BAB 17

2.1K 156 14
                                    

" Urm.. " Hana tersedar apabila mendengar bunyi kicauan burung yang samar-samar menyapa ke telinganya. Di tangannya terdapat sekuntum bunga mawar merah jambu. Tangkai bunganya diikat bersama segulung kertas kecil. Perlahan-lahan dia membuka kertas tersebut dan membacanya.

Hana.. Kehadiran kamu menjadi pelengkap kepada keluarga kami. Terima kasih sayang kerana sudi lahir sebagai anak papa. Kamu seorang yang berani luaran tapi dalaman kamu lembut seperti mawar ini. Walaupun tangkainya berduri dan mampu melukakan orang lain tapi secara zahirnya ianya lembut dan tenang bila disentuh. Papa harap kamu sentiasa ceria dan tersenyum untuk kami.

Sincerely~ Papamu Hensem~

Hana sekadar tersenyum sendirian. Haihh.. Papa rupanya yang tulis. Ada-ada je orang tua ni. Hana sayang papa juga.

" Hana! " terjongket bahu Hana apabila mendengar namanya dipanggil dengan tiba-tiba. Ouhh.. Ikmal.

" Kau dah bangun? Alhamdulillah " Ikmal menghulurkan sebotol air mineral padanya. Hana menyambutnya dengan pandangan pelik. Apa jadi tadi?

" Well.. Kita dah sesat. Kita tiba-tiba berpecah dan .. " Ikmal melepaskan keluhan. Hana sekadar membisu. Banyak persoalan yang kini bermain dalam fikirannya. Tapi dia tidak mahu meluahkan kerana moodnya untuk berbual tiada.

" Hana.. Aku rasa kem kita tak jauh. Aku dah cuba tapi kota berpusing ditempat yang sama " Ikmal menguis-nguis ranting pokok di tanah. Dia berputus asa. Hampir beberapa jam dia melalui jalan yang sama.

" Kakak.. " tiba-tiba bahu Hana disentuh sesuatu. Hana menoleh dan melihat seorang anak kecil berbaju kurung putih menyapanya. Hana memandang Ikmal. Ikmal seperti tidak menyedari kehadiran anak kecil itu.

" Dia tiada mata batin kak. Dia tak boleh nampak saya. Ada orang cari akak, jom ikut saya " anak kecil itu menarik lengan Hana. Hana akur. Ikmal memandang Hana pelik apabila tiba-tiba Hana bangun dengan tangan seperti dipimpin sesuatu.

" Hana.. Kita nak pergi mana ? " Hana sekadar menggeleng. Dia sekadar berjalan memandang anak kecil itu.

" Akak tau tak, tadi saya perhatikan akak tidur tapi saya pelik kenapa kawan akak yang lagi seorang tu tindih badan akak " Hana memandang Ikmal. Anak kecil itu menggeleng seakan tau apa difikirannya.

" Bukan abang ni,kawan akak yang lagi satu. Pakai baju sekolah" Bagai nak tercabut jantung Hana apabila anak kecil itu menyebut baju sekolah. Mia ?!

" Adik.. Sekarang dia ada? " terketar-ketar Hana mengeluarkan soalan sedemikian. Macam mana kalau ada?

" Tak.. Saya takut tengok dia. Itu yang tak berani dekat dengan akak tadi. Haa,nanti akak ikut jalan tu tapi jangan lupa bismillah " anak kacil itu menunjukkan arah timur. Hana sekadar menggangguk. Anak kecil itu melepaskan lengan Hana sebelum meminta izin untuk beredar. Ikmal sekadar membuntuti tanpa sebarang bunyi.

ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALAMIN..

Sayup-sayup kedengaran bunyi alunan ayat suci secara beramai-ramai. Kelihatan seorang lelaki berjubah hitam mengetuai bacaan tersebut.

" Ustaz Idrus ! " Bacaan terhenti apabila Ikmal memanggil nama lelaki tersebut. Masing-masing terkocoh-kocoh mendapatkan Ikmal dan Hana. Ustaz Idrus meraup wajahnya tanda syukur kerana Allah memperkenankan doanya.

" Weyh! Korang gi mana? Nak dating jangan tengah hutan dowh ! Bukan mahram lagi " Suzanna memeluk Hana erat. Azzyati memberikan Hana air berserta tuala.

" I thought ,i can see you anymore bro " Ihsan memeluk Ikmal sekuatnya. Ikmal meleraikan pelukan. Dia menepuk bahu Ihsan.

" Aku belum puas lagi nak gaduh dengan kau " Ihsan sekadar menyengih. Mereka dibawa ke kem dan diberikan makanan bagi mengalas perut kerana sudah berejam mereka hilang tanpa jejak.

" Terima kasih kawan lama" Ustaz Idrus melemparkan senyuman ke suatu arah. Disitu seorang anak kecil dan ayahnya membalas senyuman Ustaz Idrus.

"Abi.. Akak tu baikkan tapi kenapa kawan dia nak bunuh dia?"
Ayah kepada anak kecil itu diam seribu bahasa. Tiada jawapan yang mampu diberikan kepada anaknya.

Kerana dia sama seperti kita tapi lain seperti kita.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang