BAB 13

2.2K 148 5
                                    

Bunyi aliran air terjun membuatkan Hana terjaga dari lenanya. Kini, dia berada di sebuah kawasan air terjun. Sepi. Hanya kedengaran bunyi kicauan unggas di rimba diselangi deruan angin yang kadang-kadang menyapa ke telinga. Aku kat mana?
Azzyati ? Suzanna ? Ustaz ? Everyone ?

Krakkk.. Shhh...
Bunyi ranting kedengaran. Terjongket bahu Hana kerana terkejut. Matanya melilau memandang sekeliling. Dia berjalan mengundur kebelakang kerana bunyi ranting semakin kuat kedengaran dihadapannya. Tiba-tiba kakinya tersadung. Dia mengerang kesakitan. Dia tidak mampu bangkit dan membuka langakah seribu akibat kakinya terseliuh. Hatinya hanya beristighfar dan hanya mampu bertawakal kerana dia sendiri tidak tahu apa yang sedang berada dihadapannya. Sama ada manusia atau binatang buas.

Dia menutup mata apabila bunyi itu semakin menghampiri. Ya Allah..

" Hana.. "
Dia membuka matanya perlahan-lahan apabila mendengar namanya disebut. Semakin lama pandangan nya semakin jelas. Dia melihat seorang perempuan berbaju putih lusuh dan berkain biru koyak dan terdapat kesan tampalan dibahagian tepi sedang berdiri menyeringai.

" Miss me ? Hahahahahaahahh "
Gadis itu terus melompat keatas badan Hana dan mencekik nya. Hana meronta-ronta minta dilepaskan.

" Miii... Mia.. !! Le...lepas ! " suara tersekat-sekat. Deruan nafasnya semakin lemah. Pandangannya mula kabur. Ya Allah bantulah hambaMu ini.

' Allahulaa ilaha illah huwal hoiyulqoyyum.. ' sayup-sayup dia mendengar suara milik seorang lelaki. Ustaz ?
Dia tidak mampu membuka matanya untuk melihat si empunya suara. Berat.

Semakin lama pegangan di tangannya kian terlerai. Dia dapat merasakan nafasnya kembali normal. Tapi dia masih tidak dapat membuka matanya. Dan dia merasakan semuanya gelap. Kosong.

××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

" Hurm.. "
Dia membuka mata dan melihat semuanya disekelilingnya biru. Dia terus bangkit dan menarik nafas lega. Khemah rupanya. Dia keluar apabila mendengar bunyi riuh. Gelak tawa dan bunyi petikan gitar kedengaran.

" Hana ! " Azzyati bangkit dari tempat duduknya dan berlari mendapatkan teman baiknya. Hampir saja dirinya tersembam ketanah tapi mujur Hana sempat menahannya. Azzyati terus memeluk erat Hana dan terserlah seri pada wajah sahabatnya itu. Masing-masing yang berada disitu memandang adegan menyentuh hati dua sahabat tersebut. Hana mula tidak selesa apabila dirinya menjadi tumpuan orang ramai. Dia meleraikan pelukan Azzyati.

" Okay Az,chill. Jangan buat scene jejak kasih kat sini boleh? "
Azzyati sekadar tersenyum dan membawa Hana kearah unggu api. Kehadirannya benar-benar mengundang sorakan daripada mereka. Err.. Dorang ni sihat ke ? Ke ada spesis nyamuk baru gigit dorang ? Tiba-tiba aku femes ni .

" Hana .. Macam mana? Okay tak ? " Dia mengangkat keningnya mendengar soalan daripada Ustaz Idrus.
" Pagi tadi ,masa kitorang nak start meneroka hutan ni tiba-tiba kau meroyan macam Ikmal ada perempuan lain. Pening kitorang kau cekik diri kau sendiri so lepas panggil Ustaz dengan buah hati kau ,kau terus koma tak bangun-bangun sampai sekarang " Suzanna menarik nafasnya setelah dia memberi penjelasan dengan sekali nafas. Hana hanya membuat reaksi ouh.. Tiba-tiba matanya terbeliak.

" Kau kalau sehari tak menstupidkan aku memang tak sah. Sundel bolong betul. " Suzanna sekadar tersengih. Ikmal berdehem dan memulakan petikan gitar.

Aku mula rindu ,rindu dalam hati
Aku jika sayang , sayang sepenuhnya
Jangan engkau pergi
Jangan engkau jauh
Dari hati ...

Nyanyian Ikmal diselangi dengan sorakan. Ada bisikan halus dari minah bawang mula kedengaran. Peminat Ikmal lettuww..
Cemburu ke yang ? Well.. Pfttt ! What on earth i was talking about ?! Proud? Hell No!

Ikmal sekadar tersengih. Cehh mamat ni. Ingat handsome la tu duk senyum camtu. Boleh lah.. Merah bibir dia. Pakai lipsbam kot takpun vaselin. Ish ! Apa aku ni. Hana mencuba mengalihkan pandangan supaya tidak bertentang mata dengan Ikmal. Ikmal memetik gitar semula.

Dihamparkan berbagai titian
Di atas seribu lagi landasan
Maaf pilihanku satu jalan
Jauh kembaraku satu tujuan

Zahir pilihan sarat rintangan
Ku lihat dasarnya ada impian
Tertanam sedari azali dan menyubur
Pada yang merasainya

Ku bahgia berposisi
Kan ku terus eksplorasi
Tuk sedia menghadapi realiti

Keadaan disitu kembali riuh. Ada yang bertepuk ,ada yang turut bersama-sama mendendangkan lagu tema Asrama Putera iaitu Diversiti dari Rabithah.

Kembara jalanan penuh andaian
Tiada tahu, lihat tau rasakan
Bahkan tiada dapat membuktikan
Tujuan sama kita menyatukan

Sesekali pernah tersasar berjalan
Hadapi sukar menanti kebahagiaan
Hijrah dari andaian mencari keyakinan

Ihsan menyambung lagu Ikmal. Sorakan dari gadis acah hot asrama Puteri kedengaran semakin galak. Hana,Azzyati dan Suzanna sekadar menuntun tepukan.

Ku bahagia berposisi
Kan ku terus eksplorasi
Tuk sedia menghadapai realiti
Merai diversiti
Bukanlah dengan emosi
Hidup kita berarti
Kan saling lengkapi

Raikan Diversiti

Sambutan hangat dari penghuni Asrama Putera meriuhkan lagi keadaan. Hana sekadar memandang ke arah unggun api. Fikirannya melayang ke mana. Ikmal sekadar memerhati tanpa dia sedari. Comel jugak minah ni. Apa yang dia fikirkan agaknya. Hana Humairah. That name belong to Ikmal Rayyan. Nice.

" pss.. Az " Azzyati memandang Suzanna yang tiba-tiba menyiku perutnya.

" someone is falling in love with our baby " Azzyati sekadar mengukirkan senyuman.

'Kalau betul,aku harap ia kekal. Aku taknak tengok kau dikecewakan.cukup.' Azzyati membuka jaketnya dan menyelimutkan tubuh Hana. Kelakuan Azzyati mengejutkan Hana pada mulanya namun setelah itu dia berterima kasih.

" Since when you being so romantic ? " Azzyati menjongketkan bahu dan menggengam tangan Hana.

" Promise me. Jangan jadi macam pagi tadi. Aku ingat aku dah hilang kau. Cukuplah aku pernah hilang seseorang dulu. Aku taknak hilang kau lagi ". Hana sekadar mengangguk. Azzyati pernah hilang seseorang? Siapa?

HostelWhere stories live. Discover now