pendaflour hospital berkelip tanpa henti. Opah Teh bangun dari tempat duduknya dan berpaut pada lengan Ustaz Idrus.

" Auzubillahiminas syaitonir rojim.. "

💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋💋

Hana..
Bangunlah..
Bisikan halus itu menyedarkan Hana dari lelapnya pendek.

" Az ? " Kelihatan susuk sahabatnya di tingkap hospital. Dia bangkit dari sofa hospital dan mendekatinya.

" Az ? Macam mana kau.. ? Ni.. " dia bagai hilang kata-kata apabila sahabatnya yang satu itu terawang-awangan diluar tingkap hospital. Tiada sebarang objek pun yang mencecah kakinya ,dia seolah-olah terapung. Hana terkesima.

Ikut aku Hana..
SuAzHa perlukan kau..

Bagai dipukau. Hana membuka tingkap hospital itu dan cuba untuk memanjatnya perlahan-lahan.

Hulurkan tanganmu..
Kita ke dunia yang kita cipta bersama..
Cuma kau.. Aku.. Dan Suzanna..

Hana menggangguk dan sedaya upaya cuba memanjat tingkap hospital itu. Oleh kerana dia memakai baju kurung,agak menyukarkan baginya untuk melakukan aktiviti panjat memanjat sebegini.

" Puan.. Masa lawa..ASTAGHFIRULLAH DOKTOR! " ustaz Idrus yang sedang berbual bersama opah Teh terkejut sebaik mendengar jururawat berteriak sebaik memasuki bilik tersebut.
Ustaz dan Opah Teh segera meluru dan mereka terlopong apabila melihat Hana cuma untuk terjun melalui tingkap.

" Istighfar Hana ! " Hana umpama tidak mendengar ucapan dari Opah Teh.

" Bismillah.. "
Bacaan ruqyah berkumandang disekitar bilik. Ustaz cuma mendekati Hana perlahan-lahan sementara memberi kata isyarat untuk jururawat tersebut memanggil pihak bomba agar bersedia di bawah hospital.

Ustaz jahat Hana..
Dia rogol aku lepastu nak bakar roh aku pulak..
Hana menoleh kearah ustaz Idrus sebaik mendengar ucapan dari roh yang menyerupai Azzyati.

" Cis! Berani kau fitnah aku ye iblis! "

" Ustaz jangan apa-apakan dia! " Hana menyeringai marah. Manakala roh yang berada di tingkap pula tersenyum puas kerana Hana termakan dengan kata-katanya.

" Saya tak sangka Ustaz sanggup buat Az macam tu ! " ustaz mendiamkan diri ,masih fokus untuk mendekati Hana perlahan-lahan.

Dia suruh aku gugurkan anak ni Hana..!
Dia dayus !

" Auzubillahiminas syaitonnirrojim ! "
Ustaz berjaya mencengkam tangan Hana kuat tapi dia tidak berjaya untuk menariknya masuk kerana Hana meronta minta dilepaskan.

Roh mirip Azzyati memeluk kaki Hana membuatkan tubuh Hana semakin berat. Ustaz sudah tidak mampu menahan pegangannya lagi dan tanpa sengaja ..

" Allahuakbar ! "

Jangan risau, sakit hanya sementara
Dan setelah itu kita akan hidup gembira
Selamanya.. Bersama..
Roh itu memeluk Hana erat sebelum bertukar kepada wajahnya yang asal. Nina.

HostelWhere stories live. Discover now