WARGHHHHHH !!
Keriuhan didusun buah opah Teh kedengaran. Sudah dua hari Suzanna dan Azzyati meluangkan masa dikampung Hana sempena cuti pertengahan tahun. Beberapa bulan lagi mereka bakal menghadapi ujian terbesar dalam hidup mereka yang menentukan kemana arah tuju mereka. Oleh itu, mereka ingin berkenalan dengan keluarga Hana disamping menghirup udara segar dikampungnya dan kebetulan ia merupakan musim buah-buahan. Makin excitedlah budak dua ekor berkunjung ke kampung Hana." Guys, dalam banyak-banyak tempat,kenapa bawah pokok durian ni korang punya port? " Azzyati sekadar mengabaikan pertanyaan Hana dek kerana fokus mengupas kulit manggis ditangannya. Bersinar matanya pertama kali tiba di dusun buah Opah Hana sebaik melihat objek kehitaman yang lebat di pohonnya.
" Aku taknak bertanggungjawab erk kalau nanti durian seketul gugur atas kepala korang. Serangga pun banyak. Jom gi pondok sana " Mereka berdua akur dan membuntuti Hana disamping membawa bakul yang sarat dengan manggis dan rambutan yang baru dipetik.
" Hana ,kita study sini jelah ,sambil makan sambil makan " Hana sekadar menggeleng melihat telatah kedua sahabatnya yang seperti kebuluran.
" Hana ! Suzanna ! Azzyati ! Makan ! " kedengaran suara Opah Teh memanggil mereka bertiga.
" Opah kau duduk sorang je ke Hana? " Hana sekadar menggangguk menjawab soalan yang ditujukan Azzyati.
" Dia tak sunyi ke? " Hana sekadar menggangkat bahu tanda tidak tahu.
" Kitorang memang nak dia duduk dengan kitorang, aku pun ada lah jugak kawan tapi tulah ,dia lagi suka membawang dengan member dia kat sini ,kitorang takleh paksa " Azzyati dan Suzzana sekadar mengangguk faham. Usai mengemas kulit buah disitu mereka bergegas pulang.
☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕
" Assalamualaikum "
" Dah sampai dah kamu berdua. Masing-masing tambah comel lote,dah kahwin ke belum? " Opah Teh menyambut kedatangan dua orang tetamunya.
" Hana mana Opah? " Opah menunjuk kearah dusun miliknya. Mereka berdua segera masuk kesitu tanpa menghiraukan bagasi dan beg berisi keperluan mereka. Opah Teh sekadar menggeleng melihat telatah tamunya itu. Dia sekadar membiarkan bagasi tersebut kerana bukan kudratnya untuk mengangkat kedalam. Bimbang terpelecot tulang belakangnya ,naya tak boleh keluar membawang.
" HANA !!!! "
Bahu wanita bernama Hana terhinjut apabila namanya diseru. Lamunannya mengenai masa lampau hilang. Dia melihat dua orang mahkluk ligat berlari ke pondok dia berada." Su ! Az ! Ya Allah ! " Dia segera turun untuk mendapatkan mereka berdua.
" Kau masih pendek macam dulu " ujar Suzanna sebaik memeluknya sahabatnya itu.
" Ehhh.. Kau dah gemuk ! " Suzzana mencebik.
'Pfftt.. Dulu aku slim ke? Budak kecik ni kang!'
" Hana ,kau pergi mana doh! Hilang macam MH370 " Hana sekadar menggangkat bahu.
" Aku gi Budapest untuk release novel tapi tak lama aku balik sini tukar nombor baru ,nombor korang terpadam lak sebab aku lupa save kat phone. Aku cari korang kat fb tapi tak jumpa " Suzzana dan Azzyati sekadar mengangguk faham.
" Kitorang dah macam CSI cari kau tau tak. Habis sekolah terus lost contact. Dengar je dah ada anak ,so mana anak kau? " wajah ceria Hana bertukar kelam.
" Itu masalahnya. Aku dah berapa minggu tak dapat jumpa keluarga aku sebab dalam proses berubat. Tu aku minta tolong korang datang " Suzanna dan Azzyati terkejut. Berubat?
" Kau sakit apa? " Hana menunjukkan parut ditangannya. Azzyati dan Suzanna berpandangan.
" Korang ingat kan tanda ni. Sekarang dorang cari aku . Aku nak kita pergi asrama tu dan tamatkan semuanya " Azzyati dan Suzzana terlopong. Kejadian 10tahun lalu kembali? Mustahil.
" Dia nak aku sebab kita main spirit of the coin tu ,kita tak tamatkan then kita bagi apa dia nak. Darah. Muka aku seiras dengan musuh dia dulu " agak sukar untuk dipercayai dek akal. Mereka fikir segalanya telah berakhir tapi silap.
Sekali kita berurusan dengannya ,sampai mati kita akan diburu. Kerana itu janji Jin dan Syaitan untuk menyesatkan umat manusia.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...