BAM ! pintu ditutup kuat memecahkan kesunyian rumah teres dua tingkat yang bertempat di sekitar Shah Alam.
Kelihatan seorang lelaki sedang memicit-micit kepalanya yang berdenyut."Itulah abang,saya dah cakap dia mesti taknak punya" ujar seorang wanita sambil menuangkan segelas kopi untuk suaminya.
"Saya tahu.Tapi asrama tu dekat dengan tempat kerja awak. Senanglah kita nak berulang-alik hujung minggu hantar makanan ke,duit ke untuk dia nanti. Lagipun,asrama dia bersebelahan asrama saya dulu" lelaki itu mengambil secawan kopi yang dituang isterinya tadi dan menghirupnya sedikit demi sedikit.
"Saya faham tapi anak abang tu jenis yang tak suka duduk asrama. Bukan macam kita dulu-dulu" wanita itu tiba-tiba tersenyum.
"Abang mesti ingat masa kita bercinta dekat bawah pokok rambutan tu kan?" Lelaki itu tersedak dan terus bangun menuju ke tingkat atas. Wanita itu mencebik. Hish! Cakap jela rindu,ni nak selindung-selindung konon. Haktuih!
Wanita itu mengemas cawan kopi dan membawa nya kedapur.Wanita ini bernama Datin Khalisya. Seorang usahawan wanita yang terkemuka di negara jiran dengan barang kosmetiknya. Walaupun seorang yang terkemuka dan dipandang tinggi oleh jiran tetangganya,sikap ramah dan rendah diri beliau amat disenangi oleh jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengannya. Sikapnya yang suka membantu menjadikan dirinya amat dikenali di kawasan tersebut.
Lelaki tersebut pula,Dato' Helmi iaitu suami kepada Datin Khalisya. Merupakan seorang pengurus sebuah syarikat yang memiliki banyak cawangan di negara asing terutamanya di Amerika Syarikat. Sikap sederhana dan humor beliau disenangi oleh ramai orang sehingga ramai yang ingin melabur disyarikatnya.
Datin Khalisya dan Dato' Helmi merupakan bekas pelajar Asrama Engku Puteri dan Tengku Putera yang terkenal dengan jolokan couple of the year Rambutan Tree kerana sering tertangkap berdua-duaan di bawah sebuah pokok rambutan. Walaupun ada pagar yang memisah dua asrama tersebut,kerana bakat dan kenakalan Dato' Helmi,beliau berjaya memutuskan tali-tali dawai pagar tersebut menggunakan pelayar. Dari segi pelajaran,mereka berdua diantara pelajar contoh di dalam kelas walaupun ada masalah tingkah laku yang kurang memuaskan.
Mereka melanjutkan pelajaran disebuah kolej yang sama dan berjanji ingin berkahwin setelah tamat semesta akhir disitu. Terpisah hampir tiga tahun apabila Dato' Helmi terpaksa dihantar di sebuah kolej yang terletak di Toronto,Canada. Namun, mereka tetap berhubung melalui webCam untuk melepaskan rindu masing-masing.Kini,mereka telah berkahwin dan dikurniakan seorang cahaya mata bernama Hana Humairah.
●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●○●
Bebaskan aku! Lepaskan aku!
Hana tersentak apabila mendengar jeritan itu. Sudah hampir tiga kali dia mendengar jeritan itu tapi dia tidak tahu ia sekadar ilusi atau realiti.
Tok! Tok!
Hampir gugur jantungnya apabila mendengar ketukan itu. Hish ! Terkejut den."Hana ! Bangun! Dah sampai masa nak gerak ni !" Kedengaran suara ibunya memanggil. Oh.. baru dia teringat,semalam ayahnya memberitahu telah mendaftarkan namanya di sebuah sekolah berasrama penuh. Dia memandang sayu beg yang mengisi barang keperluan disana. Dia mengusap lembut katilnya dan memeluk erat patung beruangnya yang hampir sama ketinggian dengannya.
"Dah..dah..jangan buat drama sembilu pagi-pagi buta ni. Cepat mandi ! Muka papa dah merah kat bawah tu" Hana terlompat dari katilnya dan terus menuju ke bilik air apabila ditegur ibunya yang berdiri di depan pintu tadi. Sejak bila lah.. mama ada kat situ.
Datin Khalisya hanya mampu menggeleng. Dia turun ke aras bawah untuk mendapati suaminya semula. Eh? Mana orang tua ni hilang? Tadi elok je duduk kat sini. Dia keluar dan melihat suaminya sudah pun berada didalam keretanya sambil bermain telefonnya.
Setelah hampir 10 minit,Datin Khalisya bercekak pinggang menunggu anak daranya yang belum turun lagi. Hish! Dia ni mandi ke buat jamban baru? Baru dia hendak keatas,kelihatan Hana menarik bagasinya menuruni anak tangga. Eh?anak aku ni nak duduk sana terus ke? Dia hanya mampu menggeleng dan membantu anaknya menyimpan bagasinya kedalam bonet keretanya.
"Are you ready kiddo?" Ujar Dato' Helmi. Hana hanya menyepi. Dia tahu anaknya masih tidak dapat menerima keputusannya.
"Ai..ai ..captain crooke!" Balas Datin Khalisya. Eh eh? Orang tua ni pulak excited. Dato' Helmi menggeleng dan memandu keluar dari kawasan perumahannya.
Sepanjang perjalanan ke Asrama Engku Puteri,suasana didalam kereta sepi seribu bahasa. Hana hanya termenung jauh di memandang luar tingkap kereta.
"Hana..papa ada hadiah untuk kamu. Cuba ambil kotak belakang seat papa ni" Hana hanya mengikut suruhan ayahnya dengan malas. Ayahnya memintanya membuka bungkusan tersebut.
"Wahhh!!! Ipad !" Dia teruja apabila melihat apa isi bungkusan tersebut.Dato' Helmi tersenyum bangga.
"Papa belikan untuk kegunaan Hana kat sana nanti. Boleh video call mama dengan papa nanti" terang Dato' Helmi.
"Urm..papa..bukan dekat sana gadjet tak dibenarkan ke?" Dato' Helmi terdiam seketika. Ye tak ye jugak.. Err..
Datin Khalisya dan Hana memandang kearahnya sebelum ketawa mereka meletus.Hana memandang bungkusan ditangannya dan ayahnya silih berganti ,will miss u daddy.
YOU ARE READING
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...