Dorm D0401 dibuka perlahan-lahan. Kelihatan dua orang pelajar sedang ligat mengulangkaji pelajaran bagi persediaan menghadapi kuiz mengejut yang kebiasaannya diadakan pada hari Isnin setiap kali tamat waktu perhimpunan. Kebiasaannya pelajar hanya dikejutkan dengan spotcheck dari segi pemakaian dan tataurus diri tapi berbeza bagi Asrama Engku Puteri ini. Pelajar akan disoal satu persatu mengikut subjek yang telah dibahagi setiap minggu dan kali ini pelajar dorm Delima mendapat subjek Sejarah : Kedatangan Islam ke Tanah Melayu.
" Assalamualaikum " dua pelajar yang khusyuk menelaah buku memaling ke arah suara yang memberi salam. Riak wajah mereka berubah daripada tertekan kepada terkesima.
" Hana .. " Suzzana lantas bangkit dan memeluk sahabatnya yang sudah hampir seminggu tidak bertemu. Azzyati pula mengemas peralatan tulisnya terlebih dahulu sebelum menyertai mereka kerana dia tidak suka keadaan yang berselerak.
" Hana ..we miss you damn much baby " Azzyati membantu Hana membawa beg pakaiannya ke katil. Suzzana mengambil segelas air suam dan menyuakan kepada sahabatnya yang baru tiba.
Mereka memandang wajah lesu Hana. Terkadang perasaan bimbang hadir di jiwa mereka mengenangkan ucapan Ustaz minggu lepas. Mereka tahu, roh bernama Mia pasti inginkan sesuatu daripada Hana dan jika mereka boleh membantu ,mereka akan bantu sedikit demi sedikit walaupun mereka tahu mereka tidak mampu bertempur dengan mahkluk bernama iblis ini." Korang janganlah tenung aku sampai macam tu sekali ,aku bukan pergi lama sangat,takkan dah rindu " Hana menenguk air kosong yang diberi Suzana tadi.
" Sedap tak air tu? " Hana memandang segelas air yang dipandangnya. Air kosong sedap pebende minah ni.
" Sedap ! Rasa strawberry je aku minum ni " seloroh Hana menimbulkan tawa rakan-rakannya. Yeah,This is Hana.
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Usai mandi Hana membuka beg pakaiannya. Suzanna membantunya mengemas pakaian manakala Azzyati perlu menghadiri mesyuarat bersama biro persatuan Kor Kadet Bomba.
" Nah ,ni untuk korang .. Sorrylah aku tak banyak beli sebab kurang menabung dua tiga bulan ni tapi boleh lah "
Seutas rantai cengkerang yang terukir nama SUAZHA diberikan. Suzana terkebil-kebil memikirkan perkataan yang terukir di atas cengkerang tersebut." SUAZHA ? "
" Bila Azzyati ada nanti aku bagitau apa maksud perkataan tu "
Hana mengantung tudung hitamnya dan meletakkan snek yang dibawanya di sebuah kotak yang penuh dengan pakaian. Sengaja dia meletakkan snek didalam kotak tersebut dan menutup dengan pakaian bagi mengaburi mata warden apabila spotcheck mengejut diadakan. Di Asrama ini, makanan luar tidak diizinkan kerana pelajar hanya dibenarkan membeli makanan dikantin atau koperasi sahaja.Selesai mengemas pakaian, Hana membuka radio bagi meriuhkan sedikit keadaan bilik yang sepi. Dia mengambil CD Ruqyah yang diberi oleh ayahnya dan menghidupkan. Bacaan Ruqyah memenuhi di segenap ruang manakala Suzana sudahpun melabuhkan tirai di katilnya. Bunyi dengkurannya kurang didengari kerana bunyi Ruqyah. Perlahan-lahan Hana menutup kelopak matanya.
PAK ! PAK ! PAK !
Fokusnya untuk belayar ke Pulau Mimpi terganggu apabil mendengar ketukan daripada tingkap. Tapi dia cuba untuk tidak mengendahkan.PAK ! PAK ! PAK !
STREEETTTTTTTTTT !
Bunyi ketukan diselangi dengan bunyi cakaran. Makin dibiar ia semakin galak mengganggu. Dia menguatkan bunyi Ruqyah. Perlahan-lahan bunyi itu hilang.Dia hanya mampu mengucap syukur kepada Allah dan perlahan-lahan dia terlelap.

ANDA SEDANG MEMBACA
Hostel
ParanormalTerikat satu janji tersemat dalam hati . Welcome to SuAzHa Legacy. HOSTEL sebuah tempat yang tidak asing dengan pelbagai kisah mistik dan paranormal. Rmai yang menganggap ia hanya sebuah kisah yang ditokok tambah dan sekadar ilusi manusia semata-mat...