BAB 27

1.8K 124 2
                                    

" Sorry guys late " Ihsan menyusun sepuluh jarinya sebelum duduk bersama ahlinya yang lain secara dalam bulatan.

" Okay jot down all the things that we do in the camp and pasal yang bekalan tambahan masa survival tu tak payah masukkan " ahli yang lain sekadar menggangguk dengan arahan Ikmal. Hana pula cuba mengingati setiap yang terjadi di kem minggu lalu dan tiba-tiba mindanya melakar sesuatu ..

Aku mula rindu
Rindu dalam hati
Aku jika sayang
Sayang sepenuhnya ..

Bait lagu Hez Hazmi bermain-main dimindanya. Dia memandang Ikmal yang sedang khusyuk menulis setiap point penting yang perlu dimasukkan dalam report mereka nanti. Tanpa disedari pipinya bertukar rona apabila terbayang pandangan mata Ikmal semasa memetik lagu itu di kem unggun api minggu lalu.

" Hana.. Kau ingat tak barang yang.. " Azzyati terbantut ingin menyambung pertanyaannya sebaik melihat Hana yang fokus memandang Ikmal tanpa berkedip. Dia menyiku lengan Suzanna dan melirik kearah Hana. Suzanna memukul peha Ihsan perlahan dan menunjuk kearah Hana dan abangnya.

" I'm done " Ikmal meletakkan pen dan kertas ke lantai sambil merenggangkan tangannya keatas seperti baru bangun tidur. Hana tersedar dari lamunannya dan terkocoh-kocoh menulis point di kertasnya yang sudah lama kosong. Belum sempat dia menulis apa-apa dia berasa seperti diperhatikan. Dia menoleh dan melihat enam mata tertumpu padanya. Dia menaikkan sebelah keningnya tanda isyarat ' what ? '
Mereka bertiga sekadar menyengih. Hana mencebik.
Apa kena dengan dorang ni ?

" Siapa tulisan lawa? " masing-masing menikus. Ikmal menyerahkan pen kepada Azzyati ,manakala Azzyati menyerahkan pen tersebut kepada Hana. Hana terkedu.
' Apahal minah ni ,aku point pun tak siap lagi '

" Okay Hana ,sekarang kau jadi jurutulis. Lagipun aku tengok kertas kau suci je dari noda hitam pen kau ,satu point pun kau tak tulis " pandang tajam Ikmal membuatkan Hana terpaksa menurut tanpa sebarang bantahan. Bibirnya seolah-olah terkunci. Seram gak mamat ni.

         LAPORAN PROGRAM JEJAK HALILINTAR
    BARET PUTIH

TARIKH : 23 MEI 2020 - 27 MEI 2020
MASA/ : 23-27 MEI
TEMPAT : HUTAN SIMPAN NEGARA

Pada permulaan program (27Mei) kami dikumpulkan dipadang sekolah pada pukul 9malam sebelum diberi taklimat dan motivasi sebelum bertolak ke kem.

Pada jam 2pagi kami tiba di tempat yang ditetapkan dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan baret putih terdiri daripada 5 orang ahli iaitu :

1.Tengku Ikmal Rayyan (LEADER)
2.Hana Humairah
3.Nur Ifti Azzyati
4.Nurul Suzanna Syarina
5.Tengku Ihsan Ruhaizan (CO.LEADER)

Sepanjang berada dikem ini salah seorang ahli kami tercedera dibahagian kaki akibat tertusuk ranting kayu basah namun ia tidak menghalang kami untuk meneruskan perjalanan mencari tumbuhan yang mewakili diri kami.

Tengku Ikmal sebagai Amarilis putih melambangkan dirinya penuh kepimpinan lembut namun penuh misteri dibalik kelembutannya. Hana Humairah mewakili mawar merah jambu yang mewakili kesucian dan juga kelembutannya. Azzyati mewakili bunga bougan, Suzanna pula mewakili bunga teratai dan akhir sekali Ihsan mewakili ros hitam. Surat beserta tumbuhan dikempilkan bersama.

Semasa program survival kami menemui keladi cendek iaitu keladi yang beracun dan boleh merosakkan sistem dalaman. Kami menggunakan bahan yang disediakan melalui cabutan bertuah sebaiknya dan berjaya melalui kem ini dengan jayanya.

Pada 27 Mei ,tepat jam 8pagi kami bertolak pulang dan sampai diperkarangan sekolah pada 12.49 tengah hari.

Sekian laporan dari baret putih. Terima kasih bagi semua yang terlibat bagi menjayakan program ini.

💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞💞

STREETT !
Mereka berlima tersentak apabila mendengar bunyi nyilu dari arah belakang dewan.
STREETT !
Mereka berlima berpandangan sesama sendiri.
" Meja tu.. "

BAMMMMM !
Belum sempat Suzanna menghabiskan ucapannya, secara drastik meja kayu khusus untuk peperiksaan SPM itu nanti tiba-tiba terbang dengan sendirinya. Mereka berlima terkesima dengan keadaan itu.
Hana mengurut dadanya kerana meja itu hampir mengena badannya.

PAK!
PAK!
PAK!

Secara tiba-tiba pintu dewan tertutup dengan sendirinya seolah-olah mereka terjerat dengan perangkap samar.

KLAK!
KLAK!

" HUH? " Mereka bertiga memandang salah satu tingkap yang juga tetutup dengan sendirinya.

KLAK! KLAK ! KLAK! KLAK! KLAK!
Seluruh tingkap dewan tertutup sepenuhnya. Mereka berempat saling berpegangan tangan. Ber-Empat? Wait.

" cari aku ke? " suara garau dari arah belakang mereka membuat bulu roma setiap yang mendengarnya tengak tanpa diminta.

" HANA?! "

HostelWhere stories live. Discover now