BAB 14

2.1K 149 3
                                    

Kicauan burung menyedarkan Hana dari lenanya.
Auchh !
Matahari memancar menyakitkan matanya sebaik dia membuka zip khemahnya. Dia menoleh dan melihat Azzyati dan Suzanna masih lena dibuai mimpi. Entah subuh bangun ke tak budak dua ekor ni. Hana keluar dan berjalan mendekati anak sungai. Dia menadah lalu meraup mukanya. Jernih. Dia sekadar merengangkan badan dan membuat senaman ringan yang biasa dia lakukan selepas tidur bagi menggelakkan sakit di kawasan leher dan tulang belakangnya kerana tidur tak bertilam.

" Morning "
Bahu Hana terjongket akibat terkejut kerana disapa tiba-tiba.

" Ouh.. Hye Ikmal "
Pemuda dihadapannya sekadar melemparkan senyuman. Ikmal sekadar berbaju putih berlengan panjang dan berseluar jeans hitam. Setelah membalas sapaan Ikmal, Hana bergerak ke kawasan ungun api mereka semalam. Dia melabuhkan punggungnya diatas bangku kayu yang sudah sedia ada. Ikmal lantas melabuhkan punggungnya juga berhadapan dengan Hana. Pemuda itu sekadar memandang Hana. Sesekali apabila Hana memandangnya ,dia akan menguntumkan senyuman manis padanya.

'Ehh..mamat ni. Buang tabiat ke pepagi buta ni. Len macam je cheq tengok. Angau semacey'. Hana mula tidak senang duduk.

" So .. Ikmal. Mimpi apa semalam? Bangun awal je "
Hana memulakan bicara setelah perasaan janggal mula menyelubungi.

" Saya memang tak tidur lepas jemaah Subuh sama-sama tadi. Tapi.. Awak..saya tak nampak pun tadi,terlajak ke?"
Ikmal membetulkan posisi tempat duduknya.

' Haih.. Mamat ni tak belajar bab hadas besar ke dulu ? Taktau ke pasal haid ke ,nifas ke? '

" Hana .. Awal kau bangun,tak kejut aku pun "
Suzanna menggosok-gosok matanya dan duduk disebelah Hana. Sesekali dia melepaskan nguapan. Tudungnya yang senget hanya diperhatikan Hana.

' Haihh mahkluk sekor ni,sejak bilalah kaki dia laju je duk belakang aku tadi ' Hana sekadar menggeleng.

" Morning korang "
Ihsan pula hadir selepas Suzanna dan duduk bersebelahan Ikmal. Kini dia tidak berkaca mata. Mulut Hana terlopong.

" Err.. Korang ni,ada related blood ke ? Sama gila muka cuma bila Ihsan pakai spec je aku .. "

" tak perasan? " Ihsan memotong percakapan Hana.Hana mengangguk.

" Tengku Ihsan Ruhaizan Tengku Iskandar is my biological brother. We are twins but i was born 3minutes early than him "
Ikmal membetulkan tali jamnya manakala Ihsan masih berada dibawah sedar.

" Ikmal,nampak spec mata aku tak ? " Ihsan menyeluk kocek sweaternya tapi hampa. Tiada. Ikmal hanya menggeleng.

" Ihsan .. Ni berapa ? " Hana menunjukkan angka dua pada Ihsan.

" Aku nampak lah! " Hana menyengih. Ihsan bangkit dan kembali ke khemah. Ikmal pula membuntuti adiknya mencari cermin matanya yang hilang. Suzanna juga meminta diri untuk pulang ke khemahnya untuk mengejutkan Azzyati.

Fuhhh...
Tersentak Hana apabila dia seperti merasakan secara tiba-tiba seperti seseorang meniup telinganya. Dia menoleh. Kosong.
Fuhh...
Hana menoleh lagi. Dia menepuk-tepuk cuping telinganya. Barangkali sekadar angin lalu.

" Hana.. " Dia menoleh kebelakang apabila namanya diseru. Matanya melilau melihat sekeliling. Sunyi.

" Hana .."
Terkejut Hana apabila tiba-tiba Ustazah Liza menyentuh bahunya. Ku.. Semangat.. Hana mengurut-urut dadanya kerana terkejut. Dia fikir Mia bakal menjelmakan diri semula. Ustazah memandangnya pelik.

" Saya rasa over sangat reaksi awak tu " Hana sekadar menyengih. Ustazah meminta Hana membersihkan diri sebelum yang lain bangun kerana mungkin akan mengambil masa yang lama kerana terpaksa mengikut giliran.

°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°

" Baiklah semua, sekarang kita akan mulakan aktiviti kita yang pertama iaitu Jejak Jati diri. Semasa kamu semua tidur semalam kami telah pun menyembunyikan surat pemberian ibubapa kamu dan kamu harus mencarinya. Setiap tempat disudut hutan ini melambangkan diri kamu berdasarkan apa yang kami tahu daripada ibubapa kamu. Bagaimana tingkah laku kamu dirumah dan disekolah mahupun di asrama. Usai bacaan doa nanti,kami akan melepaskan kamu mengikut kumpulan. Wafi ,sila " Ustaz Idrus meminta Wafi selaku ketua pelajar asrama Putera mengetuai bacaan doa.

" Pss.. Aku tak faham lah,bila masa mak aku tulis surat ni? " Suzanna berbisik kepada Azzyati dan Hana. Dua orang sahabatnya sekadar mengangkat bahu erti tidak tahu.

" Amin Ya Rabbal Alamin.. "
Pelajar mula bergerak mengikut arah kompas yang diberikan. Mereka diminta mencari tanda X mengikut warna baret kumpulan masing-masing.

" Tak cantik betul warna baret ni, kau ni tak pandai pilih warna betullah Ikmal " Azzyati mendengus. Dia mengikat baret putih di lengannya.

" Aku pandai pilih pasangan hidup je " Ikmal membalas selamba. Dia memandang sekilas kearah Hana. Hana sekadar mengikat baretnya dipeha.

" Yelah.. Cepat kotor warna ni " Ihsan menyokong Azzyati. Ikmal memandang nya tajam. Ihsan pantas mengalihkan pandangan ke arah lain.

" Okay guys, dah la.. Jom cari, nanti masa habis pulak "
Hana melihat kompas dan mula berjalan mengikut arah yang ditunjukkan. Mengikut Madam Lee mereka dikehendaki mengikut arah selatan. Secara tiba-tiba langkah Hana terhenti. Dia memandang ahli kumpulannya.

" Err... Ada orang reti Geografi tak ? " ahli kumpulannya mengeluh apabila Hana tiba-tiba mengeluarkan soalan sebegitu.

" Kau punya serious tadi aku rasa macam nak cekik je " Hana menyengih. Ikmal mengambil kompas ditangan Hana dan mengambil alih membimbing ahli kumpulannya.

Setelah mereka semua beredar, kelihatan seorang budak perempuan lengkap berseragam pelajar asrama Engku Puteri duduk di bangku ungun api sambil tersenyum menyeringai sebelum menghilang perlahan-lahan.

HostelWhere stories live. Discover now