BAB 21

2K 125 0
                                    

" Hana ! Cepat lah papa dah lambat ni ! " suara Dato' Helmi memecahkan kesunyian dipagi hari.

" Nina, aku pergi sekolah dulu " Nina menyisir rambut Hana lembut. Gadis comel yang berambut pendek paras bahu serta berwajah bulat persis anak patung jepun kyoko benar-benar membuatkan Hana tertarik untuk bersahabat dengannya. Walaupun dia tahu Nina sudah meninggal dunia lemas di tasik berhampiran rumahnya. Pada mulanya dia takut juga tapi Nina melayannya lebih baik berbanding kawan hidup yang dimilikinya.

" Aku nak ikut boleh? " Berat Hana ingin memberi keizinan namun apakan daya. Dia menggangguk berat. Sambil menuruni anak tangga dia bergurau senda bersama Nina diiringi suara bebelan ayahnya yang menunggunya di kereta sebagai background mereka.

" Hana pergi dulu mama. Let's go Nina! " usai bersalaman dengan mamanya dia seakan-akan memengang tangan seseorang sambil berlari riang menuju ke kereta ayahnya. Mama Hana terkesima. Tadi tu Hana.. Rasa bimbang mula menyelubungi diri Datin Khalisya. Semakin hari anaknya semakin aneh. Sejak akhir-akhir ini anaknya sering berbual dengan seseorang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar bernama Nina. Anaknya kurang bergaul dengan rakan disekolah dan kejiranan dan sering berlari dan bermain di sekitar tasik. Pernah dia memarahi dan melarangnya bermain disana kerana bimbang dia terjatuh ke dalam tasik tapi ia hanya bertahan dua tiga hari. Kemudian Hana kembali bermain dengan alasan dia suka menikmati matahari terbenam disekitar tasik walhal dilihatnya anaknya bukan menikmati tapi berlari-lari.

" Hana tau tak papa lambat dah nak pergi office " Hana sekadar termenung diluar jendela. Dato' Helmi sekadar menggeleng. Dia tidak tahu bagaimana ingin menegur anaknya itu. Balik-balik dia dipalaukan bagaikan tunggul tak membawa erti.

" Nina look! Papa! Peragut ! " Dato' Helmi tanpa sengaja membuat brek kecemasan. Dia melihat tiada apa-apa yang berlaku dihadapannya.
'Peragut menda tah anak aku ni. Elok je makcik tu tunggu bas'

" Hana.. Dahlah jangan nak imagine macam-macam " Dato' Helmi kembali memandu dengan tenang. Setelah dia membelok ke lorong sekolah Hana ,kejadian yang dilihat Hana terjadi. Nina sekadar tersenyum di kerusi belakang manakala Hana bertekak dengan ayahnya bahawa dia melihat gambaran sebegitu bukan sekadar mereka cerita. 

" I hate you ! " Hana menghempas pintu kereta kuat. Dato' Helmi sekadar menggeleng melayan karenah anaknya. Di memandu keluar lorong sekolah dan melihat ramai penduduk mengerumuni pondok menunggu bas. Dia tertarik untuk melihat apa yang berlaku. Dia keluar dan bertanya kepada salah satu penduduk disitu.

" Ouh ni tadi dia kena ragut. Peragut dah diberkas tapi tula kepala dia terhantuk kat kerusi besi tu ,dia banyak hilang darah jadi macam tula.. Dia meninggal situ jugak.. " Dato' Helmi tergamam seketika. Dia  teringat apa yang disampaikan Hana tadi. Adakah ia kebetulan atau Hana dikurniakan indera keenam atau memang Hana seorang Indigo?

Dato' Helmi kembali ke keretanya dengan pelbagai tanda tanya. Dia memandu ke pejabatnya tapi difikirannya masih tergiang-giang suara Hana.

" Nina look! Papa! Peragut ! "

HostelWhere stories live. Discover now