BAB 41

1.5K 104 1
                                    

Cahaya suria yang menyilaukan matanya. Dia mengalihkan pandangannya kearah yang lebih redup agar dia boleh melihat dengan lebih jelas. Pepohon rimbun serta bunyian unggas membuatkan 'Papan kekunci' yang berkerja dimindanya menjalankan pekerjaan dengan lebih pantas. Pelbagai persoalan timbul.

Aku dimana ?
Azzyati mana ?
Aku dah mati ke ?
Ini .. SYURGA ?

" Opah Teh ! Nak rambutan ! " kedengaran teriakan anak kecil memecahkan kesunyian. Dia bangkit dari tempatnya dan cuba mencari arah suara tadi.

" kerengga banyaklah ! Baik kamu turun sekarang ! " semakin hampir dia kearah suara tersebut, kelihatan seorang anak kecil kira-kira berusia 4 ke 5tahun berada diatas sepohon pokok rambutan manakala seorang wanita pertengahan usia memanggilnya turun.

" Tak nak ! " anak kecil itu membaling sebiji buah rambutan kearah wanita itu. Wanita itu mendengus marah. Dia seperti kenal dengan dua sosok yang berada dihadapannya itu.

" Mak.. Man.. Astaghfirullah !! Kamu buat apa atas tu? Turun ! " Kemunculan wanita itu membuatkan dia terkesima.

Mama ?

" Hana! Turun ! Nanti papa nampak kena sebat dengan pelepah kelapa kang ! " rayu wanita itu. Anak kecil itu sekadar menjelirkan lidah.

" Hana.. Jom pergi kedai Tok Chik,kita makan cendol nak? " Hana terkedu.

Budak tu.. Aku?
Sekarang .. Zaman kecil aku ? How? Apa semua ni?

Fikiran Hana semakin kusut. Kepalanya sakit secara tiba-tiba. Persekitarannya gelap tiba-tiba. Kelibat mama, opah Teh dan Hana junior hilang. Kini dia berada disebuah rumah pula. Kedengaran bacaan ayat suci Alquran dialunkan bersama. Dia mendekati suara tersebut dan melihat Opah Teh sedang mengajar Hana junior membaca Iqra' manakala mama dan papanya bertadarus sendiri. Hana mendekati mereka. Mereka seolah-olah tidak dapat melihatnya. Namun,dia tenang dalam keadaan itu.

BAMMM !
Bunyi dentuman seperti sesuatu menghempap bumbung membuatkan mereka yang berada disitu senyap seketika. Hana junior sudah berada didakapan Opah Teh. Dia menyembamkan wajahnya kerana takut.

BAMMM ! BAMMM !
HEHEHEEEEEEEHEHEH...

Kedengaran pula bunyi hilaian dan bunyian yang menyilukan.
Hana sekadar berpeluk tubuh. Hana junior pula sudah menangis didakapan Opah Teh.

" Allahuakbar... Allahuakbar .. " papa mula melaungkan azan membuatkan bumbung semakin galak ditumbuk dan dicakar.

" Alam tarokhai fafa a'la karabbi.  ALLAHUAKBAR! " keadaan hiru tadi kembali tenang. Bunyi-bunyian hilang ,hanya bunyi tangisan Hana junior kedengaran. Mama mengambil Hana junior dari dakapan Opah Teh dan mendukungnya kebilik. Opah Teh mengurut dadanya.

" Apa tadi tu Helmi ? " papa menggeleng.

" Sihir mak " Opah Teh berkerut seribu mendengar ucapan dari menantunya itu. Dia hanya berharap keadaan ini tidak akan berulang lagi.

💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤💤

" Mama .. Hana takut " Khalisya mencium lembut embun anaknya itu.

" Mama kan ada. Mama kan supermom. Ingat? " Hana memandang mamanya dengan rasa was-was.

" Ingat tak cerita ultraman pagi tadi? Haa. Kalau monster tadi kacau lagi,mama bertukar jadi ultraman " Hana mencebik.

" Tadi mama tak bertukar pun " Khalisya ketawa mendengar ucapan anaknya itu. Nampaknya dia berjaya menghilangkan rasa takut anaknya sedikit.

" Mama tak sempat dia dah lari " Hana menggangguk faham.

" Sekarang Hana tidur. Dah nak pukul 10. Nanti Hana tak tidur, witch tangkap pulak " Hana menarik selimutnya dan terus menutup mata. Khalisya mencium dahi anaknya dan membetulkan selimut anaknya sebelum beredar keluar. Belum 5minit dia meninggalkan bilik tersebut ,jeritan Hana kedengaran. Dia mencuba untuk membuka pintu,namun terkunci.

" Ada apa ni ? " papa bertanya.

" Hana pa.. HANA ! " khalisya menunjukkan kearah bilik Hana junior terkunci. Papa cuma merempuh masuk,namun gagal.

" Bismillah.. " belum sempat dia merempuh untuk kali kedua,pintu terbuka dengan sendirinya. Papa dan mama berpandangan sesama sendiri sebelum menyerbu masuk.

" Hana? " Bilik itu kosong.


HostelWhere stories live. Discover now