" Lepaskan aku ! Bebaskan aku ! "
Hana terjaga dan melihat kipas yang berpusing di syiling. Fikirannya masih mencari sebuah jawapan dibalik semua persoalan yang berlegar-legar di kotak mindanya. Apa jadi semalam? Dia bangkit dan terduduk semula di birai katil. Tubuhnya terasa begitu ringan dan pandangannya kabur. Umpama ada seseorang yang memukul kepalanya sehingga dia terbaring semula." Hana ? Kau dah bangun? " ujar Azzyati yang baru sahaja keluar dari bilik air. Hana hanya mampu membalas "hmm" kerana mulutnya seolah-olah tidak mampu mengucapkan kata-kata.
" Okay tak ni ? " Azzyati menghampiri Hana. Dia duduk berhampiran Hana dan meletakkan tangannya di dahi sahabatnya itu. Panas.
" Kau demam ni,aku bagi tau cikgu lah kau tak dapat masuk "
Hana hanya tersenyum. Dia cuba bangkit tapi ditahan Azzyati."Cuba dengar cakap orang. Kalau tak mampu ,jangan degil. Kotnye pengsan tengah jalan, macam mana? Dah menyusahkan ramai pihak " Azzyati kemudian menyelongkar laci berhampiran katil Hana tetapi barang yang dicarinya tiada.
" Tengok! Satu ubat pun takde. Haih.. " Azzyati bangkit dan menuju ke loker miliknya. Panadol. Nasib baiklah aku ingat nak beli benda ni dekat 7eleven haritu. Azzyati bermonolog sendirian. Dia mengambil segelas air dan kembali ke katil Hana.
" Bukak mulut,kapal terbang nak masuk ni" Hana membuka mulut dan perlahan-lahan menelan panadol milik Azzyati itu. Kemudian dia tidur semula selepas mengucapkan terima kasih terhadap Azzyati. Azzyati menyelimuti Hana dan bersiap untuk ke kelas. Suzanna terpaksa bergerak awal kerana gurunya ingin mengadakan perbincangan mengenai teater drama yang bakal dilakonkan olehnya dan rakan sekelas yang terlibat.
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
" Hana.."
Hana tercari-cari insan yang memanggilnya. Kini dia berada di sebuah tempat yang gelap. Sebuah rumah atau kilang ? Atau mungkin bilik yang dikelilingi oleh akar pokok yang tumbuh meliar. Di situ terdapat sebuah meja solekan yang usang dan cerminnya retak sedikit. Terdapat paku dan penukul diatasnya.DANG !
Dia tersentak lantas menoleh. Cangkul? Dia bergerak ke tempat cangkul tersebut dan tanpa disedari kakinya tersadung dek akar kayu yang menjalar dilantai bumi. Dia bangkit dan melihat rupanya bukan akar tetapi seutas tali yang bersalut sedikit cecair merah. Dia menyium bau cecair tersebut. Darah?! Dia mencampak tali tersebut dan bulu romanya tiba-tiba meremang.
Tiba-tiba akar kayu yang menutup dinding bilik tersebut berguguran dan sesuatu sedang tertulis diatasnya. Hana tersentak lantas terjaga dari tidurnya. Dia.. didalam dorm 0401.Dia bangkit dan membuka jendela biliknya itu. Dia mengambil tuala dan bergerak ke bilik mandi. Jam telah pun menunjukkan angka 1.15pm.
Sebaik sahaja dia membersihkan diri,dia tersentak apabila melihat seperti bayangan hitam melintas laju. Seolah-olah bergerak dalam kelajuan cahaya yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata. Aku mimpi ke ? Angin kot.. Hana bergerak ke katilnya semula apabila telah lama dia bingung sendirian. Dia memicit-micit kepalanya dan dengan tiba-tiba,bahunya disentuh. Lantas dia menoleh. Tiada. Sebaik dia menoleh ke hadapan semula,alangkah terkejutnya dia apabila melihat wajah seorang perempuan yang pucat lesi dan matanya terjojol kehadapan. Tangan mahkluk itu cuba untuk menyentuh wajahnya ,Hana lantas melompat turun dari katilnya dan berlari ke muka pintu. Dia memulas tombol pintu biliknya tetapi seolah-olah ia terkunci.
" Tolong! Tolong aku !" Dia mengetuk-ketuk pintu bilik tersebut kuat seperti hendak dirobohkan saja pintu itu. Dia menoleh sekilas dan melihat mahkluk itu semakin menghampiri. Kakinya lemah dan dia jatuh terduduk di pintu tersebut. Dia seperti hanya mampu menunggu mahkluk itu datang menghampiri. Semakin lama ia semakin hampir. Hana menutup rapat matanya,nafasnya turun naik laju,peluh merecik keluar. Dia takut.
Mahkluk itu merangkak menghampirinya. Belum sampai lima minit ia sudah begitu hampir dengan Hana. Ia cuba menyentuh wajah Hana dan tiba-tiba pintu dikuak dari luar. Aduh!
"Astaghfirullah Hana! Kau buat pe kat depan pintu ni?" Suzanna keliru. Dia melihat Hana yang serabai semacam seperti orang yang baru keluar dari hutan. Bajunya basah dengan peluh. Menggigil seperti melalui sesuatu yang dasyat. Suzanna memimpin Hana ke katilnya. Badan Hana semakin panas.
"Heloo.. Assalamualaikum !" Azzyati melepaskan barang yang dibawanya lantas bergegas ke katil Hana. Riak wajahnya menunjukkan dia benar-benar risau apabila melihat Hana berpeluh dan nafasnya turun naik laju.
"Kenapa ni?" Suzanna hanya menggeleng. Hanya satu benda sahaja yang terlintas dihatinya namun dia ragu-ragu untuk mengikutnya atau tidak. Dia mengenggam erat tangan Hana. Azzyati pula memanggil nama Hana tetapi Hana tidak memberi sebarang respon.
"Lepaskan aku iblis!" Azzyati dan Suzanna tersentak. Huh? Merka berpandangan sendiri. Tiba-tiba mata Hana terbuntang luas. Genggaman Suzanna lepas. Suzanna dan Azzyati bangkit dan melangkah sedikit berjauhan dari katil Hana.
Heee..hee...hahahahahah! Hana bangkit dari tidurnya dan mengilai kuat. Suaranya serak seperti suara lelaki. Namun ia bercampur dengan suara wanita. Suzanna dan Azyyati berpelukan. Hana?
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...