" Astaghfirullahalazim ! "
Ustazah Emma terjaga dari terlelap di meja kerjanya sebaik mendengar satu jeritan dari blok Delima. Dia bergegas ke blok tersebut apabila jeritan itu diselangi dengan jeritan para pelajar yang berpusu-pusu keluar dari blok tersebut. Ustazah Emma dirempuh oleh pelajar disitu secara tidak sengaja." Ustazah okay ? " kelihatan satu huluran bantuan dari salah seorang pelajar tersebut. Ustazah Emma menyambut huluran tersebut dan cuba bangkit. Dia menggosok-gosok punggungnya dan mengaduh kesakitan.
" Ter.. " belum sempat dia meneruskan ucapannya ,kata-katanya mati disitu apabila melihat wajah pelajar yang membantunya matanya putih,bibirnya koyak ke telinga,baju tidurnya comot dengan kesan tanah serta rambutnya kusut mencecah pinggang dan mengerbang. Ustazah Emma mengundur setapak kebelakang.
" Astaghfirullahalazim .. A'uzubillahimina Syaiton nirrajim.. "
Ustazah Emma mengulang ayat tersebut sebanyak tiga kali sebelum meneruskan pembacaan ayat kursi. Namun, pelajar tersebut semakin mendekati dan menyeringai kearahnya." Ustazah ... tak kenal saya ke ? Hehehe .. saya .. Hanalah.. "
Pelajar itu tersenyum tapi senyumannya membuatkan bulu roma setiap yang melihat berdiri tegak. Ustazah cuba mengamati pelajar didepannya. Ya Allah .. anak murid aku .. Dahi Ustazah berkerut seribu." Tak guna kau baca ! Kau ingat aku takut dengan bacaan kau ?! Aku hafal lah ! " Hana lantas bersila dan menggigit kukunya sambil mulutnya terkumat-kamit membacakan sesuatu. Ustazah hanya memohon pertolongan dari Allah kerana dia sendiri tidak kuat untuk menentang mahkluk dihadapannya.
" Sinilah Ustazah .. duduk.. saya ajarkan baca Yaasin Hahahhhh ! " Hana menepuk-tepuk lantai menyuruh Ustazah Emma duduk dihadapannya. Seram sejuk Ustazah apabila menatap wajah seram Hana. Seperti dipukau ,dia duduk sambil membacakan ayat pelindungan. Dengan tidak semena-mena Hana merentap leher Ustazah dan membisikkan sesuatu ditelinganya sebelum Ustazah rebah. Hana tersenyum puas. Tiba-tiba tubuhnya seperti terkena percikan api. Dia menggelupur kesakitan.
" Sakitlah bodoh ! " Dia mendongak dan melihat seorang lelaki berpakaian jubah putih dan bersongkok.
" Well..well.. Ustaz Idrus mai siot ! Hahahahh " Hana mengilai lantas mengundur sedikit menjauhi lelaki tersebut.
" Mia .. kau datang lagi rupanya " Ustaz Idrus tersenyum sinis. Ditangannya memegang botol berisi air yang ditelah dibacakan surah yaasin. Kebetulan diasrama putera tadi mengadakan majlis bacaan Yaasin beramai-ramai.
" Ustaz Idrus ... orangnya baik ,soleh tapi hatinya penuh dengan keraguan. Nice! Aku suka jiwa yang munafik macam kau ! " Hana mengilai kuat. Ustaz Idrus tenang dan memulakan sesi menghalau roh Mia . Mia. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu. Pelajar yang cemerlang tapi kerana kesilapan yang dilakukan oleh rakannya,dia bangkit dengan penuh dendam. Kini,dia semakin kuat,dendamnya semakin membara. Ustaz Idrus termenung seketika. Dihadapannya memang Hana tapi yang dilihat oleh pancarindera keenamnya ialah Mia.
" Aku memohon pertolongan darpadaMu Allahu Ya Rahman Ya Rahim " Ustaz Idrus memulakan bacaannya. Hana mengerang kesakitan. Mulutnya memaki hamun Ustaz Idrus dan tiba-tiba dia terdiam sepi. Hanya duduk bersila memandang lantai. Ustaz Idrus turut menghentikan bacaannya. Hana kemudiannya menggigit kukunya sehingga berdarah dan membuar bulatan mengelilinginya menggunakan darahnya. Matanya tajam menatap Ustaz Idrus sambil bibirnya galak membaca mantera. Perlahan-lahan Ustaz Idrus mendekatinya. Ustaz membasahkan tangannya dengan air Yaasin kemudian meletakkan tangannya diatas kepala Hana disertakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran.
