BAB 29

1.8K 116 11
                                    

OWW.. OWW..
Bunyi burung hantu atau burung yang digelar Pengantin Malam oleh penduduk di pendalaman barat mengejutkan Hana dari tidurnya. Dia langsung tidak menyedari dan ingat apa yang terjadi siang tadi. Dia hanya ingat yang dia menulis sesuatu di sekeping kertas kemudian segalanya kosong. Angin malam menghembus dari jendela disebelah katil Suzanna. Dia terpaksa bangun apabila dia tidak berjaya mengejutkan Suzanna. Tisur mati budak ni.

Perlahan-lahan dia bergerak menghampiri jendela tersebut. Angin malam benar-benar membuat tubuhnya seram sejuk. Kebiasaannya tidak begitu. Otaknya ligat memikirkan imej mahkluk yang menyeramkan namun dia tetap mengagahkan diri untuk menutup jendela tersebut tapi niatnya terbantut dengan tiba-tiba apabila sesuatu yang indah menarik perhatiannya.

Kelip-kelip. Lama dia tidak melihat binatang itu. Kali terakhir dia melihatnya sewaktu Opah Teh membawanya ke Warong Cahaya di kampungnya. Perasaan rindu pada orang tua itu mula menyentuh hatinya.

STRETTTT..
Secara tiba-tiba pergelangan tangannya terasa pedih. Dia terkejut apabila terdapat satu tangan yang mencengkam tangan kanannya dan satu lagi menghiris pergelangan tangannya. Darah mula mengalir perlahan-lahan.

" TOLONG !! " Azzyati dan Suzanna masih lena dalam mimpi mereka.

" SU ! AZ ! WOIIIII ! " Hana meronta-ronta sambil memanggil kedua sahabatnya namun gagal. Saat hirisan semakin menghampiri urat nadi Hana, dia mencuba untuk menenangkan diri dan membaca surah Kursi serta Al-Falaq. Hirisan terhenti. Dia mengucap syukur dan terjelepok rebah.

👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻

" Hmm.. "
" Hana! Alhamdulillah! " Suzanna mendekati Hana apabila Hana sedar. Terkejut monyet dia apabila melihat Hana terbaring dengan tangan berlumuran darah.

" Hana ,kau tak ingat tuhan ke? " Hana sekadar memandang kuyu mata Azzyati.

" Hana.. Awak tertekan ke ? Awak tau tak tindakan awak ni bahaya " Hana memandang ke sisi kirinya. Ouh.. Ustazah Liza dengan Ustaz Idrus pun ada. Apa jadi? Dia cuba untuk mengambil air di meja berhampiran katilnya namun dia merasa bisa di pergelangan tangannya. Berbalut? Apa jadi?

" Mia.. Hayat kau didunia ni dah habis. Baliklah. Sudah-sudah lah menyusahkan aku nak ulang-alik dari sini. Jauh kau tau tak? " Ustaz Idrus membebel sendiri membuatkan manusia yang ada disitu senyap.

" Mia.. Aku tau dendam kau belum lunas tapi apa kau cari pada diri Hana? " Ustaz sekadar berkata-kata memandang ke penjuru bilik itu. Secara tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Ustaz sekadar menggangguk faham.

" Hana.. Kamu bukan saja dah main spirit coin untuk panggil Mia. Tapi kamu juga guna darah kamu sebagai gantinya. Tapi itu bukan masalah utama. Yang paling utama, wajah kamu mirip Syarmila "

" SYARMILA?! " kata mereka serentak. Ustazah Liza cuba mengamati wajah Hana. Dan dia mengiakan.

" Syarmila. Selalu buli Mia. Dialah yang ambil darah Mia dan main permainan yang sama di tandas lama bawah tu. Aipp! " Ustaz Idrus memukul angin tapi sebenarnya dia memukul tangan Mia yang cuba menyentuh lengan Hana. Hana merapatkan dirinya pada Azzyati disebelah kanannya. Hanya dia dan Ustaz Idrus sahaja yang boleh melihatnya.

" Syarmila jenis yang tak percaya dengan benda tahyul jadi dia cuba lah dan mahkluk tu minta darah haidnya tapi oleh sebab terlalu takut dia memutuskan untuk lari tanpa menamatkan permainan tersebut. Sebab tu dia diganggu haishhh ! Kamu ni Mia ! Gatai nak garu orang. Tak tengok lengan dia ni paroh kamu garu? " Ustaz menepuk lagi tangan Mia apabila dia perlahan-lahan ingin menyentuh kepala Hana pula. Ish! Mahkluk ni,aku bakar kang kesian pulak. Ingat aku tak nampak ke tangan putih mu tu?

" Apa? Ingat Ustaz takut? " Mia menyeringai marah. Mereka yang tidak melihatnya merasa seperti Ustaz sudah hilang akal.

" Lepas kena ganggu, syarmila ni tension lah then terus tak fikir apa, duk baling je darah haid yang dia jumpa dalam toilet kat toilet yang lama tu. Jadi,Mia jadi mangsa. Jiwanya dah jadi galang gantinya. Ustaz dah kunci dia tapi kamu yang bangkitkan jiwa dia balik. Sekarang pun bukan main budak ni. Baran semacam " Ustaz Idrus memandang Mia yang sekadar berdiri tengak memandang Hana yang terbaring dikatilnya.

" Suruh dia pergi Ustaz.. " Hana memeluk erat lengan Azzyati.

AKU AKAN DATANG BALIK HANA! DAN KAU KENA INGAT BILA AKU KEMBALI AKU AKAN PASTIKAN AKU DAPAT HABUAN AKU ! AKU JANJI !

BAMM!
Pintu jendela tersenbam kuat menyebabkan seisi bilik kaku dan tergamam seketika.

Allahuakbar. Ustaz Idrus mengeluarkan satu uncang dari poketnya. Garam bukit. Dia membacakan beberapa surah dan menabur di sekitar penjuru bilik dan jendela. Dia menghela nafas namun perasaan bimbang masih berada dihatinya. Dia melihat Mia dari jauh sebelum dia hilang perlahan-lahan. Susah ni.

HostelWhere stories live. Discover now