BAB 33

1.6K 120 0
                                    

ASRAMA ENGKU PUTERI.
Keadaan asrama tersebut masih sama hanya mungkin pagarnya sahaja dicat baru mungkin kerana karat. Keretakan pada dinding masih ada. Jelas memori 10tahun lalu mula singgah di minda tiga orang bekas asrama tersebut. Suzanna. Azzyati. Hana.

"Assalamualaikum "

" Waalaikumsalam " kelihatan seorang tua keluar dari pondok pengawal tersebut.

" Boleh saya bantu, puan? " mereka bertiga mati kutu hendak memberi alasan apa supaya dibenarkan masuk ke dorm Delima.

" Ustazah Liza ada? " pengawal itu menggeleng.

" Guru agama hanya Ustaz Idrus je harini. Itu pun dia mengajar petang nanti sebab tiga kelas diajar sekali gus sebab 2 orang guru pengajar disini cuti " mereka bertiga sekadar mengangguk.

" Ouh.. Dimana dia akan mengajar? " pengawal itu menunjukkan sebuah dewan berhampiran stor. Kalau tidak silap mereka dahulunya disitu menempatkan dua bilik darjah. Mungkin dinding yang memisahkan bilik darjah tersebut dipecahkan dan tempat tersebut kini dipanggil DSP. Dewan Serbaguna Puteri.

" Dulu kami sekolah sini pakcik,boleh tak kami nak melawat bangunan Delima? " pengawal itu agak was-was untuk memberikan mereka kebenaran namun apabila melihat wajah mereka bertiga yang penuh pengharapan dia terpaksa mengalah dan memberikan mereka pas lawatan sementara.

" Sila tinggalkan IC dan beg kamu disini kecuali barang berharga " mereka bertiga mengangguk laju dan bergegas meletakkan beg mereka ke tempat yang diarahkan pengawal tersebut.

🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠🎠

Persekitaran sekolah masih sama. Tiada yang berbeza cuma keadaan disitu semakin gelap kerana pohon beringin dengan akar berjurai semakin beranak pinak. Mana tukang kebun sekolah ni hilang agaknya.

Jika dahulu pepohon ceri dan bunga raya menghiasi setiap koridor kini ia bertukar menjadi pepohon beringin yang tua dan menakutkan. Lampu juga hidup segan mati tak mahu. Gelanggang bola jaring juga masih sama dan .. DELIMA.

Tibalah mereka dibangunan Delima. Warnanya kian pudar dan pagarnya tunggu masa untuk 'rebah' kerana keuzuran belum diganti.

STRETTTT..
Mereka bertiga berpandangan. Bukan kerana seram tapi bimbang jika nanti pagar itu roboh menimpa mereka. Perlahan mereka menaiki tangga bangunan tersebut dan tujuan mereka tidak lain D0401.

Cakaran dan contengan didinding bangunan tersebut membuatkan bulu roma mereka naik. Apa jadi kat sini?
Sebelum tiba di tingkat atas bangunan tersebut ,langkah mereka terhenti apabila melihat satu sosok manusia dengan rambut mengerbang tapi wajahnya tidak kelihatan. Mata mereka terbuntang luas apabila perlahan-lahan lembaga itu turun mendekati mereka. Mereka berundur kebelakang namun lantas lembaga itu berlari turun dan mencekik Hana.

KAU MESTI MATI!!

" Hana! Hana! " Hana tersentak apabila tububnya digoncang oleh Azzyati dan Suzanna. Hana tersedar dari lamunanya dan melihat tangannya sendiri yang mencekiknya. Dia mengundur kebelakang dan menarik tangan dua orang sahabatnya itu.

" Blah weyh .Kita tunggu Ustaz "

Semakin jauh mereka meninggalkan bangunan tersebut,dua lembaga perempuan berpadangan sambil tersenyum sinis melihat tiga manusia yang lari ketakutan dan salah seorang dari mereka adalah Hana. Musuh utama dua lembaga tersebut.

HostelWhere stories live. Discover now