" Assalamualaikum " kedengaran suara perempuan menyapa ke telinganya. Aku salah dengar ke ? Ustazah Diana barang kali." Waalaikumsalam. Masuk " Kelihatan seorang gadis berbaju kurung johor masuk ke biliknya. Gadis itu menguntumkan senyuman.
" Ouh..kamu .. Macam mana .. " gadis itu menunjukkan pas pelawat sementara kepadanya. Dia menanda Kitab Al-hidayah yang dibacanya tadi dan meminta gadis itu duduk.
" Ustaz .. Saya nak jawapan dibalik semua yang berlaku pada saya sekarang. Saya takut. Setiap kali saya bersendirian mesti akan ada bisikan. Apabila saya solat ,pasti ada yang menjadi makmum secara ghaib. Saya penat. Setiap kali nak lelap ,ada je gangguan. Cermin dicakar,pintu diketuk,hilaian,tangisan, almost every night mesti ada je yang tak kena ! Saya tak tahan ! "
Ustaz Idrus hanya mendengar luahan gadis itu tanpa berkata apa-apa. Lebam bawah mata gadis itu sudah kelihatan lebih teruk berbanding dia bertemu dengannya pertama kali dahulu." Hana .. Jin dan syaitan tidak akan berputus asa untuk mengheret anak cucu Adam ke neraka. Bukankah mereka sudah bersumpah dahulu ? Mereka akan mencuba bermacam-macam cara untuk menghasut umat manusia agar ke Jahanam untuk diazab bersama mereka nanti. Sebagai manusia,kamu harus kuat. Jangan terpedaya " Hana tunduk memandang lantai. Sungguh jiwanya kacau tika ini.
" Dia mahu jiwa kamu kerana sejak kamu jejak ke asrama ini, jiwa kamu pilihannya. Jiwa penuh was-was dan lemah sangat senang untuk dipengaruhinya. Keinginan kamu untuk mengetahui semua perkara menjadikan dia semakin minat pada kamu. Dia tahu kamu seorang yang setia kawan sebab tu dia menyamar jadi Suzanna dan Azzyati untuk memujuk kamu memberinya habuan iaitu darah haid kamu. Perihal Mia.. Dia sudah lama tiada tapi oleh kerana perjanjiannya dengan iblis belum langsai, dia tidak akan tenang. Kerana ,jiwanya sudah terkunci dengan dendam terhadap orang yang menganiayai nya dahulu. Oleh sebab itu, dia bersumpah untuk menganggu semua pelajar disini agar mereka takut dan berpindah ke asrama lain. Kini ,30 % pelajar Asrama puteri telah berpindah dan 10% guru pelajar Asrama puteri memohon untuk ditukarkan ke sekolah lain " Panjang lebar Ustaz Idrus memberi penjelasan namun tiada satu pun memberi impak kepada jiwanya. Makin kacau adalah.
" Nanti ,ada jejak halilintar. Saya takut Mia ganggu saya lagi " Ustaz Idrus menghela nafas berat. Dia pun bimbang juga kerana aktivitinya dilakukan didalam hutan. Sarang jin dan syaitan.
" Kamu jangan risau .. Ustaz ada ,Ustazah pun ada.. Sekejap "
Ustaz Idrus membuka lacinya dan mengambil beberapa buah kertas A4 dan menulis sesuatu diatas nya." Kamu cari surah ini dan hafal ,kalau boleh salin surah yang ustaz senaraikan ni dalam sebuah buku. Amalkan sepanjang masa sebelum melakukan aktiviti kamu seharian ,faham ?" Hana mengambil kertas tersebut sebelum meminta izin untuk kembali ke asramanya.
" Terima kasih Ustaz "
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
" Allahuakbar.. "
' Allahuakbar .. 'Setiap kali rakaat kedua dalam solatnya pasti ada yang menyahut dibelakangnya. Setiap kali ia terjadi ,dia hanya mampu menutup mata dan memohon agar 'makmum' nya tidak menunjukkan diri.
" Assalamualaikum warahmatullah.. "
' solat kau tak sah Hana .. '" Assalamualaikum warahmatullah .. "
' sia-sia 'Bisikan demi bisikan hadir menghantuinya. Air matanya tumpah. Dia memohon agar semuanya berakhir dengan cepat. Dia rindu ketenangannya dahulu.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...