" Hana.. "
Ketukan dan panggilan Opah Teh mengejutkan Hana yang sedang ralit meneliti rakan di laman facebooknya itu. Sudah hampir seminggu sejak dia dibenarkan keluar dari hospital dia tidak bertemu dengan anak dan suaminya. Rasa rindu mula menerpa namun dia mesti melakukannya kerana ia sebahagian dari proses berubat.Menurut cerita Haji Othman, ustaz yang mengenali Opah Teh, terdapat dua mahkluk yang masih berdendam dengannya dan dia harus melunaskan dengan memberi jiwanya pada mereka atau ia akan memudaratkan ahli keluarganya. Mahkluk ini kembali menghantuinya kerana masa lalu mereka melibatkan Hana. Salah seorang daripada mereka amat berdendam dengan Hana manakala seorang lagi sekadar marah kerana meninggalkannya.
" Hana.. " Opah Teh membuka pintu tersebut apabila tidak mendengar sebarang sahutan. Lamunan Hana terhenti. Dia segera menutup lappy nya dan bangkit untuk mendapatkan Opah Teh.
" Sorry opah, tengah cari kenalan lama tadi " opah Teh sekadar mengganguk dan memintanya untuk turun ke dapur. Usai mengemas peralatan lappynya dia mencapai telefon bimbitnya dan mencari kenalan ' Sayang '
" Assalamualaikum " kedengaran suara dipanggilan menyahut salamnya diselangi suara anak kecil yang ketawa riang. Bukan seorang tapi berorang-orang. Riuh disana.
"Maaf sayang, papa dekat rumah Syariz ni. Anak mamalah yang paksa " Hana tertawa mendengar keluhan suaminya.
PAPA ! NAK UNICORN !
" Sayang, i have to go now. Budak ni nak unicorn pulak " Hana sekadar tersenyum. Perlahan air matanya menitis. Rindunya Ya Allah !
" I miss you. Cepatlah balik.. " sayu suara si suami membuatkan Hana tidak mampu menahan sebak.
" miss you too "
WE LOVE YOU MAMA !
Suara anak kecil mengejutkan Hana dan membuatkan air matanya semakin jatuh. Dia menutup panggilan. Entah bila semua ini bakal berakhir. Dia harua kembali kepada pucuk cerita tapi dia harus mengumpulkan ahli SUAZHA. Namun, mampukah dia mencari mereka setelah 10tahun mereka berpecah?☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕
" Kamu tepun si Ikmal ke ? " Hana mengiakan sebaik dia ditanya Opah Teh. Dia menguis-kuis mee goreng dihadapannya. Seleranya hilang. Perasaan rindu pada anak dan suaminya semakin bertambah.
" Kamu kena sabar.Doa dan fokus dengan apa yang jadi sekarang. Kamu jangan biar mereka terkorban sebab kamu tak mampu kawal perasaan kamu. Kamu harus yakinkan mereka yang kamu masih belum berkeluarga. Kosongkan fikiran kamu dari ingatan sebab jin dan syaitan kerjanya memanipulasikan manusia. Jangan biar mereka baca tentang memori kamu dan keluarga kamu,kalau tak naya ! " Opah Teh menghirup teh yang sudah sejuk kerana menunggu cucunya turun.
" Tapi bukan dorang dah tau ke opah ? " Opah menggeleng.
" Haji Othman cakap, mereka masih ragu-ragu dengan status kamu dan inilah masa kamu memanipulasikan mereka pula. Semuanya akan kembali kepada 10tahun dahulu " Opah Teh bergerak ke kabinet dapur dan mengambil sekeping kertas lantas dihulurkan kepadanya.
" Suzzana. Ini pula nombor Azzyati. Dorang cari kamu dah lama tapi opah asyik lupa je. Maklumlah bisnes semperit Opah makin laris dari Que Puteh " Hana segera mengambil kertas tersebut dan mendail nombor tersebut.
" Budak ni, kalau ye pun jamah lah dulu " Opah Teh menggeleng melihat telatah cucunya.
Bismillah..
☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕☕
" Assalamualaikum "
" Waalaikumsalam "" Hana?! " suara ditalian terkejut sebaik dia mengenali suaranya.
" Kau pergi mana hah? Dah 10 tahun aku cari ! Lahenet punya kawan " Hana sekadar tertawa perlahan.
" Su.. Bagitau Az, aku nak jumpa korang dekat rumah Opah Teh. Korang tau kan? Korang kan pernah berpesta rambutan kat sini ,lupa? " Tawa Suzzana kedengaram di talian.
" Okay deal. I got to go now,malam nanti aku bagitau ,lusa kitorang coming sana kay. Cakap kat Opah ,buat kenduri ,orang jauh nak datang ni " seloroh Suzzana sebelum mematikan talian.
Hana sekadar menggeleng dan tersenyum melihat telefonnya.
Dia tak berubah.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...