BAB 2

4.4K 213 11
                                    

Asrama Engku Puteri. Terukir nama asrama tersebut di atas pintu pagar yang agak usang.Dari jauh,umpama berada di asrama elit diluar negara. Tetapi apabila ia semakin hampir,masha allah. Biar hati yang berbicara. Hana menelan berat air liurnya dan memandang ibu dan ayahnya. Ibu dan ayahnya juga tercengang melihat asrama tersebut.

"Err.. nampaknya banyak juga yang berubah kan bang..he..he.."
Dato' Helmi hanya tersenyum pahit mendengar pendapat isterinya. Aku tak salah alamat kan?

"Jom..Ha..eh?" Dato' Helmi mencari kelibat anaknya yang tiba-tiba sahaja hilang dari pandangannya. Datin Khalisya menggeleng dan menunjuk kearah Hana yang sudah memasuki perkarangan asrama tersebut.

Hana berjalan terus dan melihat dashboard yang berwarna biru dan mencari namanya yang tertulis nama dan bilik pelajar asrama disitu. Hana..hana..hana.. jari telunjuk dan matanya fokus mencari setiap nama disitu. Hana Humairah Delima D0401 ! Finally! Thanks God! Hurm.. dia menoleh ke arah ibu dan ayahnya dan menghulurkan tangannya untuk bersalaman.

"Pa..ma.. biar Hana cari bilik sendiri. Pa,ma baliklah. Hana okay" Dia mengucup tangan ibu dan ayahnya dan melambai kearah mereka. Dia berjalan terus melalui koridor yang sepi yang hanya kedengaran suara serangga dan burung yang berkicauan sesama sendiri. Angsana. Cekal. Hurm..mana blok Delima ni? Dia melihat persekitaran asrama yang agak usang tersebut lengkap dengan padang bola,pondok cendawan dan trek untuk acara balapan. Best jugak asrama ni. Kemudian dia terpandang sebuah pokok yang agak usang dengan akar yang menjalar dan agak menyeramkan untuk diterangkan dengan kata-kata.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Sudah hampir 10minit dia berjalan tetapi masih terasa seperti dirinya hanya berpusing-pusing ditempat yang sama. Peluh mula membasahi dahinya seolah-olah dia baru sahaja menamatkan larian. Dia menutup matanya perlahan-lahan dan memohon bantuan Illahi untuk mempermudahkan urusannya. Ya Allah.. bantulah hambamu ini.. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan melihat kini dia berada betul-betul dihadapan pintu bertulis D0401. Walaupun papan tanda pintu tersebut agak usang dan hurufnya hampir hilang,dia masih dapat membaca apa yang tertulis diatasnya.

Kcak! Pintu dibuka. Dia membuka lampu dibilik tersebut. Tiga katil. Tiga locker. Tv? Dapur? Ehh?? Ni asrama ke? Dia keluar semula dan menutup semula pintu dorm tersebut. Dia hanya memandang kearah pintu yang tertulis D0401. Ni bilik guru ke erk? Kelihatan seorang demi seorang pelajar masuk kedalam bilik mereka. Ada yang memandangnya pelik. Hana masuk semula ke bilik tersebut dan menuju kearah locker dibiliknya.
Hurm ..ada gambar Dato' Siti. Dia membuka kunci locker tersebut dan tiba-tiba bau busuk menerjah masuk ke dalam hidungnya.
Apakah?! Dia menutup kembali locker tersebut dan memilih locker yang terletak berhampiran tingkap. Easy.Kalau ada sportcheck,baling terus dari tingkap.he he he! Dengan lafaz bismillah dia membuka locker tersebut. Clean. Good. Dia mengeluarkan barang dari bagasinya dan mula mengemas katilnya dengan memasang cadar dan sarung bantal bercorak hello kitty. Dia mengambil baldi yang tertulis namanya dan bersiap untuk membersihkan dirinya. Setelah itu,dia merebahkan badannya ke katil dan melihat putaran kipas dan akhirnya dia tewas dengan godaan syaitan dan tertidur.

Hana..hana..
Dia mencari suara yang mendayu-dayu memangilnya. Entah suara siapa,dimana dan mengapa? Dia seolah-olah terperangkap dalam sebuah kotak yang gelap tanpa cahaya. Seperti sebuah tempat tanpa sempadan.

Tolong aku Hana..lepaskan aku..
Dia membuka mata perlahan-lahan dan melihat dua orang perempuan sedang memandangnya pelik.

"Aku dah cakap dia masih hidup lagi" ujar seorang pelajar yang berkaca mata berbingkai sederhana tebal.

"Aku baru nak acah buat CPR. Tidur balik!" Pelajar berpipi pau itu mencebik. Pelajar berkaca mata itu menuju kearah locker dan mengemas bajunya.

"Aku Azzyati. Yang mata empat tu Suzana. Dia memang macam tu. Acah busy. Kitorang kawan dari tadika lagi. Kau, Hana kan?" Hana terkebil-kebil memandang kearah Azzyati. Macam mana dia tau nama aku ni?

"Jangan pandang aku macam tu. Seram tau tak? Tu..baldi jamban kau,takleh besar lagi kau tulis nama kau? " tawa Azzyati dan Suzana meletus.

☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Diam! Diam aku cakap!
Hana tersentak apabila seorang pelajar wanita dengan tiba-tiba bangkit dan menunding kearah Ustazah yang memimpin bacaan Yaasin malam pertamanya di asrama tersebut. Bacaannya terjeda tiba-tiba. Tangannya sejuk. Dia kembali sedar ke dunia apabila Azzyati menggengam erat tangan kirinya sambil membaca surah Yaasin tersebut. Hana memandang kearah Azzyati yang masih khusyuk dengan bacaannya manakala dirinya masih terkulat-kulat dimana arah bacaan Azzyati dan seisi manusia di dewan asrama tersebut.

"Arghhhh!! Diamlah sial! Kenapa korang hambakan diri pada tuhan yang korang sendiri tak pasti wujud ke tak? Pura-pura alim konon puih!" Pelajar itu melompat ke arah pentas utama dan menggelupur kesakitan. Sebaik bacaan Yaasin dihentikan,pelajar tersebut mendendangkan durmo lingsir wangi diikuti hilaian yang cukup menaikkan bukan setakat bulu roma saja,bulu ketiak,bulu hidung ,bulu kening pun boleh naik.

"Haish! Mahkluk laknat ni,lama je aku sabar kau maki tuhan aku. Tuhan aku yang cipta kau dari api,yang buang kau dari syurga,kau kata dia tak wujud?" Pergh langsi meh ini Ustazah.Hana tergamam seketika manakala tangan kirinya di genggam erat Azzyati dan tangan kanannya pula digenggam erat oleh Suzana. Eh korang ni,korang pegang-pegang tangan aku bukan berani nak lari. Ustazah mula membaca ayat suci AlQuran dan pelajar tersebut menggelupur umpama dipanggang api yang membara.

"Tahu pulak panas ye..sekarang keluar! Keluar kalau taknak jadi debu!" Pelajar tersebut mendengus geram. Dia berjalan menuruni anak tangga pentas utama dan mengangkat sebelah tangannya. Secara automatik,seorang pelajar wanita bertubuh agak gempal terapung di udara. Lantas ustazah mengambil sejadah dan melibas tubuh pelajar tersebut diikuti bacaan ayat suci AlQuran. Pelajar perempuan yang dirasuk tadi rebah diikuti pelajar yang agak gempal tadi. Ustazah meminta bantuan beberapa pelajar untuk membawa kedua-dua pelajar tersebut ke bilik rawatan.

HostelWhere stories live. Discover now