BAB 28

1.8K 112 4
                                    

" Mama.. " gelap. Tiada setitik cahaya pun ditemuinya tapi dia dapat mendengar setiap bait suara yang berada di sekelilingnya. Kali ini dia mendengar suara anak kecil memanggilnya ' mama ' .Tangannya juga terasa hangat seolah-olah digenggam erat oleh seseorang. Dia berusaha untuk bangkit dan membuka matanya namun gagal. Dia seperti dibekukan.

" Bebaskan aku ! " dengupan jantungnya tinggi secara mendadak sebaik mendengar suara garau yang menyapa telinga sebentar tadi. Aku salah dengar barang kali.

" Kita terikat! " Dia tersentak lagi. Siapa empunya suara tersebut?

HEHEHEHEHHHH..
Bunyi hilaian kian menyapa ke telinganya. Tidak mungkin dia..

" Aku mungkin tak dapat jiwa kau tapi macam mana kalau .. " suara itu terjeda. Jasad yang terbaring kaku itu masih berusaha untuk menggerakkan badannya namun gagal. Berat.

" .. Jiwa anak kau sebagai ganti? " dengan drastik imej seorang perempuan berseragam sekolah lusuh muncul dibalik kegelapan dan menyeringai marah.

ARGHHH !
Dadanya turun naik. Orang yang berada di sekelilingnya tersentak apabila wanita itu sedar secara mengejut. Wanita itu melihat setiap wajah dihadapannya sebelum melihat wayar yang menjalar ditubuhnya. Dia amnesia. Dia langsung tidak mengingati apa yang terjadi sehingga dia berada di hospital yang serba menyeramkan dengan dinding kelam yang tidak bertukarkan cat. Jururawat disitu juga tidak kurang baiknya marah pesakit bersebelahan katilnya dan ada juga yang membawang di kaunter. Allahu hospital kerajaan biasalah.

" Mama ! Miss you so much ! " seorang anak kecil memeluknya erat. Dia melihat wayar yang berbirat ditangannya. Apa jadi dengan aku ni?

BIP.BIP.BIP.
Bunyi dengupan jantungnya kedengaran diselangi bunyi titisan air klorin yang masuk ke dalam tubuhnya.

" Alhamdulillah " suami wanita itu mengucup dahi isterinya lembut. Wanita itu masih bingung. Anakya masih memeluknya erat.

" Arisha.. Dah makan? " anak kecil itu mengangguk laju. Dia mengucup embun anaknya dan dia terpandang disuatu sudut. Membulat matanya apabila melihat dua orang yang cukup dikenalinya perlahan-lahan mendekatinya dari suatu arah.

" ALLAHUAKBARRRR!! " wanita itu histeria apabila seorang pelajar perempuan berseragam putih bertanda nama Mia mula merangkak dari kakinya dan mencuba untuk merampas anaknya daripadanya. Manakala seorang lagi seorang budak perempuan berambut seperti patung jepun menyentuh kepala anaknya dan seperti ingin mencabutnya.

" Pergi! Pergi! " wanita itu berteriak sambil menendang-tendang. Orang disekelilingnya panik dan memanggil jururawat berhampiran. Apabila diberi ubat pelali wanita itu semakin tenang dan pandangannya semakin kabur dan hitam. Bayangan dua orang mahkluk tadi semakin tidak kelihatan. Namun sebelum matanya tertutup sepenuhnya dia sempat mengucapkan ..

" .. Jangan ambil a-anak aku "

👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻👻

Dia membuka mata dan melihat dirinya berada di sebuah koridor. Dia berasa sakit dipergelangan tangannya secara tiba-tiba.

ARGHHHH !
Dia panik apabila melihat pergelangan tangannya berlumuran darah. Dimana dia?

DO4O1.
Dia terkedu. Tak mungkin. Dia mengesot kebelakang apabila kakinya tidak berdaya untuk berdiri. Longlai sendinya melihat papan tanda tersebut.

TAP!
Tubuhnya terhenti sebaik dia merasa seperti terlanggar sesuatu dibelakangnya. Belum sempat dia menoleh,rambutnya ditarik dan dia diheret entah kemana. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri sehinggalah akhirnya heretan itu terhenti. Dia menoleh dan melihat sekeliling. Kosong.

TANG! TANG! TANG!
Kedengaran seperti sesuatu berlaga antara satu sama lain. Seperti sesuatu memukul jejari besi koridor tersebut. Dia menekup telinganya. Perlahan-lahan bunyi itu hilang.

STREETTTT!
Kedengar pula benda tajam mencakar lantai simen koridor tersebut. Dia melihat dua orang budak perempuan bersama kepingan besi yang tajam menghampirinya dengan wajah bengis.

" AKU MAHU KEBEBASAN AKU ! " Serentak dua orang mahkluk itu menjerit dan satu libasan besi mengena ke kepala wanita itu. Darah memancut dan dua orang mahkluk itu masih kelihatan tidak berpuas hati dan menghilang dibalik koridor tanpa sempadan itu.

HostelWhere stories live. Discover now