BAB 36

1.6K 106 3
                                    

Assalamualaikum mama..

" waalaikumsalam. Raisha sihat? "

I miss you..
Kedengaran sayu anak kecil itu mengucapkan kata rindu didalam talian. Namun dia tidak mampu berbuat apa-apa. Seandainya mempunyai sayap,dia juga tidak mampu terbang kepada anaknya buat masa terdekat. Ia melibatkan nyawa. Dia tidak mahu nyawa anak dan suaminya melayang kerananya.

" Sayang.. Come back soon please "
suara seorang lain pula kedengaran. Setitis demi setitis air matanya jatuh. Dia tidak mampu menahan sebak didadanya. Dia amat rindu akan suara itu.

" Hana.. " Azzyati muncul menyentuh bahu Hana yang sedaya mungkin menahan diri dari meraung. Hana segera mengemap air matanya dan meminta izin untuk memutuskan talian.
Usai talian terputus, dia memeluk erat Azzyati. Air mata yang ditahan sejak tadi bercucuran jatuh umpama air terjun.

" Aku rindu dorang Az " Azzyati sekadar menyeka air mata sahabatnya itu dan membawanya masuk kerana waktu pun sudah menginjak senja.

" Hey, guys look " Suzanna menunjukkan sesuatu.
Keadaan yang hiba tadi bertukar komedi apabila Suzanna menunjukkan kuih semperit yang dengan gigihnya dia membentuk dari tadi bersama Opah Teh.

" Su, aku rasa deepavali lambat lagi tau " Suzanna mencebik.

" Aku buat bunga tak jadi bunga, aku buat jela bulat-bulat gini "
Azzyati sekadar menggeleng. Hana mengambil dulang lain dan mula mengisi tepung kedalam acuan semperit.

" Astaghfirullahalazim...! " Opah Teh menempuk dahinya apabila melihat hasil kerja Suzanna.

" Lebih molek kalau buat muruku jela Su oii " Suzanna menyengih. Dia mengangkat tangan tanda salah. Dia memasukan semula isi semperit kedalam acuannya dan membasuh dulang itu kedapur.

ARGHHHHHHHHH !!!!!

Mahu terpelanting acuan semperit ditangan Hana. Mereka bergegas kedapur untuk melihat apa yang terjadi.

" Su ! " setibanya didapur, mereka melihat Suzanna sekadar tercegat umpama cendana. Perlahan-lahan mereka mendekati Suzanna.

" Su..ada apa? " Suzanna menunjuk ke satu arah. Sinki? Opah Teh mendekati sinki dan hanya melihat dulang yang belum dibilas dengan air. Opah Teh memandang Suzanna semula. Kelihatan Suzanna menunjuk kearah luar tingkap. Opah Teh mengintai. Masih tiada apa-apa.

Cari aku ke? Hehehehehe....
Secara tiba-tiba terpacul wajah seorang perempuan dengan bibir terkoyak. Opah Teh tersentak lalu mengundur ke belakang.

" Astaghfirullahalazim .. " Opah Teh mengurut dadanya. Perlahan-lahan mahkluk itu cuma menyusup masuk melalui tingkap rumah kampung yang memang tidak logik untuk seorang manusia muat melaluinya. Jika bukan manusia ,siapa lagi ?

Opah Teh mengambil balang garam bukit yang terletak diatas peti sejuk dan melempar kearah mahkluk itu. Mahkluk itu menyeringai marah. Dia kembali mengundur kebelakang. Niatnya untuk masuk terbantut kerana tubuhnya cedera akibat garam bukit berserta ayat yang dibaca didalamnya.

" Kamu bertiga pergi ambil air sembahyang sementara opah nak pagar rumah ni. Hish! Tak pernah-pernah lagi benda ni jadi " sudah lama Opah Teh mendiami rumah itu belum lagi peristiwa seperti ini terjadi pada keluarganya namun sejak Hana pulang semula kesitu,dia sering mendengar cakaran dan tangisan tapi dia sekadar buat tidak tahu. Asalkan mereka tidak mengganggu keluarganya. Peristiwa malam ini benar-benar mencipta sejarah buatnya. Nyata dia melihat mahkluk itu. Dia harus berwaspada.

" Auzubillah.. " Opah Teh menabur garam tersebut disekeliling rumah dan tingkap rumah mereka. Dia kemudian masuk dan mengambil air sembahyang. Mulai malam ini, dia mesti mengadakan bacaan Al-Quran pada setiap malam dan mahu tiga orang itu menghafal beberapa potongan surah untuk pendinding diri. Fokusnya pada himpunan Surah Manzil.

" Mari kita mula " alunan ayat suci mula kedengaran. Lampu rumah tersebut secara tiba-tiba padam membuatkan OpahTeh segera ke dapur mengambil lilin. Mereka kini bergantung pada cahaya bulan.

" Jangan berhenti. " Opah Teh sempat memberi peringatan sebelum bergegas ke dapur untuk mwngambil lilin.

" Baca dari hati. Hati kena kuat! " jerit Opah Teh dari dapur.
Usai menghidupkan lilin, Opah Teh menutup setiap tingkap rumahnya. Sampailah pada tingkap terakhir, mahkluk tadi masih memandangnya dengan marah. Namun dia berhasil memagar rumah itu,mujur apa yang diajar oleh arwah suaminya dahulu masih diingati.

Setelah beberapa jam keadaan itu berlaku,akhirnya segalanya berubah seperti sediakala. Lampu juga sudah hidup dan bunyi kokokan ayam diganti dengan bunyi meriang. Keadaan kemvali tenang.

" Alhamdulillah "

Tepat pukul 10malam. Mereka semua tidur dibilik masing-masing. Namun tidak bagi Opah Teh. Dia masih berjaga dan menyambung pengajiannya dibilik. Moga keluarganya dibawah perlindungan Allah. Amin.

HostelWhere stories live. Discover now