BAB 10

2.4K 150 3
                                    

" Urm Akak , mancis kotak ada tak? " puas dia mencari di setiap penjuru namun barang yang satu ini masih belum memunculkan diri. Seorang wanita pertengahan umur membuka laci di kaunternya dan mengeluarkan barang yang diminta pelanggannya itu. Hana menyemak barang yang diperolehinya semula dan menandakan simbol check √ pada barang yang dijumpainya. Jika dia tidak berbuat demikian mungkin dia akan lupa akan barang yang dikehendakinya.

" Hana, aku laparlah. Jom lepak kedai anne sana " Azzyati menarik  lengan Hana terus ke kedai mamak yang berhampiran kedai runcit tempat mereka berada.
'Hurm..aku belum bagi kata putus pun kau dah tarik dulu'

Mereka melabuhkan punggung berhampiran dengan kaunter pembayaran. Biar tak semput nak bayr kata Azzyati nanti. Hana hanya memesan sekeping roti tisu dan milo ais manakala Azzyati memesan nasi goreng USA, roti sardin beserta air laici kang. Terkangkang budak ni lepak makan nanti. Nasib kaulah Az ,taknak aku papah kau kalau semput nanti.

Sementara menunggu makanan tiba di meja mereka, Azzyati bermain permainan video di telefon pintarnya manakala Hana matanya melilau melihat restoran TomYam MakYam disebelahnya.Wah,ramai tapi apa benda atas kipas tu ? Dia mencuba untuk fokus. Dia lantas meminta izin untuk ke tandas. Terkejut dengan apa yang dilihatnya.

Dia memuntahkan isi perutnya lalu membasuh mukanya. Apa yang dilihatnya betul-betul menjijikkan. Dia memandang cermin dan bayangan tadi seperti masih berada di dalam matanya. Dia melihat satu lembaga melekat di atas dinding dan memuntahkan cecair dan pengunjung yang berada disitu memakan muntah mahkluk tersebut tanpa rasa mual. Kadang-kala lidah mahkluk itu menyentuh pipi setiap pengunjung restoran tersebut.

' Itu pelaris Hana.. ' Dia menoleh apabila mendengar seseorang berbisik padanya. Secara tiba-tiba pintu kedua tandas ditutup kuat.Bunyi air kedengaran. Hana sekadar menghela nafas lega. Usai dia membasuh tangan,dia keluar kembali ke mejanya. Tanpa dia sedar ,pintu tandas tadi terbuka dengan sendirinya. Kosong.

Makanan telah pun tiba dimejanya. Kelihatan Azzyati menyuap nasi kedalam mulutnya tanpa menunggunya. Lapar benor budak ni. Hana mencuba untuk mengalihkan pandangan melihat apa yang ada di restoran TomYam tersebut tetapi dia merasa seperti dirinya diperhatikan.

" Adik .. " tiba-tiba seorang lelaki berkulit agak gelap menegurnya. Berserban dan berjubah putih. Hana hanya memandangnya manakala Azzyati ralit menguyah sambil bermain bersama telefon nya. Ish! Pss! Az.. ! Uittt ! Pekak ke budak ni ? Lelaki itu tersenyum. Walaupun agak gelap tapi ada nur sedikit diwajahnya cewahhh... Ala-ala Fatyadeen versi sawo matang gituu.. Hem..hemm..

" Awak nampak apa yang orang lain tak nampak,banyakkan selawat dan menghafal surah yang boleh menjadi pedinding kepada diri awak. Mereka tahu kelebihan yang awak perolehi. Awak tak boleh lari dari Anugerah yang Dia beri. Bantulah mereka semampu yang boleh kerana tiada rahsia yang tidak boleh dirungkai dengan ketentuaanNya "

TING ! TING ! TING !
Hana tersedar dari lamunannya. Orang tadi tu ,err.. Aku mimpi ke ?
" Hana ,kau nak tak roti tu ? Kalau taknak ..tak elok membazir jadi mehlah aku makan kan " Hana mengacah ingin mencucuk kedua mata Azzyati menggunakan pisau. Azzyati mencebik.

" Kau dah bedal Nasi goreng dengan roti sekeping ,masih kurang lagi ke ? " Azzyati tersengih. Dia menyambung permainan videonya. Dark Corridor. Permainan korea yang agak popular zaman itu. Benar-benar mencabar dan kedua terseram dari permainan Slenderina.

☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕

" Urm.. Korang ada pad lebih tak? Aku lupa nak pesan tadi suruh belikan " Suzanna yang mengemas barang pakaiannya baru teringat pad nya hanya tinggal 5 keping. Dia khuatir seandainya ia tidak mencukupi.Azzyati menghulur 3 keping kepadanya manakala Hana 2 keping.

" Woah.. Guys.. Menganjing ke apa ni ? Lepas balik dari kem aku taula nak beli hahaahh " Azzyati dan Hana saling berpandangan. Minah ni nak ke idok ?

23 Mei ,9 Malam. Pelajar dikumpulkan di padang utama untuk di bahagikan kepada beberapa buah kumpulan dan dilepaskan untuk menaiki bas bergerak ke Hutan Simpan Negara. Hana masih ragu-ragu untuk menyertai atau menarik diri dan memberi alasan kurang sihat kepada pihak sekolah. Namun, dia masih memikirkan temannya yang memberi harapan menggunung supaya dia menyertainya.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang