Qomarun..
Qomarun..
Qomarun si' nan nabi..
Qomarun..Alunan selawat Qomarun memecah kesunyian banglo baru tingkat kepunyaan suami wanita itu. Bibirnya sesekali mengikut setiap bait lirik alunan selawat itu disamping tangannya ralit menulis bab baru untuk novel terbarunya. Mahu pecah dia memerah otak untuk menimbulkan unsur misteri bagi novel terbarunya. Walaupun agak berat untuknya menerima tawaran untuk menulis nove bergenre seram dan misteri,namun dia mengambil ini sebagai peluang dengan menyahut cabaran pengarah bagi memasarkan karya seram sulungnya.
Karya sulung bergenrekan fakta dan romantik bertajuk Suria sudah pun hampir memasuki cetakan keenam dan masih menjadi carian para kaki novel. Dia bersyukur kerana penulisannya diterima oleh orang ramai.
Dia menekan punat next pada Ipod kepunyaannya.
Maula ya Sali wasallim da iman abadan abadan
Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili minMaula ya Sali wasallim da iman abadan abadan
Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili minPRANGG!!
Bibir wanita itu terjeda apabila bingkai gambar suami dan anaknya secara tiba-tiba pecah.Amina ta ja kuriji ranim bi li
Bibib salamin
Madad ta daa anjaraa min muklaji fidaminMaula ya Sali wasallim da iman abadan abadan
Ala habibie ka khairin khali kulli mili mili min
Ya rabbi sholli alay
Ya rabbi sholli alayPHUSSHHH!
Melompat wanita itu dari kerusinya kerana gelas yang berada diatas mejanya pecah dengan sendirinya. Mujur dia sempat menyelamatkan komputer ribanya jauh daripada air namun telefon bimbitnya gagal diselamatkan.
' Takpelah janji paperwork aku selamat 'Dia menutup Ipodnya setelah menyedari rupa-rupanya dia terbuka alunan selawat burdah. Dia mengurut dadanya dan melihat waktu sudah hampir tengahari. Pantas dia kedapur untuk menyediakan makan tengahari anaknya.
💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞
" Nina menyorok dulu ,nanti Rara cari okay? Mia,you too! " anak kecil bernama Raisha itu menutup kedua belah tangannya dan mengira perlahan-lahan.
Satu..
Dua..
Tiga..Anak kecil itu mengumam bibirnya.
" Lepas tiga, lapan kot ? " err..
Empat..
Bisikan halus mula menyapa telinga Raisha." Oh right! Empat! Then baru lapan ! Nina dah ke belum? " sepi.
Raisha membuka matanya dan berlari-lari anak menaiki anak tangga.
Hehehehehehhh..
Gaulan wanita yang sedang menyediakan makan tengahari untuk anaknya terhenti.
' Riang betul anak aku ni 'PAK ! PAK ! PAK !
Wanita itu menoleh apabila mendengar bunyi tepukan." Raisha, jangan main sorang-sorang nak, jangan tunjuk sangat forever alone kamu kat mama " wanita itu kembali mengaul sup ayam kegemaran anaknya.
Hehheehheheh..
ZASSS !
Kelibat seperti seseorang melintas laju kelihatan.
" Hish! " wanita itu mendengus geram dan menutup api masakannya." Raisha ! Jangan main lari-lari ,jatuh nanti ! " sepi. Wanita itu menjenguk keruang tamu. Kosong.
" Raisha! " sunyi. Wanita itu hilang sabar. Dia pergi ke tingkat atas dan mencari anaknya namun gagal.
' mana budak ni? 'PAK ! PAK ! PAK !
Dia terkejut apabila seperti seseorang menepuk tangan dibelakangnya. Kosong." err.. Raisha ? "
Dia membuka setiap bilik dan mencarinya di dalam almari dan bilik air namun gagal. Dia kembali turun ke tingkat bawah untuk ke dapur." Mama pergi mana? " wanita itu terkesima apabila anak yang dicarinya tiba-tiba berada di meja makan dengan semangkuk sup.
" macam mana..apa.. Raisha cedok sendiri ke sup tu? " Raisha menggeleng.
" Then who? " Raisha menghirup supnya dan menunjuk ke kerusi kosong dihadapannya.
" Nina and Mia did for me " Katanya sambil tersenyum di kerusi hadapannya yang kosong.
Pandangan wanita itu kabur. Dia rebah dengan sendirinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...