Hana meramas-ramas dedaun mangga yang berada berhampiran perhentian bas tempat dia menunggu papanya. Sudah hampir setengah jam dia menunggu Dato' Helmi tapi bau asap kereta papanya masih belum singgah dihidungnya.
" Nina ,kau rasa papa ingat tak harini takde kokurikulum? " Nina sekadar menggeleng. Hana mencebik. Pelajar sekolah rendah seusianya memandangnya aneh. Hana mengangkat sebelah keningnya. Apa masalah dorang ni?
PINNN!
Kejadian seorang nenek tua dilanggar oleh sebuah lori membawa tanah benar-benar membuatnya tergamam. Dia hilang keseimbangan diri. Kepalanya berdenyut tiba-tiba diselangi rasa mual yang amat sangat. Pelajar serta orang awam yang menunggu disitu tergopoh-gopoh mencuba untuk membanru Hana tapi Hana seakan lebih sesak dengan kehadiran orang ramai yang menggerumuninya." Nenek tu .. Tolong dia ..uhuk! " Hana menunding kearah seberang jalan. Kelihatan seorang wanita berusia memandang kiri ke kanan untuk melintas jalan disamping membawa kerepek jualannya. Sekumpulan orang yang melihat sekadar memandang aneh. Tiada yang perlu dibantu.
PINNNNNN!!!
Darah memercik ke merata tempat. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tergamam seketika. Hana menangis secara tiba-tiba. Dia kesal kerana tiada yang ingin mendengar ucapannya sebentar tadi." Aku dah cakap ! Tolong dia ! Bukan aku bodoh ! " esakan Hana semakin kuat dan nyaring sehinggalah seorang lelaki 30an datang memeluk dan membawanya masuk ke kereta.
" Kau tak boleh ubah takdir Hana " Hana memandang Nina kosong. Kuyu matanya. Semakin lama ,esakannya terhenti dan pandangannya kian malap.
☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕
" Kita kena bawa dia berubat ni bang " suara seorang perempuan sayup-sayup menyapa masuk ke cuping telinga Hana.
" Ni..Na " terkejut Dato' Helmi dan Datin Khalisya apabila mendengar ucapan pertama dari puterinya setelah hampir seharian dia tidak sedarkan diri.
" Aku ada Hana. Sentiasa ada untuk jaga kau " Nina mengusap umbun rambut Hana lembut. Hana tersenyum lemah. Manakala kedua ibubapanya dihimpit kerisauan apabila anaknya memberikan senyuman kesuatu sudut yang kosong. Dato' Helmi dan Datin Khalisya saling berpandangan. Hal ini perlu diuruskan dengan segera.
" err.. Hana,minum dulu sayang" Datin Khalisya memberikan air yaasin yang diperoleh dari Ustaz Malik yang ditemui diperhentian bas tadi.
" Hana didampingi seorang gadis yang mati teranianya dirumah yang kamu duduk sekarang. Sebelum semuanya melarat bawa dia kerumah saya dan Insha allah jika diberi keizinan saya boleh merawatnya " Kata-kata Ustaz Malik benar-benar membuka pandangan Dato Helmi dan Datin Khalisya mengenai hal-hal ghaib yang mereka kurang mempercayai dulu.
" Hana ada kawan nama Nina. Hana boleh tengok apa akan terjadi dan yang bakal terjadi dan dipulau kawan sekolahnya sebab pelik. Pa,rasanya betul Ustaz Malik cakap apa. Dia ada pendamping " Dato Helmi sekadar mengiakan.
PAK ! PAK ! PAK !
Bunyi dentuman tingkap dihempas kuat membuatkan pasangan suami isteri itu terkejut.PRAKKKK !
Bunyi almari terbuka secara perlahan-lahan membuatkan Datin Khalisya memeluk lengan suaminya erat. Dato Helmi segera melantunkan ayat kursi dan suratul Mulk. Secara serentak segalanya terhenti dengan sendirinya.Arghhhhh !!!! Datin Khalisya menjerit dengan tiba-tiba sebelum rebah. Dato Helmi kian cemas dan terkesima apabila dia melihat sesuatu yang tertulis dicermin solek anaknya.
HANA MILIK AKU.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...