BAB 35

1.6K 113 8
                                    

" Assalamualaikum semua "
Waalaikumsalam Ustaz Idrus!

Alunan menyahut salam itu bergema disekitar sekolah Engku Puteri. Sahutan itulah yang membuatkan tiga orang sahabat itu bergegas untuk ke bangunan yang menempatkan pelajar yangdigabungkan jadual pembelajaran mereka dek kerana guru mereka bercuti.

" Baiklah apabila nun mati bertemu ba .. " suara guru lelaki itu semakin lama semakin dekat. Setibanya dibilik yang menghimpunkan beberapa pelajar, salah seorang daripada mereka mengetuk pintu bilik tersebut membuatkan mata puluhan pelajar tertumpu kepada mereka bertiga.

" Assalamualaikum Ustaz "
" Waalaikumsalam. Kalian berlima siapa? " berlima? Mereka bertiga saling berpandangan.

" Ber..lima? " Ustaz Idrus senyum. Namun senyumannya sumbing.

" Kau berdua dari yang lain. Pergi! " kata-kata Ustaz Idrus membuatkan bukan mereka bertiga sahaja yang terkesima tapi seisi bilik tersebut terpinga-pinga melihat Ustaz berbual disatu ruangan kosong sebelum memandang keatas siling bilik tersebut.

" Su,Az,Hana.. Kamu bertiga masih tak berubah dari dulu " Mereka bertiga sekadar menelan air liur. Ada yang ikut ke tadi?

" Kamu ke asrama putera dahulu. Tunggu saya pejabat saya "
Mereka bertiga sekadar mengangguk laju sebelum beredar pergi.

" Masih berdegil kamu berdua ni "
Ustaz Idrus sekadar menggeleng melihat dua mahkluk yang masih mengekori mereka bertiga dari belakang. Walaupun berjalan kehadapan, kepala mereka menoleh kebelakang memandang Ustaz Idrus tidak puas hati.

" Baik.. Dimana kita tadi? "

ARGHHHHHHHHH!!!!!!!
Belum sempat Ustaz menyambung kelasnya ,seorang pelajar dibilik tersebut terjerit-jerit seperti orang gila.

" Dah.. Jangan nak berbohong. Ustaz boleh nampak apa yang kamu tak nampak " pelajar tersebut terkedu. Mukanya bertukar merah seperti udang galah yang baru dipanggang. Puluhan mata menatapnya dan ada yang mula bersoksek-soksek dibelakang.

" Husna,bacaan jika nun mati bertemu huruf hijaiyyah "

Errr..

📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷📷

TOK! TOK!
Pintu bilik Ustaz Idrus terbuka. Entah siapa dibalik pintu tersebut pun mereka tidak tahu. Keadaan bilik tersebut masih sama seperti dahulu cuma 'upgrade' sofa dan meja baru sahaja. Jika dahulu meja ustaz Idrus diperbuat dari kayu jati kini bertukar menjadi kaca.

" Assalamualaikum "
Mereka bertiga lega apabila Ustaz Idrus wajah terpacul dimuka pintu. Ustaz Idrus juga berubah dimamah usia.

" Hana.. Nampaknya aura kamu semakin digilai dua mahkluk lahenet tu " Ustaz Idrus melabuhkan punggungnya sofa kulit di biliknya.

" Mereka berdua dari masa lampau kamu. Seorang tu dari rumah lama kamu. Dia dahulunya roh dari anak yang mati dan ditanam di dalam jam antik milik atuk kamu. Jam itu ada di stor bawah yang menempatkan bilik membasuh betul? Cuba kamu ingat "

Berkerut dahi Hana cuba mengingati setiap inci masa lampaunya. Ya. Bilik membasuh tapi dah lama ia ditutup kerana ada paip tersumbat dan mesin dibawahnya tidak dapat dipakai lagi. Jam? Takkan jam besar tu?

" Jam tu memang rosak. Takde jarum panjang pendek dah tapi kalau kamu perasan ia tetap berbunyi pada angka 3pagi bukan?"
Macam mana ustaz..

" Saya tahu Hana. Kamu tak boleh berbohong pada saya. Nina ingat? " Hana terkesima.

" Dia bukan nak bermain dengan kamu. Dia cuba bawa kamu ke tempat dia disorokkan dan mahu kamu sempurnakan mayatnya dengan ajak kamu main nyorok-nyorok tapi malangnya.. "
Ucapan Ustaz terhenti.

" Saya tinggalkan dia " ustaz Idrus mengangguk. Suzanna dan Azzyati melopong mendengar sejarah hidup Hana.

" Kita selesaikan satu demi satu. Kalau dua sekaligus,saya tak larat. Ilmu saya terbatas tapi kuasa Allah tidak " Ustaz Idrus melihat kalender mini di mejanya. Dia kemudian melihat buku nota hariannya.

" 1 April. Lusa. Bawa pakaian kamu. Kita akan bermalam di rumah itu boleh? " mereka bertiga mengangguk faham sebelum meminta diri untuk pulang.

HostelTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang