BAB 38

1.5K 110 3
                                    

DONG ! DONG ! DONG !

"Huh?!" Hana terjaga dari tidurnya. Sebaik dia memasuki rumah tersebut,dia terus menuju ke tingkat atas. Kebilik lamanya. Keadaan bilik itu masih sama hanya terdapat sawang lelabah yang membuatkan bilik itu suram dan menyeramkan. Namun,yang menjadi kehairanannya,tiada secalit habuk pun ditingkap mahupun dilantai bilik tersebut. Bersih. Perabot pun tidak reput dan rosak dimakan anai-anai.

" My childhood story begin here guys.. I pleasure you to come in " Hana mendepakan tangannya tanda mengucapkan selamat datng kepada Azzyati dan Suzanna ke bilik zaman kecilnya dahulu. Berbekalkan cahaya bulan dek kerana lampu dikamar itu tidak boleh menyala,dia dan dua orang sahabtnya meninjau bilik tersebut dengan rasa kurang selesa. Seperti diperhatikan. Tapi bukan jauh,dekat. Dekat dengan mereka.

" Woah.. Hana,kau memang.. " Azzyati menunjukkan Hana kesatu sudut. Hana terkedu. Sejak bila ada benda ni? Dia cuba mengingati semula keadaan biliknya dahulu namun memori mengenai rak yang menempatkan boneka aneka bentuk ini sukar untuk ditembus.

" Creepy bhai. Patung iras Chucky pun kau simpan ? " Suzanna memeluk tubuhnya. Badannya hangat tapi terasa dingin tiba-tiba.

KLAK! KLAK! KLAK!
Bunyi jendela terbuka dan tertutup dihembus angin membuatkan jantung mereka terjeda untuk seketika. Hana memberanikan diri menutupnya dan mengajak mereka berdua tidur.

3 PAGI.
Dia melihat Suzanna dan Azzyati lena diulit mimpi. Pintu bilik itu terbuka dengan sendirinya dan seperti sesuatu memanggilnya. Dia seperti dipukau. Dia keluar dari bilik itu tanpa mengetahui arah tujuannya.

" Hana? " dia tersentak.

" Allahu. Ustaz. " ustaz sekadar merenungnya tajam.
" Jom " dia mengekori ustaz dari belakang. Langkah ustaz perlahan dan sepi.

" Hana? " Hana menoleh kearah suara yang memanggilnya dibelakang. Ustaz? Dia tercengang. Perlahan-lahan dia cuba untuk memandang kehadapan. Hilang. Tiada sesiapa. Dia terus naik keatas semula dan mendapatkan Ustaz Idrus yang sebenar.

" Tu benda yang kamu ikut tadi " ustaz menunjukkan kearah dinding siling diatas mereka. Hana terkesima. Mahkluk itu kurus tapi tangan dan kakinya panjang disertakan dengan lidah yang menjelir kebawah. Dia menyeringai marah. Ustaz mengankat tasbihnya dan berzikir memohon perlindungan dariNya. Dengan sendirinya mahkluk itu hilang.

" Ustaz nak kamu berzikir. Kautkan hati. Ingat, manusia mempunyai roh tapi syaitan boleh masuk melalui salur darah kamu dan mempengaruhi akal fikiran kamu " Hana menggangguk faham. Dia mengikut ustaz Idrus menuju ke bilik bawah tanah. Tempat jam tersebut berada. Mereka harus menamatkan segalanya sebelum subuh.

👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈👈

Cahaya bulan sebelum ini tidak membawa apa-apa makna. Namun pada malam ini cahaya bulan inilah yang menjadi penyumbang terbesar bagi mereka berdua kerana tanpanya mereka tidak dapat melihat apa dihadapan mereka.

" Luas juga tempat cucian ni. Tapi sayang, tempat ni dulu tempat pemujaan. Kamu buat rumah tapi taktau asal-usulnya ya? " Hana mengangguk.

" Saya kecil lagi. Mama dengan papa beli sebab murah. Sekali siap dengan tanah ,ladang dan rumah. Siapa yang nak tolak kan? " Ustaz duduk bersila di tengah bilik tersebut dan memulakan bacaan sambil tangannya memegang tasbih. Hana sekadar melihat tingkah laku ustaz dan duduk disebelahnya. Matanya melilau melihat sekeliling. Secara tiba-tiba ustaz menggeleng.

" Dulu, tempat ni gereja lama yang dah dipecahkan. Oleh sebab ada antara golongan catolic yang berdendam dengan orang islam yang bertindak demikian, mereka melakukan aktiviti memuja syaitan disini. Lihat. " Ustaz menujukkan kearah dinding. Dengan sendirinya keluar satu simbol yang berbentuk seperti lambang Israel iatu bintang 6 di dinding. Hana terlopong.

" ... Antara korban yang dilakukan sehingga ke hari ini, membunuh orang alim. Yang kita nampak tadi tu antara penghuni yang ada disini dan satu roh yang bersama kamu dahulu. Mereka adalah korban. Dan pemilik yang memiliki jiwa mereka yang menyambut kita masa kita tiba disini awal tadi "
Hana mengangkat keningnya. Satu persatu dia cuba hadam. Pemujaan? Untuk apa?

" Dendam. Kerana tempat ibadat mereka dirobohkan. Dengan cara sihir dan pemujaan jela cara untuk dapatkan segalanya. Dari  segi undang-undang,mereka tahu aduan mereka tidak akan dilayan sebab ini bukan tanah mereka yang sah "

PAK! PAK! PAK!
kedengaran bunyi tepukan dari setiap penjuru bilik. Ramai.
Secara tiba-tiba mesin basuh dihadapan mereka berbunyi walaupun suisnya tidak dipasang.

" Bagus Idrus "
Suara garau itu mengejutkan mereka berdua. Ustaz memandang kesatu arah manakala Hana? Dia tidak nampak apa-apa.

" Ambil cermin tu, dan pantulkan kearah yang kamu rasa diperhatikan seseorang,kamu akan lihat siapa dia " Hana akur dan mengambil serpihan kaca yang pecah bersebelahan perabot lama disitu dan mencari pantulan imej mahkluk tersebut.

Sampai disuatu sudut. Ia membuatkan mata Hana membulat.

" Auzubillahiminas syai'tonirrojim.. "
" Bismillah.."

HostelWhere stories live. Discover now