" Allahuakbar "
Solat maghrib yang diimami oleh Ikmal kadang disahuti dengan kicauan burung unggas dan deritan kumbang. Suasana berjemaah di hutan memang baru pertama kali dirasai oleh lima pelajar tersebut. Walaupun suasana agak suram dan hanya di terangi cahaya bulan dan ungun api, namun hati mereka masih tenang dengan adanya Allah dihati mereka." Assalamualaikum .. "
' warahmatullah'Zup!
Tegak bulu tengkuk Ikmal apabila dia mendengar seseorang menyambung salamnya." Assala.. "
Mata Ikmal terhenti memandang ke suatu sudut. Lantas dia meraup wajahnya dan menadah tangan memohon perlindungan Illahi. Sahabatnya yang menjadi makmum terkebil-kebil apabila Ikmal langsung tidak menoleh ke belakang. Ihsan juga hairan apabila Ikmal kebiasaan akan menoleh untuk bersalam dengan makmum lelaki tetapi kini lain situasinya." Ikmal.. " bahu Ikmal terhincut. Ihsan terkejut sama apabila menerima reaksi Ikmal sampai sebegitu rupa. Ikmal memberanikan diri menoleh kebelakang. Hana . Azzyati . Suzanna. Adik aku. Ikmal menghela nafas lega.
" Aku.. Tadi.. Ramai makmum tak diundang jadi.. Aku.. " terbeliak mata Suzanna ,Hana dan Azzyati apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Ikmal. Ihsan seolah-olah bingung. Tiada yang mampu diucapkan dan dijawab. Tiada tanda tanya ,tiada juga jawapan dibalik semua kata-kata Ikmal.
Suzanna bangkit dan mengambilkan air mineral untuk Ikmal agar dia kembali tenang dan mahu bercerita dengan lebih teliti." Masa aku bagi salam tadi ,memang ada sayup-sayup orang lelaki menyahut tapi aku ingatkan Ihsan tapi masa salam kedua aku cuba pandang belakang sikit lepastu.. " Masing-masing membuka mata dan menunggu sambungan cerita Ikmal.
" err.. Guys ,jangan pandang aku macam tu boleh? " mereka menjarakkan diri sedikit daripada Ikmal. Hana melipat telekungnya dan meletakkan kedalam beg sandangnya.
" Aku nampak ramai makmum lelaki pakai baju semua sama, tapi aku tak pasti sebab samar-samar macam bayang but i'm really sure i am not dreaming or day dream " Ihsan sekadar menyandarkan tubuhnya ke batu.
" Dia pakai baju apa? " Hana memberi respon apabila rakannya yang lain hanya menbatukan diri.
" Putih. Kopia pun putih. Dorang berkilau macam tu tapi kabur " Ikmal cuba mengingati setiap inci susuk mahkluk yang dilihatnya sebentar tadi.
" Bunian " kata-kata Suzanna membuatkan rakannya memandang kearahnya tajam. Suzanna membuat reaksi 'what?'
" Bunian ni dia tergolong dalam golongan jin. Mbah aku pernah cerita kat aku pasal dorang ni suka culik budak yang keluar waktu senja tapi Ayah aku pulak cakap dorang ni golongan jin islam. Kalau kita tak kacau dorang,dorang pun tak kacau kita "
Suzanna menerangkan panjang lebar sambil menambah kayu pada ungun api mereka." Mana kau tau ni? Kau reka erk? " Suzanna menaikkan keningnya apabila Azzyati mengajukan soalan sedemikian.
" Aku kan keturunan Jawa. So ,belah aku mungkin suka lah bab mistik-mistik macam ni tapi jangan anggap semua orang Jawa terlibat pulak. Aku cakap sebahagian je bukan semua. Mbah aku dulu pernah kena culik tapi bukan dengan bunian. Mbah aku je reka cerita taknak aku main bawah pokok manggis senja-senja " Azzyati sekadar mengganguk mendengar sketsa mbah Suzanna.
" Genderuwo. Ataupun Orang kita panggil Hantu Tetek. Dia kena culik dengan menatang tu dulu. Kecoh lah jugak satu kampung cari dia tapi mujur ada arwah Tok Mudim yang tolong buka hijab dan Mbah aku ditemui diatas pokok manggis yang aku selalu main tu " Berkerut dahi keempat sahabtnya itu mendengar cerita Suzanna.
" Kau.. Apa kau buat senja-senja bawah pokok tu? " soal Hana.Suzanna sekadar tersengih menimbulkan tanda tanya rakan-rakannya.
" Makan ar ,apa laei " Hana menepuk dahi mendengar jawapan Suzanna. Sia-sia je aku tanya minah ni.
" But dulu aku ada kawan. Nama dia Nina. Masa aku pindah rumah aku dah tak nampak dia " Hana pula membuka cerita.
Dia melihat rakannya seperti berminat untuk mendengar kisahnya." The story begin here.. "
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...