BAB 51

1.5K 112 9
                                    

Krekk.. Krekk..

"Hmm..?"
Perlahan-lahan Hana membuka matanya. Pandangannya agak kabur. Tangannya meraba-raba mencari lampu meja.

Krek..
Telinganya menangkap jelas bunyi cakaran didinding biliknya. Dia meraba ke sebelah. Kosong.

" Pa.. " dimana suaminya?

Klik!
Ruang bilik terang secara tiba-tiba. Hana menonyoh-tonyoh matanya. Ini..

Matanya meliar melihat kawasan bilik tersebut. Nafasnya turun naik seolah-olah tanpa jeda.

Krekk.. Cakaran itu kembali menyapa telinganya. Dia berlari ke pintu utama bilik tersebut dan cuba melepaskan diri. Shit! Lock!

TAP! TAP! TAP!
Dia kaku. Sebiji guli berguling terhenti di tapak kakinya. Dia mematungkan diri. Dia tidak berani untuk menoleh ke belakang.

TAP! TAP! TAP!
TAP! TAP! TAP! TAP! TAP!

Bilangan guli semakin lama semakin banyak berguling kearahnya. Hana semakin buntu.

Auzubillahiminas..

SRETTTT   .... SRETTTT...

Baru sahaja dia ingin memulakan bacaan,dia mendengar bunyi seperti sesuatu mengesot. Semakin lama ia semakin dekat.

" KAU NAK APA ?! " Hana berteriak menoleh kebelakang tanpa membuka matanya.

HEHEHEEHEHEHHH....

" PERGI KAU IBLIS LAKNATULLAH ! AUZUBILLAHIMINAS SYAITONNIROJIMM ! "

Hana mula melantunkan bacaan ayat kursi dan surah Al-zalzalah (1-8) :

اِذَا زُلۡزِلَتِ الۡاَرۡضُ زِلۡزَالَهَا ۙ‏ ﴿99:1﴾ وَاَخۡرَجَتِ الۡاَرۡضُ اَثۡقَالَهَا ۙ‏ ﴿99:2﴾ وَقَالَ الۡاِنۡسَانُ مَا لَهَا​ ۚ‏
﴿99:3﴾ يَوۡمَـئِذٍ تُحَدِّثُ اَخۡبَارَهَا ۙ‏ ﴿99:4﴾ بِاَنَّ رَبَّكَ اَوۡحٰى لَهَا ؕ‏ ﴿99:5﴾ يَوۡمَـئِذٍ يَّصۡدُرُ النَّاسُ اَشۡتَاتًا  ۙ لِّيُرَوۡا اَعۡمَالَهُمۡؕ‏  ﴿99:6﴾ فَمَنۡ يَّعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرًا يَّرَهٗ ؕ‏ ﴿99:7﴾ وَمَنۡ يَّعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَّرَهٗ‏ ﴿99:8﴾"
Suasana bilik kembali hening. Tiada bunyi cakaran mahupun sesuatu mengesot. Perlahan-lahan dia membuka matanya.
Kosong. Dia menarik nafas lega. Dia mencuba untuk menenangkan fikirannya.

Tiada kuasa yang lebih besar dari kuasaNya.

Kata-kata Ustaz Idrus dipegangnya. Dia beristighfar sehingga hatinya kembali tenang sedikit. Dia mencuba untuk membuka pintu bilik itu sekali lagi.

KLIK!
Alhamdulillah..

Dia kini berada di Dorm Asrama Engku Puteri. D0401. Entah bagaimana dia diangkut kesini. Adakah ia realiti atau mimpi,dia tidak tahu. Namun,dia berharap dia hanya bermimpi dan bangun dengan segera.

" Hana kau nak makan apa? " seseorang menepuk bahunya. Suzanna?

" Aku laparlah. Jom makan mihun sup! " Su? Kau lupa ke pasal Azzyati?

" Kenapa kau diam je ni? Weyh! Aku ada kelas lepasni,cepatlah " Hana mengganguk.

Apa pula permainan kau kali ni Az?

" Eh? Mana Azzyati? " Jantung Hana terhenti. Dia memandang wajah polos Suzanna. Apahal dia macam buat takde benda jadi sebelum ni?

" Mana semua orang? " Hana perasan hanya mereka berdua melewati koridor ke kantin. Tiada pelajar lain yang lalu lalang disitu.

" Mana Azzyati? " Suzanna bertanya soalan yang sama. Dahi Hana berkerut. Semakin lama dia menatap Suzanna, bulu romanya semakin naik.

" Dia ada kelas lah tu.. Ha ha ha.. Jomlah makan dulu " Hana bergerak kehadapan dahulu.

" Ada kelas ke .. Kau dah tahu? " langkah Hana terjeda. Hatinya kembali berdengup. Perlahan-lahan dia menoleh. Kosong.

" Su? " Mata Hana meliar mencari Suzanna.

" miss me? " pantas Hana menoleh kearah suara dibelakangnya. Kelihatan Suzanna disitu tetapi jasadnya sedang memegang kepalanya sendiri.

" Astaghfirullahalazim ! " Hana mengundur langkah kebelakang.

EHEHEHEHEHEEHEHEE....

"نَعُوْذُ بِكَلِمَا تِ اللهِ التَّا مَّا تِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ"

Mahkluk yang berwajah Suzanna tadi mula mendekatinya tapi dalam keadaan mengesot. Hana mula mencekalkan hatinya dan fokus.

" حَسْبُنَااللهُ وَنِعْمَ الْوَ كِيْلُ،نِعْمَ الْمَوُلَىوَنِعْمَ النَّصِيْرُ"

Dia mula melantunkan ayatul kursi dan An-Nisa ayat 166-169.

لَكِنِ اللَّهُ يَشْهَدُ بِمَا أَنْزَلَ إِلَيْكَ أَنْزَلَهُ بِعِلْمِهِ وَالْمَلائِكَةُ يَشْهَدُونَ وَكَفَى بِاللَّهِ شَهِيدًا (١٦٦) إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَصَدُّوا عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ قَدْ ضَلُّوا ضَلالا بَعِيدًا (١٦٧) إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا وَظَلَمُوا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ لِيَغْفِرَ لَهُمْ وَلا لِيَهْدِيَهُمْ طَرِيقًا (١٦٨) إِلا طَرِيقَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا وَكَانَ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرًا (١٦٩)"

Mahkluk itu meraung kepanasan sebelum hilang begitu sahaja. Keadaan sekelilinag juga seperti tirai api yang terbakar dengan begitu sahaja sebelum semuanya gelap.

Alhamdulillah..
بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ، بِسْمِ اللهِ،نَعُوْذُ بِعِزَّةِاللهِ وَ قُدْ رَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا نَجِدُوَنُحَاذِرُ ..


HostelWhere stories live. Discover now