Hana mengerang dan merayu minta dilepaskan,kedua tangannya mencengkam kuat tangan Ustaz Idrus yang memegang kepalanya. Kemudian dia rebah. Ustaz Idrus meraup wajahnya dengan air Yaasin dan memberinya minum sedikit walaupun tahu Hana sudah tidak sedarkan diri." Alhamdulillah " Ustaz Idrus memanggil beberapa pelajar puteri yang melihat sesi perubatan tersebut untuk membawa ustazah dan Hana ke bilik rawatan. Sebelum beredar dari situ,ustaz memandang kearah sebuah pokok yang tertua kawasan itu dan melihat seperti kelibat pelajar berseragam putih sebelum ia hilang perlahan-lahan. Ustaz Idrus beristighfar panjang.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
Hana membuka matanya perlahan-lahan dan dia masih berada disebuah tempat yang sama. Kilang ,ataupun sebuah bilik yang mempunyai sebuah cermin antik yang agak usang dan berdebu. Dia hanya mengeluh. Apa kau cuba sampaikan pada aku Mia?
Dia menutup matanya kembali." Cukuplah. Aku penat. " bisik Hana perlahan-lahan. Azzyati terkejut dengan tindak balas Hana itu. Dia segera memberitahu Ustaz Idrus yang berada diluar bilik rawatan tersebut. Ustaz Idrus menamatkan perbualannya bersama warden asrama Puteri.
Ustaz Idrus meletakkan tapak tangannya di dahi Hana. Panas. Mestilah budak ni demam kalau kena rasuk sampai macam tu sekali. Ustaz Idrus meminta Suzanna mengambil tuala dan semangkuk air suam." Hana ,tak apa-apakan ustaz? " Azzyati memecah kesunyian malam.Ustaz Idrus hanya melemparkan senyuman kepadanya. Suzanna datang membawa semangkuk air beserta tuala yang diminta ustaz Idrus. Kemudiannya ,ustaz Idrus meletakkan tuala basah tersebut diatas dahi Hana.
" Hana demam je. Buat masa ni tolong tengokkan dia. Sebelum tu saya nak tanya ,kamu ada main sesuatu yanb melibatkan perjanjian alam ghaib ke? " Azzyati dan Suzanna tergamam seketika. Bibir mereka seolah-olah terkunci rapat. Mereka berpandangan sesama sendiri.
" Ustaz nak kamu berdua jawab dengan jujur. Benda macam ni tak boleh buat main sebab roh yang kamu bebaskan tu saya cukup kenal dan dia mahukan jiwa yang baru. " wajah Azzyati dan Suzanna berubah serta merta. Mereka memandang kearah Hana yang terbaring lemah.
" Ka..kami.. cuma.. " Suzanna tidak mampu memberikan penjelasan kerana bimbang akan dimarahi kerana melakukan perkara khurafat sebegitu. Seandainya ustazah mengetahuinya,pasti akan dikenakan penalti yang bakal merosakkan rekodnya diasrama.
" Ustaz cuma mahu kamu berdua tahu, roh tu mangsa keadaan. Dia pernah bangkit nak balas dendam tapi masa tu dia belum berdamping dengan ifrit yang duduk dikawasan sini. Sekarang, dengan dendam dan bisikan ifrit dia semakin kuat. Rohnya bebas sebab kamu yang buka pintu kebebasan dia. Mungkin kamu buka dengan alat yang pernah dia gunakan semasa hayatnya. Kamu main pemujaan syiling bukan? Sebagai balasannya,Hana memberi darah haidnya untuk memuaskan roh tersebut,betul? " tangan Azzyati dan Suzanna menggeletar.
" Maafkan kami Ustaz. Kami tak bermaksud macam ni " Suzanna sudahpun mengalirkan airmata kerana rasa bersalahnya terhadap Hana diselangi rasa takut.
" Sebenarnya ustaz,malam tu ada yang menjelma jadi Azzyati ,dia ajak kitorang main benda sial tu ,lepas main tiba-tiba Azzyati muncul depan pintu dan Azzyati yang dengan kami tu hilang. " terang Suzanna. Dahi Ustaz Idrus berkerut. Nampaknya ada yang membantu dia jelmakan diri. Mungkin ada yang tolong dia bebaskan diri. Siapa lagi kalau bukan ifrit laknatullah?
Ustaz Idrus memandang Hana. Pelbagai persoalan yang bermain dibenaknya. Kenapa kau pilih dia Mia?
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...